Be My Friend :)

29 October 2012

#52: Raya, Kucing & Laut

Jom tengok gegambar jer la ek..hehe :)

 Nasi impit (aku masak)
 Ketupat daun pisang (jiran bagi)
 Ketupat pulut (order jer)
 Rendang Ayam (aku masak) :P
 Rendang Daging (jiran bagi)
 Anak kucing (sepupu bela kat umah opah)
 Adik beradik kucing kat atas :P
 Tu tangan Mr. Hubby :P
 Hari Ahad pegi pantai (lagi) :P




 Hp anak & emak :)
 Inilah corak baju kurung aku yang sorang trainer tu kata x cantik & nampak murah tu :(
 Teaser : for my next vacation ~ counting :)

24 October 2012

#51: Kita Berbeza

Ada orang minat habiskan duitnya pada kereta/motor,
Ada orang minat habiskan duitnya beli gajet,
Ada orang minat habiskan duitnya beli baju,
Ada orang minat habiskan duitnya pergi melancong,
Ada orang minat habiskan duitnya main games,
Ada orang minat habiskan duitnya tengok wayang,
Ada orang minat habiskan duitnya pada rumah,
Ada orang minat habiskan duitnya beli buku,
 
Ada orang minat simpan jer duitnya dalam bank,
Dan ada orang yang x minat apa-apa
dan tak faham kenapa orang lain ada minat yang macam-macam tu..
sebab?
KITA BERBEZA
Bukan sahaja dari segi paras rupa, personaliti, ekonomi
dan sebagainya yang boleh dilihat secara zahirnya
Tetapi juga dari segi minat, hobi, cita-cita & keinginan
 yang berbeza antara satu sama lain.
Kan?  

aku: emosi :(

gambar: my instagram's collections

23 October 2012

#50: Kdrama Review - Arang & The Magistrate

Drama Arang & The Magistrate ni adalah cerita hantu dan sudah semestinya faktor penarik untuk tengok drama ni sebab ada Lee Jun Ki yakni pelakon favourite aku No.1 yang baru sahaja menamatkan kursus ketenteraan selama lebih kurang 2 tahun. Kira ni drama pertama dia setelah keluar la dan juga sebab heroinnya Shin Min Ah yang popular dalam drama My Girlfriend is Gumiho. Dalam drama ni Shin Min Ah yang comel berlesung pipit ni membawa watak sebagai hantu yang bernama Arang yang ingin mencari sebab kenapa dia mati sebab dia tak ingat macam mana, kenapa dan bagaimana dia mati. 
Lee Jun Ki dalam drama ni membawa watak sebagai Kim Eun Oh yang dengan tidak sengaja telah dilantik menjadi seorang magistrate di sebuah daerah masa dia sedang mencari ibunya yang hilang. Dia ni ada kelebihan boleh nampak hantu. Dan dengan menjadi magistrate, dia akhirnya membantu Arang mencari sebab kematian Arang, di samping mencari ibunya yang hilang serta membongkar misteri yang menyelubungi daerah itu. So untuk sinopsis seterusnya korang bolehlah rujuk kat www.koreandrama.org yer.. :P

Pada keseluruhannya, drama ni mendebarkan sebab banyak unsur2 seram yang dipertontonkan. Ini first time aku tengok drama korea yang seram dan mempunyai jalan cerita yang digarapkan dengan baik. Lee Jun Ki dan Shin Min Ah juga telah berjaya membawa watak masing2 dengan cemerlangnya. So untuk drama ni aku bagi 4.5 bintang

gambar kredit kepada www.koreandrama.org

19 October 2012

#49: Kdrama Review - Vampire Prosecutor


Semenjak tengok Arang & Magistrate aku jadi minat pulak tengok drama yang bergenre lain dari yang selalu aku tengok. Yer la..selalunya aku pilih tengok drama remaja-remaja bercinta (walaupun bukan remaja dah pun :P) hehe..sebab drama-drama camtu light..ringan..xyah fikit sangat bila tengok..lagipun cerita dia lebih kurang samalah...2 orang hero berebut seorang heroin atau sebaliknya..pastu cerita tentang anak orang kaya atau cerita artis-artis yang terkenal tetapi berlagak..gitu..

So sementara nak tunggu episode akhir Arang & Magistrate (semalam), aku tengoklah Vampire Prosecutor ni. Drama ni disiarkan tahun lepas dan Season 2 Vampire Prosecutor ni sedang disiarkan di Korea. Jadi sebelum tengok drama season 2, kenalah tengok season 1 dulu...barulah faham dramanya mengenai apa kan..

Tengok episode 1 drama ni pun dah jatuh cinta dengan heronya si vampire prosecutor ni Yun Jung Hun sebagai Min Tae Yeon..hehe..hensem pastu umur dia sama dengan aku (perlu ker bgtau? hehe :P). Pada amnya, drama ni mengenai penyiasatan kes-kes jenayah yang berlaku di Korea dan Min Tae Yeon ni menggunakan kelebihannya sebagai vampire untuk membantu menyelesaikan kes-kes tersebut. Mendebarkan tengok drama ni tau. Walaupun season 1 cuma ada 12 episode jer, tapi rasa macam tengok drama yang 20 episode jer gayanya sebab rasa macam lamanya nak abis satu season pun...haha..seram..mana taknya, bila terlalu seram aku pause kejap..betulkan kedudukan jantung..pastu baru tekan balik play..haha..penakut tapi nak tengok citer seram.. :P 

Untuk season 1, aku bagi 4.5 bintang..dan episodenya yang paling seram ialah episode 11 & 12...dan juga lagu ost yang paling best untuk season 1 ni adalah bertajuk Crazy in Love nyanyian Lee Jung.. :)    


Sekarang tengah layan Vampire Prosecutor season 2 ni pulak...masih mengekalkan barisan pelakon yang sama dengan season 1...tapi tengok episode 1 pun dah rasa macam jantung nak terloncat! haha..

Sinopsis & gambar kredit to www.koreandrama.org 

17 October 2012

#48: Kdrama Review - Reply 1997

Seperti biasa untuk sinopsis sila rujuk www.koreandrama.org :)

Reply 1997 ni drama yang aku tengok bersekali dengan drama To Beautiful You dan Arang & The Magistrate sebab dua2 drama ni aku kena tunggu tiap2 minggu..dah tu seminggu 2 episode jer..jadi dalam waktu tunggu tu, aku layan la drama Reply 1997 ni sebab drama ni dah habis disiarkan di Korea. Mulanya, aku tengok sebab ada Seo In Guk sebab aku suka lagu2 dia walaupun dia xlah hensem (sori Seo In Guk :P)..pastu sebab rating drama ni tinggi...so nak tengoklah apa yang best sangat dengan drama ni kan..

Jung Eun Ji (A Pink) sebagai heroin drama ni aku x kenal..means..aku x pernah tengok dia dalam mana2 drama yang aku tengok sebelum ni sementelah ini drama pertama dia pun :P....Hoya (Infinite) pun aku x perasan sebab dalam kumpulan Infinite, aku cuma kenal L.. hehe..jadi belasah jer la tengok drama ni..best la kot sebab rating tinggi..

So pada keseluruhannya, menarik jugaklah drama ni walaupun aku rimas dengan Eun Ji yang berlakon sebagai Si Won yang sangat obses pada kumpulan H.O.T (idol group yang popular pada tahun 1997). Kasar si Si Won ni..nak2 pulak dengan cara percakapan (dialek Busan) dan perlakuan kasar dia..huh..sian Seo In Guk (Yoon Je)..selalu kena buli dengan dia...drama ni lebih kepada flash back la dari tahun 2012 ke tahun 1997 dan seterusnyalah...jadi untuk drama ni aku bagi 3.5 bintang.. :)

gambar kredit kepada www.koreandrama.org

09 October 2012

#47: Words That Hurt

Situasi:
Seorang Trainer sedang memberi komen tentang pakaian yang dipakai oleh peserta kursus sama ada ianya formal dan sesuai dipakai di pejabat ataupun ianya kasual/smart kasual yang lebih sesuai dipakai ketika menghadiri majlis ataupun bersantai. Peserta kursus dipanggil ke hadapan (5-6 orang peserta serentak) dan peserta yang lain mendengar.

Trainer:
(Peserta 1 - berbaju kurung) - Baju you ni kita boleh klasifikasikan sebagai formal dan sesuai ke pejabat tapi tudung yang you pakai ni kurang menyerlah. Mungkin kalau you pakai tudung warna ni (sambil mengacukan salah satu contoh selendang yang dibawa) lagi sesuai dan lebih menarik. Kasut you pulak tak sesuai sebab you pakai kasut bertali..kasut yang sesuai mestilah kasut yang bertutup berwarna hitam/coklat tua/biru tua dan sekurang-kurangnya 1 1/2 inci tingginya.

(Peserta 2 - berseluar jeans & t-shirt) - Baju you ni pulak tak formal sebab you pakai jeans & t-shirt. Ini kasual dan hanya sesuai dipakai ketika bersantai. Kasut you lagilah out sebab you pakai sandle.

(Peserta 3 - berbaju kurung biru) - I tak suka la baju you ni. Tak cantik dan nampak murah. Kita kena pandai pilih kain yer (sambil memandang peserta lain di hadapan). Kalau you pakai baju warna ni (sambil mengacukan pasmina warna merah hati/keemasan) baru sesuai dengan you dan lebih menarik. Oleh kerana I tak suka baju you ni, tudung you pun I taknak komen tapi sepatutnya untuk baju yang berwarna biru, you patutnya pakai tudung warna pink..baru menyerlah. Kasut you out..sebab warna merah. Eh..you nampak muda yer..you dah kawin?

Ye...peserta ketiga tu ialah aku. Masa tu aku berbaju kurung warna biru dan bertudung warna kelabu kebiruan...one of koleksi baju raya aku. Aku tahu dia profesional dalam bidang dia. Tapi bukankah dia sepatutnya bagi komen sama ada baju aku tu sesuai dipakai untuk ke pejabat atau sebaliknya. Tapi komen dia, dia x suka baju aku tu..tak cantik baginya dan nampak murah. Di hadapan kawan sejawatan dengan aku dari pelbagai jabatan pulak tu. Lepas komen begitu, siap cakap aku nampak muda dan tanya aku dah kawin ke belum? x releven..nak cover la tu kot..tapi kata-katanya sebelum itu telah melukakan hati & perasaan aku.

Aku pakai apa yang aku suka bukan ikut apa yang orang suka..yang cantik bagi aku tapi mungkin tak cantik bagi orang lain. Individu yang berbeza maka berbeza jugalah citarasa dan pilihannya kan? Mana kita tahu orang tu pakai baju murah ke tak? Kalau murah pun kenapa? kalau mahal pun kenapa? Nantilah bila aku pakai baju kurung murah aku tu lagi sekali aku tepek kat sini gambarnya...korang boleh tolong nilaikan...

#46: Laut, Langit dan Awan

Gambar-gambar ini aku edit menggunakan instagram..gambar dari handphone jer sebenarnya..




Gambar 1 & 2 diambil di lokasi yang sama di Penang pada waktu senja. Manakala gambar 3 pula diambil di lokasi yang berlainan tetapi masih di Penang pada waktu subuh.

Aku sebenarnya sangat suka kombinasi antara laut, langit & awan. Sangat cantik dan pemandangan seperti ini pun mudah dilihat di Penang. Bila dah diedit dengan Instagram, gambar yang diambil dari handphone pun mudah kelihatan menarik..kan? 

08 October 2012

#45: Kdrama Review - To The Beautiful You

(Sinopsis drama ni korang boleh baca kat www.koreandrama.org) :P

Drama ni baru habis disiarkan di Korea minggu lepas. Ada 16 episode semuanya. Habis dah seksa aku ikut cerita ni every week..haha..(xde sapa suruh pun...:P).

Semua pun tahu drama ni diambil dari versi Jepun Hana Kimi kan..so pada dasarnya drama ni ada juga persamaannya dengan versi Jepun yang disiarkan pada tahun 2007 (13 episode) dan sebenarnya Jepun juga telah membuat versi baru  drama ini pada tahun 2011 (11 episode) tetapi dibintangi oleh pelakon yang berlainan dari versi tahun 2007.

Dari segi jalan cerita, To The Beautiful You mempunyai jalan cerita yang lebih longgar berbanding versi asal (Hana Kimi) malah jika hendak dibandingkan secara keseluruhan pun, pada aku, versi Jepun (2007) lebih menarik dari jalan cerita, lebih lucu dan penghayatan watak-watak utamanya juga lebih baik.  

Namun begitu, drama ini masih menarik untuk ditonton dan lakonan Lee Hyun Woo sebagai Cha Eun Kyul juga patut diberikan pujian. Lagu-lagu ost dari drama ini juga sedap didengar. Untuk drama ini aku bagi 3 bintang :).

gambar kredit kepada www.koreandrama.org   

03 October 2012

#44: Spek & Usia

Semalam, dah siap pakai helmet baru perasan yang aku terlupa pakai cermin mata. Tak fikir lama, terus jer berpatah balik menunggu lif untuk naik semula ke pejabat. Aku rabun jauh sebenarnya. Dulu kalau dah tertinggal tu memang aku biarkan aje. Malas dah nak naik semula ke pejabat semata-mata nak ambil spek. Kat rumah pun sama..kalau dah siap kunci pintu baru teringat, memang xde maknanya aku nak masuk balik cari spek. Tapi sekarang ni dah rasa spek mata tu salah satu keperluan pula. Malah rasa tak confident nak bawa motor kalau tak pakai spek...sama level dengan tak boleh bawak motor kalau tak pakai helmet pulak kaedahnya tau. Penglihatan mula la jadi kembang-kembang...nak pulak kalau hari hujan. Faktor usia kot kan?

Seingat aku, aku mula pakai spek masa buat pjj hari tu. Ye la..hari2 mengadap lappy nak siapkan assignment sampai 2-3 pagi...mana mata x jadi kelabu kelala kan.. tapi xdelah teruk sangat. Aku pakai kejap2 jer bergantung pada keadaan..contohnya masa naik kete malam2 atau masa bawak motor jer. Kalau siang2 ok jer. Tapi sekarang ni, tengok wayang pun kena pakai spek dah sebab rasa macam tak puas pulak bila tengok skrin. Paling leceh kalau tengok 3D...kena pakai 2 spek sekaligus...huh! mujur orang x nampak :P

Tu la aku ingat..faktor usia yang makin meningkat ni la puncanya. Tu belum masuk angka 4 kat depan tuh..makcik sangat dah aku rasa...huhu... :P