Salam.. :)
5 April 2014 - Hari ketiga di Busan
Hari ni cadangnya kami nak ke Samnak Park yang berdekatan dengan Gwangalli Beach dan kemudiannya ke Haeundae Dalmaji Road untuk tengok bunga lagi. Katanya kat kawasan ni banyak pokok Cherry Blossom. Maka awal2 pagi lagi kami dah keluar dari motel kami walaupun kelihatan cuaca agak mendung pagi ini. Perjalanan kami adalah dari Busan Station ke Seomyeon Station dengan menaiki subway line 1 dan kemudiannya menaiki subway line 2 ke Geumnyeonsan Station. Di Gemnyeonsan Station, kami keluar melalui exit #5. Oleh kerana cuaca sudah bertambah mendung maka kami singgah dulu membeli sekaki payung sebagai persediaan sekiranya hujan turun. Perjalanan kemudiannya diteruskan namun tanpa papan tanda, kami hanya berjalan ikut suka sambil berharap bertemu dengan Gwangalli Beach dan alhamdulillah kami bernasib baik kerana jalan yang dipilih memang membawa kami ke kawasan itu...hehe.. jom tengok gambar :P
Berhenti menikmati makan tengahari dahulu di tepi Gwangalli Beach... :)
Selepas makan kami mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan awal kami nak ke Haeundae Dalmaji Road kerana cuaca ketika itu tidak mengizinkan. Maka kami terus ke Sasang Station kerana dari atas bas balik dari Jinhae semalam kami nampak ada satu kawasan rekreasi yang berdekatan dengan Sasang Station yang agak menarik juga. Cuaca di Sasang adalah baik... :)
Kami berjalan menggunakan jejantas ini untuk ke kawasan rekreasi yang terletak di tengah-tengah lebuhraya berdekatan dengan Sasang Station.
Ambil gambar dulu di atas jejantas :P
Kawasan rekreasi yang terletak di tengah2 lebuh raya ini dihiasi deretan pokok Cherry Blossom :)
Bunga yang berwarna pink ini pun ada.. :P
Cantiknya kan?
Kami berehat sebentar di kerusi yang terdapat di situ sambil menikmati Manjoo Hana yang dibeli di Sasang Station sebelum itu dan kemudiannya berjalan balik ke Sasang Station untuk pulang ke motel. Habis cerita di hari ketiga.. :)
Bersambung...
Aku: xde monopod sebab itulah gambar berdua xde.. :P
1 comment:
Seronok.. jauh berjalan luas pemikiran juga pandangan. Seluas saujana mata memandang.
Post a Comment