Salam... :)
12/11/2012 ~ Day 5 (Monday)
Sedar tak sedar dah pun masuk hari ke-5 kami di Seoul. Rasa nak balik ke Malaysia tu dah semakin dekat. Terasa belum puas pun ada berada di sini tapi rindu semakin menebal pula pada yang ditinggalkan di Malaysia..hehe...of course la kan..xkan x rindu pula..cumanya bak kata pepatah.."kalau sayang, tinggal-tinggalkan"..hehe..(pepandai jer alter pepatah) :P Ok..sambung cerita kita.. :)
Oleh kerana semalam hujan lebat, ada di antara tempat yang sepatutnya kami pergi semalam, tidak dapat kami pergi. Makanya kami pergi ke tempat itu hari ini kerana rugi rasanya kalau tak pergi tempat tu...hehe..cuaca cerah tetapi tidak panas dan kemungkinan akan hujan. Namun dek enggan memikirkan keadaan cuaca yang memungkinkan seribu kemungkinan, kami terus gerak ke Gyeonbokgung Palace... :)
Gyeonbokgung Palace
Istana ini antara istana yang terbesar di Korea dan merupakan lokasi beberapa drama yang mengisahkan zaman dahulu (salah satunya Queen InHyun's Man). 1st trip hari tu aku & K.Ina x pergi istana..so kali ni ambil peluang untuk pergi. Tiket masuk ke istana Gyeonbokgung ini ialah 3000 won. Kawasan Gyeonbokgung Palace ni sangat luas tapi cantik...jom tengok gambar2.. :)
Ni kat luar istana. Kami masuk ikut tepi, x masuk ikut depan.. :P
Kat belakang aku tu pintu depan..dari depan boleh nampak Gwanghwamun Square tau...dekat jer...cuma kena lintas jalan..
Ni pulak sebelum masuk kawasan istana. Kaunter tiket kat sebelah kiri K.Ina..
Kat dalam drama Queen InHyun's Man ada lokasi nih.. :)
Ni dah masuk dalam kawasan istana. Ramai orang time ni. Ramai yang guna khidmat tour guide untuk cerita mengenai istana ni. Kami redah jer...sejarah boleh baca kendian..kihkihkih..yang penting menghayati tinggalan sejarah tu... :P
Trademark K.Ina..senyum nampak gigi.. :P
Dee yang selalu jer happy bila ambil gambar :P
Kami 2 beradik. Aku kan...makin lama kat Korea nih, makin kecik pulak mata aku...haha.. :P
Kat belakang aku tu kira balairung la..dewan utama istana nih..
Cantik warna warni binaan kat bangunan istana ni kan?
Membelakangi pintu masuk...ramai kan orang kat istana ni?..padahal hari Isnin..
Lagi gambar2 sekitar bangunan istana. Mana port menarik jer ambil gambar...lepas ni x taulah bila pula berkesempatan nak ke sini lagi kan.. :P
Omg..nampak x mata aku? hehe..
Kat belakang Dee tu adalah istana berbentuk pagoda. Tapi kami x pergi sampai sana. Tak larat nak jalan sebab kawasan istana ni punyalah luasnya!
Ni tembok yang membahagikan kawasan taman di belakang bangunan2 istana tu..
Pokok2 kat tepi bangunan ni dah botak...gugur habis daun dia. Angin masa ni bertiup agak kuat juga. Macam nak hujan..
Kat belakang Dee tu ialah pusat jualan barangan cenderahati & cafe...bila tengok orang ramai2 kat tepi tu, kami pun menyibuk juga nak menempek kat situ. Rupanya kat situ boleh pakai baju tradisional korea "hanbok" secara percuma :) yeay! nak pakai..nak pakai.. (Dee yang paling happy) :P
Pemandangan pokok2 botak..daun2 habis gugur dah..
Selepas tulis nama untuk pakai baju tu, kami kena tunggu kira2 setengah jam kat situ untuk mengambil giliran kami sebab sebelum tu pelancong2 dari China yang pakai baju tu dulu...Antara kami bertiga, Dee tukar baju dulu..baju ditentukan oleh staff yang bertugas mengikut saiz masing2.. :) Boleh pakai dan ambil gambar selama 15 minit seorang.
Lepas tu, Dee ambil gambar K.Ina pula sebab tiba giliran aku untuk tukar baju..
Ada nampak macam dayang istana tak? haha.. :P
Pastu aku pulak..hehe..tangan baju tu panjang dan kebetulan time tu pun sangat sejuk...jadi x sedar dah sorok tangan dalam tu.. hehe..
Dayang istana yang bergambar malu2.. :P
Gambar bertiga pula...staff situ tolong ambilkan :)
Habiskan 15 minit dengan ambil gambar puas2..hehe..pakai hanbok ni best tau..sejuk dan lembut jer..lengkap sekali dengan kasut :) Lepas habis masa yang diberi, kami pun tukar baju semula...elok pakai balik jaket kami, hujan pun turun..agak lebat juga. Jadi kami ambil kesempatan ronda2 dalam kedai barangan cenderahati tu pula. Terbeli satu dua barang kat situ...hehe...mujur hujan kejap jer, pastu sambung round kawasan taman pulak...
2 comments:
Tumpang tanya, topi dia takde?
radin fadli: topi?
Post a Comment