Be My Friend :)

05 December 2013

#48: Trip to Tokyo - Soho Asakusa Hotel

Salam... :)

Di Tokyo kami stay di Soho Asakusa Hotel. Hotel ni aku book thru www.booking.com. Hotel style apartment. Hotel kat Tokyo pada aku (masa aku buat survey :P) semuanya mahal-mahal belaka. Nak booking pun takut. Walau bagaimanapun, aku ni demand la jugak...xmo duduk kat hostel yang kena share bilik air, atau kena share dapur atau hostel yang kecik giler macam keranda...hehehe...bajet x besar tapi punya hati besar kaedahnya...haha..

Maka Soho Asakusa Hotel telah dipilih setelah menepati ciri2 yang diperlukan iaitu, ala apartment, ada bilik air sendiri (walaupun kecik :P), ada mini kitchen pun jadilah supaya senang nak masak, jarak yang berpatutan iaitu boleh jalan jer ke/daripada stesen keretapi (walaupun ambil masa 25 minit untuk pergi & 30 minit untuk balik - teringat pun dah rasa letih!), sesuai untuk 3 orang & xdelah mahal sangat sewanya (RM1700++ untuk 6 malam..uhuk!)...

Jom tengok gambar2 (yang menarik :P) ni:


Pandangan hadapan hotel tapi pintu depan ni sebenarnya terletak di bahagian belakang jalan sebab kat depan ada Soho Asakusa Coin Laundry


Kunci bilik kami di tingkat 2 (hotel tu ada 8 tingkat) & arahan (+ penerangan) dari pihak hotel dalam bahasa Inggeris. Siap bagi password untuk free wifi lagi.

 Bilik kami ada 1 katil queen yang kecik comel jer (aku share dgn Nasrin) & 1 sofa bed (K.Ina)

Ada pemanas bilik (walaupun bila on jer bunyi bising mcm nak luruh) :P



 Toilet yang kecil tapi lengkap dengan kemudahan asas yang disediakan. Tuala mandi, tuala muka, berus & ubat gigi juga disediakan. Shower pun ada air panas.

 Ada peti ais mini 

Disediakan cerek untuk masak air, sabun basuh pinggan & kuali

Ada flat screen tv (chanel ada 10 tapi byk berita & iklan jer :P)

Mini kitchen (sinki yang ada air panas/sejuk, electric stove, cutlery, mugs)

Ada microwave (walaupun instruction penggunaan semua dalam bahasa Jepun jer still boleh digunakan - caranya: tekan jer mana2 button sampai dia berfungsi) :P

Xde almari tapi ada tempat untuk sangkut baju. Penyangkut baju juga disediakan.

Gitu... ok la kan? ada kemudahan asas...tapi tu la..nak kena jalan jauhhhhh juga sementara nak sampai hotel nih dari stesen terdekat iaitu Iriya Station. Jalan pagi-pagi ada la dekat 25 minit juga. Tapi jalan balik ke hotel jadi 30 minit sebab x larat nak jalan...haha...x percaya sila la tengoklah peta ke hotel yang diberikan oleh pihak hotel di bawah ni...Agak2 berapa traffic light yang perlu kami lepasi untuk sampai ke hotel ni?...cer kira... :P


Aku: Jadi warga asing di negara asing :P

3 comments:

Naja said...

OMG, RM1700 utk penginapan sahaja ? 10 tahun lg baru aku sampai Jepun !

marstories said...

Naja: tu ada ++ lagi tuh tau...hehe..

Naja said...

Nangessss...

Aku gi Lombok Rini, RM1300 leh dapat motel bilik untuk berlima with xtra bed + breakfast. Pakej termasuk dengan sewa Avanza,gaji supir, tambang boat pusing pulau 3 beradik, dan amik/ hantar pi balik airport.

Memang nangis la klu mimpi nak g Tokyo dalam masa terdekat nih.. kekeke