Be My Friend :)

11 December 2013

#49: Trip to Tokyo - Karuizawa & Ueno Park

Salam... :)

Jom sambung cerita Jepun jom! hehe..

Hari kedua, kami tinggalkan kesibukan Bandaraya Tokyo untuk ke Karuizawa. Oleh kerana Karuizawa terletak agak jauh dari tempat kami tinggal, maka awal-awal lagi kami sudah bangun dan bersarapan. Sarapan hari ini agak berat kerana semalamnya kami hanya makan maggi sebagai dinner.
 
Breakfast kami: Milo panas, Ayam Brand fried mackerel in chilli sauce, kari ayam & kentang Brahim & nasi (beras & stok makanan dibawa dari Malaysia) :P

 Ueno Station (disebut sebagai yu-wen-no)
 
Selesai bersarapan, maka bergeraklah kami berjalan ke Iriya Station dan seterusnya menaiki keretapi ke Ueno Station. Di station ini, kami mendapatkan tiket keretapi JR (shinkansen - bullet train) ke Karuizawa dengan hanya menunjukkan JR Kanto Area Pass yang kami beli di Narita Airport semalam di kaunter jualan tiket keretapi JR. Tiket yang diberikan tertera nombor gerabak & nombor tempat duduk yang telah direservedkan untuk kami. Sekiranya tiada JR Kanto Area Pass, harga tiket untuk menaiki shinkansen ke Karuizawa adalah sebanyak 5500yen (RM181.50) sehala...(pengsan!) :P

 Antara 'wajah' shinkansen (bullet train) di platform untuk menaiki keretapi JR

 Shinkansen yang kami naik untuk ke Karuizawa adalah yang berwarna hijau ini :)

 Nombor tempat duduk kami di dalam keretapi laju ini 

Karuizawa Station

1 jam 15 minit di dalam shinkansen, maka akhirnya kami tiba di Karuizawa Station dan suhu yang amat sejuk menyambut kedatangan kami sehingga memaksa kami memakai sarung tangan bagi mengelakkannya daripada membeku..hehe...


 Nasrin yang ceria :)

Sebenarnya kehadiran kami di Karuizawa adalah untuk melihat tempat luncur salji yang terdapat di sini. Walaupun pada amnya Jepun telahpun memasuki awal musim sejuk, tetapi hanya kawasan di sebelah utara sahaja seperti Hokkaido dan Sapporo telah menerima kehadiran salji. Manakala kawasan lain terutamanya di Tokyo hanya akan menerima kehadiran salji bermula pada bulan Januari nanti. Maka jika hendak melihat salji lebih awal dan mencari tempat yang paling dekat dengan Tokyo, maka Karuizawa adalah pilihan utama yang boleh dipertimbangkan walaupun salji kat sini cumalah salji buatan jer (sebelum salji sebenar turun). 

Karuizawa Prince Shopping Plaza

Dari Karuizawa Station, kami berjalan kaki ke tempat luncur salji yang terletak tidak jauh dari stesen tersebut. Dalam perjalanan, kami melalui Karuizawa Prince Shopping Plaza yang menempatkan berpuluh-puluh kedai yang menjual pelbagai barangan seperti kasut, pakaian untuk musim sejuk & kedai serbaneka.

Antara kedai yang terdapat di Karuizawa Prince Shopping Plaza


Satu-satunya barang yang kami beli di Karuizawa Prince Shopping Plaza - strawberry milk yang sedap  :)

Dan akhirnya...:)

 Karuizawa Prince Snow Resort

 Nasrin yang happy :)

 Muka orang yang masih penat sebab bawak backpack batu semalam :P

 Kak Ina yang seronok :P

 Nasrin & Mamanya (we was here!) :)

Rupa salji dari dekat

 Nasrin & Kak Ina yang sama tinggi :P

 Nasrin lagi :)

Puas bergambar di tepi track ski, kami pun bergerak pulang semula ke Karuizawa Station untuk balik semula ke Ueno Station. For info, tempat luncur salji ni terletak di kawasan terbuka. Maknanya, setakat nak ambil gambar, memang free jer. Kecualilah kalau nak try meluncur...kenalah sewa segala peralatan yang diperlukan dan perlu membayar certain amount untuk naik lift (mcm cable chair) ke tempat yang lebih tinggi untuk meluncur. For more info, boleh google :P

 On the way balik ke stesyen keretapi, sempat ambil gambar di deretan bas comel ni.. :)


Untuk balik semula ke Ueno Station dengan menaiki shinkansen, sama juga prosesnya iaitu di Karuizawa Station, kami mendapatkan tiket kami di kaunter tiket JR dengan menunjukkan JR Kanto Area Pass kami. Tiket yang diberikan juga tertera nombor gerabak dan nombor tempat duduk kami yang telah direservedkan.  Sepanjang perjalanan balik, ketiga-tiga orang kami tidur di dalam shinkansen sehinggalah sampai di Ueno Station :)

Kami sampai awal di Ueno Station. Maka kami membuat keputusan untuk ke Ueno Park yang terletak berdekatan dengan Ueno Station ni. Mengikut tanda arah exit ke Ueno Park, kami seterusnya menyemberangi jalan dan menaiki tangga sehingga akhirnya sampai ke Ueno Park yang sebenarnya ada dalam planning kami untuk hari pertama. Namun oleh kerana sampai lambat akibat flight yang delay 2 kali tu, kami tidak dapat ke sini semalam. 

 Nasrin seronok dapat bergambar di depan pokok berwarna merah ni :)

Tengok tu! Dia pun sibuk dengan kemeranya.. :P

 Pokok kuning pulak kali nih :)

Sekejap sahaja kami berpusing dan mengambil gambar di Ueno Park ni sebab cuaca semakin sejuk dan suasana pun sudah mula nak gelap. Seperti yang aku beritahu di dalam entry terdahulu, Tokyo di musim sejuk ni, pukul 4 petang sudah mula gelap macam pukul 7 malam di Malaysia.


Sempat lagi kami singgah di Ameyokocho (macam pasar malam) yang terletak di hadapan Ueno Park sekejap sebelum bergerak ke Ueno Station semula untuk menaiki keretapi ke Iriya Station untuk balik ke hotel kami. Tiada barang yang dibeli di sini..cuma nak tengok2 sahaja kaedahnya...hehe...Untuk makan malam, aku masak... :)

 Sayur, telur & minyak zaitun yang dibeli dari family mart. Sambal belacan adabi aku bawak (sekali dengan Cukup Rasa pun aku bawak) :P


   Tadaa! dah siap dinner kami malam ini iaitu nasi goreng sardin :)

Aku: settle agenda hari kedua di Tokyo :)

05 December 2013

#48: Trip to Tokyo - Soho Asakusa Hotel

Salam... :)

Di Tokyo kami stay di Soho Asakusa Hotel. Hotel ni aku book thru www.booking.com. Hotel style apartment. Hotel kat Tokyo pada aku (masa aku buat survey :P) semuanya mahal-mahal belaka. Nak booking pun takut. Walau bagaimanapun, aku ni demand la jugak...xmo duduk kat hostel yang kena share bilik air, atau kena share dapur atau hostel yang kecik giler macam keranda...hehehe...bajet x besar tapi punya hati besar kaedahnya...haha..

Maka Soho Asakusa Hotel telah dipilih setelah menepati ciri2 yang diperlukan iaitu, ala apartment, ada bilik air sendiri (walaupun kecik :P), ada mini kitchen pun jadilah supaya senang nak masak, jarak yang berpatutan iaitu boleh jalan jer ke/daripada stesen keretapi (walaupun ambil masa 25 minit untuk pergi & 30 minit untuk balik - teringat pun dah rasa letih!), sesuai untuk 3 orang & xdelah mahal sangat sewanya (RM1700++ untuk 6 malam..uhuk!)...

Jom tengok gambar2 (yang menarik :P) ni:


Pandangan hadapan hotel tapi pintu depan ni sebenarnya terletak di bahagian belakang jalan sebab kat depan ada Soho Asakusa Coin Laundry


Kunci bilik kami di tingkat 2 (hotel tu ada 8 tingkat) & arahan (+ penerangan) dari pihak hotel dalam bahasa Inggeris. Siap bagi password untuk free wifi lagi.

 Bilik kami ada 1 katil queen yang kecik comel jer (aku share dgn Nasrin) & 1 sofa bed (K.Ina)

Ada pemanas bilik (walaupun bila on jer bunyi bising mcm nak luruh) :P



 Toilet yang kecil tapi lengkap dengan kemudahan asas yang disediakan. Tuala mandi, tuala muka, berus & ubat gigi juga disediakan. Shower pun ada air panas.

 Ada peti ais mini 

Disediakan cerek untuk masak air, sabun basuh pinggan & kuali

Ada flat screen tv (chanel ada 10 tapi byk berita & iklan jer :P)

Mini kitchen (sinki yang ada air panas/sejuk, electric stove, cutlery, mugs)

Ada microwave (walaupun instruction penggunaan semua dalam bahasa Jepun jer still boleh digunakan - caranya: tekan jer mana2 button sampai dia berfungsi) :P

Xde almari tapi ada tempat untuk sangkut baju. Penyangkut baju juga disediakan.

Gitu... ok la kan? ada kemudahan asas...tapi tu la..nak kena jalan jauhhhhh juga sementara nak sampai hotel nih dari stesen terdekat iaitu Iriya Station. Jalan pagi-pagi ada la dekat 25 minit juga. Tapi jalan balik ke hotel jadi 30 minit sebab x larat nak jalan...haha...x percaya sila la tengoklah peta ke hotel yang diberikan oleh pihak hotel di bawah ni...Agak2 berapa traffic light yang perlu kami lepasi untuk sampai ke hotel ni?...cer kira... :P


Aku: Jadi warga asing di negara asing :P