Be My Friend :)

04 December 2012

#65: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 11

Salam... :)

Nami Island (2)
Lagi gambar2 di sekitar Nami Island setelah dipilih2 dari ratusan gambar yang telah diambil sepanjang kami berada di pulau ini..... :)






 





Dan mercu tanda pulau ini mestilah patung ini...Yujin & Jungsang dalam Winter Sonata..berebut orang nak ambil gambar dengan patung ni...(kami pun sama :P) 


 Patung ni dibuat mengikut ukuran sebenar pelakon Winter Sonata kan? fakta ker auta? haha...aku pun xtau.. :P





 Ni satu lagi mercu tanda Nami Island :P



 

 Kebun sayur pun ada kat sini


 Dee kutip daun kuning sebagai kenang-kenangan :)

 
 Last but not least ~ tuan punya blog :P

Sambil jalan, sambil ambil gambar, sambil juga tengok jam. Kami tak mau lost track of time sampai terlambat naik feri untuk kembali ke jeti seberang sana. Risau kalau2 tertinggal bas pula nanti. Di Pulau Nami masa tu ada festival makanan (rasanyalah) tapi kami x beli la apa2 pun..hehe..




Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami pun bertolak balik ke seberang sana. Lepak pula di jeti, minum, makan waffle & buah berangan sambil berdoa semoga pintu bas dibuka lebih awal sebab dah x tahan kesejukan. Cuaca cerah tapi angin yang bertiup kuat membuatkan kami menggigil kesejukan. Sebaik sahaja pintu bas dibuka pada jam 3.15 ptg, kami terus serbu naik...haha..terkejut driver bas tu...:P bas bertolak balik ke Seoul pukul 4.00 ptg kot sebab sebelum bas bergerak tu kami bertiga dah tidur... :P

Kami tersedar apabila bas sudah memasuki bandaraya Seoul. Masa tu baru jam 5.30 petang tapi kat luar dah gelap macam pukul 7.30 mlm. Malam minggu, jalan pula jam. Patutnya kami dah pun sampai ke Stesyen Jamsil tempat di mana kami naik bas pagi tadi. Oleh kerana bas bergerak sangat perlahan akibat kesesakan teramat, driver bas menurunkan kami semua di sebuah perhentian bas. 

Terpinga2 kami bertiga yang pada mulanya agak panik kerana tidak tahu di mana kami diturunkan. Bagaikan hilang arah, kami cuba mengagak kedudukan kami waktu itu. Sukar juga pada mulanya kerana tiada papan tanda arah yang boleh kami fahami berdekatan tempat kami diturunkan. Suasana jalan yang sesak dengan kenderaan dan manusia dan hari yang dah semakin gelap & sejuk menambahkan lagi debaran di hati. 

Enggan untuk terus panik, kami perhatikan bahawa ramai yang berpusu-pusu melintas jalan yang sibuk ke bangunan di hadapan kami maka kami pun turun serta melintas jalan setelah lampu isyarat melintas jalan dinyalakan. Kami seterusnya menaiki elavator dan sampai ke tingkat atas bangunan tersebut yang rupanya sebuah stesyen subway. Tarik nafas lega dan setelah dapat mencari papan tanda arah, kami sebenarnya berada di Seongnae Station iaitu stesyen selepas Jamsil Station. Alhamdulillah dah nampak jalan pulang... :)

     Buku ini banyak membantu :)

4 comments:

Naja said...

pemandangan cantik... dan gemuk betul sotong tu, terliur aku dibuatnya!

ternanti2 aku akan entry hang ke Korea ni Rinie.. dan setakat ini hanya mampu berangan :)

marstories said...

Naja: Ha'a...sotong tu punyalah gemuk..aku pun terliur..haha..tapi x tergamak nak beli..:P

entry ke Korea ni xtau lagi ada berapa part semuanya..huhu..jenuh aku nak pilih gambar.. :)

zila@akulovetravel said...

Bus tu sebenarnya stop area mana? Sama tmpt korang naik tu ke?? Susah tak time nk book ticket bus tu??

marstories said...

zila: bas tu stop berdekatan dengan 1 stesyen subway selepas stesyen subway tempat kami naik bas pagi tu...x susah nak book tiket tu sebab pekerja kat centre tu sorang boleh cakap english walaupun bunyi sebutannya agak 'kelaut' sket..haha..still boleh faham la cuma kena agak2 certain words dia..haha..