Be My Friend :)

15 March 2012

#12: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 2

Hari yang dinantikan pun tiba. Malam tu tidur x lena walhal flight pukul 8.35 malam...haha..berdebar2 x tentu hala...macam tu la bila nak pegi berjalan kan..normal la..ye tak? So pagi Sabtu (10 Mac) tu cuma checking balik barang2 yang dah disimpan dalam beg ajelah sebab barang2 tu sebenarnya telah dikemas seminggu lebih awal sebab xmau kelam kabut sehingga menyebabkan ada barangan yang tertinggal. Nanti kalau tertinggal, nak cari kat tempat orang yang kita memang tak tau apa2 mestilah susah kan..jadi baik ready dari awal. Petang tu pun keluar awal dari rumah sebab xmau terlewat sampai di airport. Flight pukul 8.35 malam jadi pukul 6.30 petang dah kena check in. Aku dihantar oleh Mr. Hubby, my daughter dan pil aku (parent in law)..kami sampai pukul 6.00 petang di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Masa tu partner aku, Kak Ina belum sampai lagi. Dia sampai 15 minit kemudiannya dan dihantar oleh adiknya. Elok dia sampai kami berdua pun terus ke kaunter check in. 

Flight ke KL terlewat sampai kerana cuaca kurang baik jadi kami akhirnya berlepas pukul 9.00 malam dari Penang dan sampai di KLIA pada jam 10.00 malam. Keluar saja dari pesawat, kami terus bergegas ke kaunter pemeriksaan Imigresen untuk pelepasan antarabangsa dan urusan di kaunter berkenaan selesai 20 minit kemudian. Dari kaunter pemeriksaan Imigresen kami terus bergerak ke Gate G-8 untuk flight seterusnya. Termengah2 kami berdua sebab jarak kaunter pemeriksaan Imigresen tu dengan gate untuk berlepas agak jauh. Flight ke Seoul, Korea Selatan sepatutnya berlepas pada jam 11.30 malam tetapi terlewat sedikit dan akhirnya berlepas pada jam 12.15 pagi dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul Korea Selatan pada jam 7.10 pagi (waktu Korea) dengan suhu pada waktu itu -3 darjah celsius. Sepanjang dalam flight kami berdua x boleh nak tidur. Ada la sejam agaknya kami terlelap. Selebihnya hanya diisi dengan melihat tayangan filem di skrin di hadapan. Flight ke Seoul malam itu penuh (fully booked).

Elok sampai barulah kami berdua ke tandas sebab mengelak untuk ke tandas di dalam kapal terbang..hehe..sengaja xmau ke tandas dalam flight sebab nampak ramai sangat yang berulang alik ke tandas. Siap kena beratur. Jadi kami bertahan hingga selamat mendarat di Seoul. Setelah membersihkan diri lebih kurang dan melepasi kaunter pemeriksaan Imigresen di situ dan seterusnya mengambil backpack masing2, kami berdua pun memulakan pengembaraan kami di Seoul. Oh yer, untuk trip kali ini kami menggunakan pakej MAS Holiday yang meliputi tiket kapal terbang (pergi balik) termasuk tax, insurans perjalanan MAS dan hotel di Seoul selama 4 hari 3 malam.

Oleh kerana masih awal dan menyedari bahawa kami hanya boleh check in di Hotel selepas jam 2 petang, maka kami decided untuk terus ke destinasi pertama dalam itinerary kami iaitu ke Itaewon. Tetapi sebelum itu, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kami perlu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo untuk ke Seoul. Maka dengan berpandukan signboard (papan tunjuk arah) di lapangan terbang tersebut, kami berjaya sampai ke station subway (keretapi bawah tanah) Arex untuk ke Gimpo Airport. Tambang untuk 2 orang adalah sebanyak 9100 won dan sampai di Gimpo Airport 40 minit kemudian (bertolak pada jam 8.30 pagi dari Incheon International Airport). Dari situ kami membeli T-Money card untuk digunakan sepanjang trip kami di Korea kerana lebih menjimatkan dari membeli tiket tiap kali menaiki subway. Harga T-Money card ialah 2500 Won dan perlu direcharge terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Maka kami sama2 recharge 30000 Won untuk T-Money Card masing2 dengan menggunakan mesin recharge yang terdapat di setiap stesen subway. Nak recharge juga mudah kerana mesin tersebut ada memberi pilihan bahasa Inggeris selain bahasa Korea.

Dari Gimpo International Airport kami seterusnya menaiki subway Line 5 untuk ke KKachisan Station di mana berdekatan dengan hotel yang kami booking. Di situ kami menyimpan backpack kami di locker yang terdapat di stesen tersebut. Nak memilih locker ini juga mudah kerana terdapat beberapa saiz locker dan kami boleh memilih locker yang bersesuaian untuk menyimpan kedua2 backpack kami dalam satu locker sahaja. Pembayaran untuk perkhidmatan locker ini juga menggunakan T-Money card yang kami beli sebelum itu. Setelah urusan locker selesai, kami pun bertolak ke destinasi pertama kami iaitu ke Itaewon. Apa ada di Itaewon? nanti kita sambung lagi yer.. :)           

2 comments:

Anonymous said...

as salam,
nak tanyala...dri incheon ke subway tu cmne ye? :)

marstories said...

Anon: wsalam...keluar dr tempat ambil bagasi di incheon airport di sebelah kiri ada eskalator ke bahagian basement. Kemudian ikut papan tunjuk arah ke subway. Untuk lebih jelas, download pelan incheon airport dr website incheon international airport untuk bantu awak.. ;-)