Since ramai yang hantar emel bertanya, so aku bagi tips2 bagi yang merancang untuk ke Seoul, Korea berdasarkan pengalaman aku & dari apa yang aku tau..
Visa: Dari Malaysia ke Korea, memang x memerlukan visa. Jadi anda cuma perlukan passport antarabangsa dan cuma perlu mengisi 2 borang yang diberikan di dalam kapal terbang sebelum mendarat. Satu dari borang ini diserahkan kepada pihak imigresen semasa anda melalui pihak imigresen Korea dan satu lagi borang diserahkan sebelum anda keluar dari kawasan tempat anda mengambil luggage di carrier. Waktu balik, tidak perlu mengisi apa2 borang lain lagi dah so terus check in dan terus ke departure hall.
T-Money Card: Jika anda ke Seoul dengan planning sendiri iaitu tidak mengikuti mana2 tour, adalah dicadangkan anda bergerak di sekitar Seoul dengan menaiki subway. Lebih mudah dan menjimatkan. Beli T-Money Card (macam kad touch&go) di mana-mana kedai serbaneka yang ada logo T-Money di dalam airport tempat anda mendarat dengan harga W2500. Kad ini mestilah di reload/recharge terlebih dahulu menggunakan mesin reload yang ada terdapat di setiap stesyen subway. Kalau anda bercadang berada di sekitar Seoul lebih kurang 3-4 hari, reload antara W20,000 atau W30,000 sudah mencukupi. Itupun bergantung kepada kekerapan anda menaiki subway.
T-money card ini juga boleh digunakan untuk menaiki bas, membayar sewa locker & membeli barang2 di kedai2 serbaneka atau kedai barangan kosmetik yang memaparkan logo T-Money. Kad yang tidak habis digunakan boleh direfund semula di kedai2 tempat anda membeli kad tersebut asalkan baki dalam kad tidak melebihi W20,000. Bagi kad yang mempunyai baki melebihi W20,000, anda dinasihatkan untuk membeli apa2 barang di kedai terbabit sehingga bakinya kurang dari W20,000 bagi membolehkan baki tersebut dipulangkan kepada anda. Kad yang telah direfund bolehlah disimpan sebagai kenangan.
T-money card ini juga boleh digunakan untuk menaiki bas, membayar sewa locker & membeli barang2 di kedai2 serbaneka atau kedai barangan kosmetik yang memaparkan logo T-Money. Kad yang tidak habis digunakan boleh direfund semula di kedai2 tempat anda membeli kad tersebut asalkan baki dalam kad tidak melebihi W20,000. Bagi kad yang mempunyai baki melebihi W20,000, anda dinasihatkan untuk membeli apa2 barang di kedai terbabit sehingga bakinya kurang dari W20,000 bagi membolehkan baki tersebut dipulangkan kepada anda. Kad yang telah direfund bolehlah disimpan sebagai kenangan.
Subway: Subway di Seoul terdapat banyak laluan (line). Jadi untuk memudahkan anda, pastikan anda telah dilengkapi dengan subway map supaya anda tidak tersesat dan menaiki subway yang betul. Subway map ini bolehlah didownload di internet ataupun dengan membeli mana2 buku travel guide. Jangan risau kerana terdapat papan tanda berbahasa Inggeris di setiap stesyen subway. Pengumuman juga ada yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Malah skrin di dalam subway juga akan memaparkan nama tempat dalam bahasa Inggeris apabila tiba di setiap stesyen sebelum berhenti.
Money Changer: Setiap bank di Korea selalunya ada memberikan perkhidmatan penukaran wang. Namun begitu, adalah digalakkan supaya anda menukar wang anda terlebih dahulu di Malaysia sebelum bertolak ke Korea. Jika anda masih memerlukan tukaran wang semasa berada di Seoul, tempat2 ini ada menyediakan perkhidmatan penukaran wang:
- Citibank (Jonggak) - Subway Line 1, Exit 3
- Hana Bank (Hongik University) - Subway Line 2, Exit 5
- Korea Exchange Bank (Itaewon) - Subway Line 6, Exit 1
- Shinhan Bank (Jonggak) - Subway Line 1, Exit 5
Bahasa: Berkomunikasi dengan warga Seoul dalam bahasa Inggeris adalah agak sukar kerana rata2 mereka tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, apatah lagi dalam bahasa Malaysia. Jadi adalah dinasihatkan supaya anda mempelajari serba sedikit bahasa Korea bagi membantu anda untuk berkomunikasi dengan masyarakat Korea terutamanya pada waktu2 kecemasan seperti bertanya arah atau semasa membeli barangan. Adalah dinasihatkan supaya anda bersedia dengan phrase book, mini dictionary, travel guide book, maps & complete itinerary bagi memudahkan perjalanan anda.
Ubat-ubatan: Anda mungkin tidak tahan dengan cuaca di Korea jadi adalah lebih baik anda membekalkan diri anda sendiri dengan ubat-ubatan yang dibawa dari Malaysia. Ubat-ubatan seperti panadol, plaster luka, iodin & bandage dapat melepasi pemeriksaan imigresen dengan mudahnya kecualilah jika anda membawa bekalan dadah...:P Terdapat banyak farmasi di sekitar Seoul, cuma barrier in communication mungkin akan menyukarkan anda untuk mendapatkan apa yang anda perlukan.
Pakaian: Pakailah mengikut musim di Korea ketika anda terbang ke Seoul. Jika anda pergi ke sana di musim sejuk, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian secara berlapis bagi mengelakkan anda dari mati kesejukan..:P Barangan di Seoul agak mahal harganya jika dibandingkan dengan di Malaysia kerana taraf hidup di Seoul adalah tinggi. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya anda membawa segala barangan yang mungkin diperlukan dari Malaysia lagi.
Penginapan: Terdapat banyak hotel, hostel & guesthouse di sekitar Seoul. Anda boleh melihat review & membandingkan harga tempat penginapan di Seoul melalui website http://www.booking.com/city/kr/seoul. Melalui website ini, bayaran hanya dibuat apabila anda mendaftar masuk ke hotel yang anda pilih nanti bermakna tiada bayaran akan dikenakan semasa anda membuat tempahan. Mudah dan fleksibel :)
Hotel di Busan: http://www.booking.com/city/kr/pusan
Hotel di Jeju Island: http://www.booking.com/city/kr/saektal-tong
Hotel di Incheon: http://www.booking.com/city/kr/inchon
Hotel di Busan: http://www.booking.com/city/kr/pusan
Hotel di Jeju Island: http://www.booking.com/city/kr/saektal-tong
Hotel di Incheon: http://www.booking.com/city/kr/inchon
Keselamatan: Pada amnya, Seoul adalah sebuah negara yang selamat untuk para pelancong. Namun begitu adalah wajar anda menitikberatkan faktor keselamatan semasa berada di tempat orang. Melintaslah di tempat yang disediakan kerana keadaan trafik di Seoul agak sibuk dan kadangkala ada penunggang motorsikal yang menggunakan lorong pejalan kaki dan sesuka hati menunggang dengan laju.
Handphone: Pada asasnya, jika anda menggunakan handphone 3G, talian handphone anda akan secara automatiknya akan bertukar ke 'auto-roaming'. Jadi, tiada masalah untuk membuat & menerima panggilan. Cuma anda perlu memastikan handphone anda mempunyai kredit yang secukupnya (jika menggunakan prepaid) kerana setiap panggilan yang diterima atau dibuat akan dicharge kepada anda. Begitu juga sms yang diterima atau dihantar kepada anda. Handphone 2G, tidak boleh digunakan di Korea.
Makanan: Makanan halal banyak terdapat di sekitar Itaewon kerana terdapat banyak kedai makanan arab di sana. Setiap harga set makanan tersebut mungkin agak mahal tetapi portionnya agak besar yakni boleh dikongsi oleh 2 orang. Sebagai bekalan, anda bolehlah membawa bekalan makanan anda sendiri dari Malaysia. Malah boleh memasak sendiri jika anda tinggal di hostel ala apartment style yang lengkap dengan barang2 kelengkapan dapur. Jika anda hendak makan di kedai makanan Korea, pastikan menu yang anda pesan tidak mengandungi apa2 jenis daging.
Credit Card: Banyak tempat di Seoul terutamanya Supermarket, Hypermarket, kedai2 besar & restoran menerima kad kredit dari negara asing. Namun begitu, mereka lebih prefer anda membayar dengan menggunakan wang tunai. Oleh kerana itu, adalah dinasihatkan supaya anda menukar wang anda dengan mencukupi.
Struktur Geografi: Seoul sebuah bandar yang terdapat banyak bukit2 dan tangga2. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang bersesuaian lebih2 lagi jika anda bergerak dengan menggunakan subway. Juga adalah lebih mudah untuk travel dengan menggunakan backpack dari membawa beg luggage jenis tarik jika anda menggunakan subway kerana menaiki tangga dengan mengangkat beg luggage pastinya akan sangat menyeksakan..:P
Perbezaan soket/plug: Setiap negara menggunakan soket/plug yang berbeza. Jadi untuk memastikan anda boleh mengecas peralatan elektronik yang dibawa seperti laptop, handphone, kamera & sebagainya, anda perlulah membawa international plug adapter yang boleh dibeli di mana2 supermarket (bahagian luggage & winter jacket).
Shopping: Tempat best untuk shopping di Seoul adalah seperti berikut:
(a) Cenderahati/Handbag: Insadong (banyak pilihan, lebih murah & boleh ditawar harga)
(b) Skin Care/Make up/Handbag: Myeongdong, Hongdae Street (banyak pilihan)
(c) T-Shirt/Brooch: Namdaemun Market (banyak pilihan & lebih murah)
(d) Handphone/Camera: I'Park Mall/Yongsan Electronic Market (banyak pilihan)
(e) Makanan Laut: Noryangjin Fish Market (fresh)
(f) Pakaian: Namdaemun Market/Hongdae Street (banyak pilihan & lebih murah)
Struktur Geografi: Seoul sebuah bandar yang terdapat banyak bukit2 dan tangga2. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang bersesuaian lebih2 lagi jika anda bergerak dengan menggunakan subway. Juga adalah lebih mudah untuk travel dengan menggunakan backpack dari membawa beg luggage jenis tarik jika anda menggunakan subway kerana menaiki tangga dengan mengangkat beg luggage pastinya akan sangat menyeksakan..:P
Perbezaan soket/plug: Setiap negara menggunakan soket/plug yang berbeza. Jadi untuk memastikan anda boleh mengecas peralatan elektronik yang dibawa seperti laptop, handphone, kamera & sebagainya, anda perlulah membawa international plug adapter yang boleh dibeli di mana2 supermarket (bahagian luggage & winter jacket).
Shopping: Tempat best untuk shopping di Seoul adalah seperti berikut:
(a) Cenderahati/Handbag: Insadong (banyak pilihan, lebih murah & boleh ditawar harga)
(b) Skin Care/Make up/Handbag: Myeongdong, Hongdae Street (banyak pilihan)
(c) T-Shirt/Brooch: Namdaemun Market (banyak pilihan & lebih murah)
(d) Handphone/Camera: I'Park Mall/Yongsan Electronic Market (banyak pilihan)
(e) Makanan Laut: Noryangjin Fish Market (fresh)
(f) Pakaian: Namdaemun Market/Hongdae Street (banyak pilihan & lebih murah)
Untuk maklumat tambahan sekiranya diperlukan, bolehlah diemel kepada aku yer (rinie21@gmail.com). Berani dan yakin, InsyaAllah korang pun boleh sampai ke sana dengan selamatnya... :) good luck! :)
29 comments:
satu hari nanti kalo aku ke korea, pasti aku carik hang untuk berguru alang kepalang.... hehehe
Naja: no problem :P
waaa..tip yg bagus nie..yela kan sekarang anyone can fly bak kata airasia.. so info2 cenggini sangatlah berguna..
nak tanya sket.. kalau pegi time october pakaian mcmana sesuai.
Mrsfarahzaki: hehe..memang tujuan saya nak bantu orang lain.. :)
Anon: Oktober = musim luruh..so agak sejuk juga walaupun x sesejuk musim sejuk..still kena pakai jaket cuma x payah pakai berlapis2..cukup rasanya dengan t-shirt & jaket sahaja..:)
OIC. Tapi Kalau ada bebudak 2 Tahun tu sama gak ke? agak risau actually. :(
anon: ic.. Macam saya cakaplah..masa musim luruh tu agak sejuk jugak dan mungkin bagi kita orang malaysia ni x tahan dengan keadaan cuaca tu, so boleh jer pakaikan dia baju tangan panjang, winter jacket yg berhud, seluar panjang, sarung tangan, stokin & kasut bertutup...InsyaAllah ok rasanya..dan jangan lupa spare ubatan :)
ooo Ok Tq. Info yang detail gitu. puas saya cari dlm blog2 hal pemakaian ni. so far kureng details
Asalnya yang berapi nak pegi trip ni is my wife. saya sekadar jadi "yes mem" jer(tapi koyak poket hehehe)
Tapi bila di baca blog2 yang berkaitan Korea ni. Tambah lagi dengan show "Running Man" tu.sekarang saya yang Over Excited rasanya. hahahhaha
Anon: hehe..no problem..saya harap saya dah dpt tlg awak serba sedikit melalui entry korea dlm blog saya ni..;-) saya pun suka tgk running man! Sangat kelakar..haha..
Saya pun hari tu sgtlah excitednya..hehe..beli jer tiket terus buat research dsb..selamat ke korea yer..
Salam..cik klo xkeberatan bly x bg tips tuk ke korea bln 12 nie n tmpat mnarik tuk time sbb sy n kwan2 brani trjH jer...klo awk xksah nie email sy turq_wen@yahoo.com..tq awk
wendiez: awak nak tips apa lagi yer..rasanya kat ruangan tips ni saya dah cover semua..tapi kalau ada apa2 lagi nak ditanya, boleh jer email kat saya rinie21@gmail.com...tempat menarik masa winter? saya cadangkan awak pergi pulau nami & seoul tower.. :)
Salam...boleh tumpang tanya. Berdasarkan pengalaman cikpuan, berapa budget yg sesuai utk ke Seoul selama 5-6 hari? Saya akan ke sana minggu depan, tp sekarang baru terkial2 nak buat anggaran budget..harap dapat bagi idea..huhu
Terima kasih daun keladi..
salam,boleh tahu, kos hidup di sana tinggi tak? duit malaysia dan korea jauh beza ke nilainya macam usd ?
Salam, nak tnya taraf hidup di korea tinggi tak? beza RM dan Won besar tak?
man: taraf hidup di korea agak tinggi juga. Contohnya, setin coke kat sini paling mahal pun RM2 kan..kat sana 2000 won = RM5.80..tukaran dia 1000 won = RM2.90 (lebih kurang ikut kadar tukaran semasa) tapi xdelah jauh sangat beza macam RM vs USD..hehe..
Salam cik rini..maaf, utk info tahun hadapan saya dan kwn2 akan berangkat ke Korea 2013..boleh tak saya nak dapatkan details planning utk rujukan..hihi..malu nk mintak sebenarnya..but ur tips dan catatan perjalanan dalam blog ni sgt2 membantu..annyeong!!
salam akak. boleh tak saya nak tahu bajet untuk hidup di korea selama 5-6 hari? maksud sy budget dari segi pengangkutan, tiket untuk melawat tempat manerik dan makanan :) tq
Anon: pengangkutan kalau naik subway jimat. Awak guna t-money card jer. reload 30000won cukuplah.
Tempat menarik mana yang awak nak pergi? baik survey tiket masuknya kat internet siap2 so awak bolehlah buat bajet awak. Macam masuk istana, tiketnya murah jer (1000won - 3000won), kalau pergi taman2 bunga..free..paling mahal pun kalau awak pergi taman tema la...so better survey yer..
Makanan kalau awak fully makan luar, bajetlah 10000won sehari. Kalau nak jimat, bawaklah maggi/biskut untuk cover makan malam & breakfast awak... :)
Assalammualaikum..
Saya akan ke korea pd 17.02.2014 sapai 21.02.2014 tp masuk melalui busan. Saya xtahu lg nk stay kat busan atau seoul. Pada pendapat akak mana lg ok masuk busan pasti pergi seoul atau stay je kt busan.
Assalammualaikum..
Saya akan ke korea pd 17.02.2014 sapai 21.02.2014 tp masuk melalui busan. Saya xtahu lg nk stay kat busan atau seoul. Pada pendapat akak mana lg ok masuk busan pasti pergi seoul atau stay je kt busan.
Insan berjiwa: sebenarnya bergantung juga apa plan awak masa di Busan tu. Kalau dlm 2 hari dah dpt cover tmpt best kat busan tu, why not pusing ke seoul pulak sbb byk tmpt perlancongan yg menarik terletak di area seoul. Lgpun from busan, awak boleh naik train jer ke seoul. Tmbgnya pun x mahal sgt..
Askum...saya dan kawan2,akan ke busan febuary 2014,kalau naik train ke seoul berapa harga tiket? Kanak kna caje berapa
tips yg berguna ni kak..tapi saya ni first time nak ke sana..maybe tahun depan dalam bulan 5@6...sebab time tu ticket murah sikit...dan rasa2 budget kena bawa berapa tu kak..3-4 hari jer stay sana..cuma nak merasa negara orang...kalau bulan 5@6 tu musim apa pula??humm...dan seoul sama busan apa bezanya?yang mana lebih baik..seoul atau busan nih??sebab saya ni pengemar makanan dan shopping dan jalan2 tempat taman tema atau pantai hehe...please replay ya kak...
Rein love; kalau awak suka makan, pantai & shopping, Busan mmg sesuai sbb dekat pantai & byk choice makanan laut. Hotel kat Busan pun lebih murah dari hotel di Seoul. Bajet kalau pegi 3-4 hari rm500 dah cukup utk cover mkn, transport & shopping. Bulan 5@6 dah masuk musim panas kat sana.
Askum..sy brcadang nk ke Korea tahun depan 2016..sy nak tahu,adakah cukup sy bawa Wang poket sebyak rm2000 ke Korea untuk makanan,hotel,shopping n souvenir..Lg satu,adakah jurang perbezaan matawang Malaysia dgn Korea terlalu besar???..tolong beri penjelasan yg murah sy fahami..terima kasih
Anon: wsalam. Saya cadangkan awak asingkan duit hotel siap2 dari awal dari perbelanjaan utk mkn, shopping & transport di korea. Selalunya jika hotel telah dibooking lebih awal, kita dah tau berapa jumlah yg perlu diperuntukkan utk bayaran hotel. Kadar tukaran wang asing pula sentiasa berubah dr masa ke masa. Awak boleh check kadar tukaran wang asing ini di internet terlebih dahulu sebelum menukar wang. Baru2 ini saya check kadarnya 1000won = RM3.70.
salam kak.. saya plan nak ke seoul bln mac nanti bawa isteri dan anak 3 org umur 9thn, 5, thn dan 3thn.. saya plan nak beli walk in saja hotel di sana.. saya tak nak booking online. kalau saya tempah bilik standard untuk 2 org, boleh tak? management hotel bagi tak kalau bawa anak 3 org duduk sama bilik tadi? terima kasih...
waalaikumussalam...boleh jer kalau nak walk in terus. Cuma baiklah search dulu online berapa rate hotel tu dan tengok syarat2 yang dikenakan. Selalunya kalau ada tambahan katil sahaja yang akan dikenakan caj tambahan.
Post a Comment