Be My Friend :)

04 December 2013

#47: Trip to Tokyo: Antara Dugaan & Cabaran

Salam.. :)

Selepas 2 hari bercuti sakit akibat demam & selesema, akhirnya hari ni aku memulakan kerja seperti biasa. Demam dan selesema tu sebenarnya dibawa balik dari Tokyo lagi dah. Akibat tak tahan dengan cuaca Tokyo yang sejuk melampau dan tak tahan dengan keletihan yang melampau akibat turun naik tangga di stesen keretapi dan terpaksa menapak berjalan kaki setiap hari semasa di Tokyo. Ini pun masih mamai2 menaip dek kesan ubat2 yang dibawa ke pejabat...hehe..

Seperti yang sudah sedia maklum, akhirnya aku, K.Ina & my daughter Nasrin, selamat tiba di Narita Airport pada hari Ahad yang lalu setelah 2 kali penerbangan kami ditunda. Aku mendapat sms yang dihantar oleh pihak MAS tentang penerbangan yang ditunda dari pukul 11.30 mlm (Sabtu) ke 5.30 pagi hari berikutnya (Ahad) betul-betul sebelum menaiki penerbangan dari Bayan Lepas ke KLIA. Terkejut. Kepala otak dah fikir macam2 sepanjang penerbangan 1 jam ke KLIA tu. Nak kena tido di airport ke? Lamanya nak kena lepak kat airport sebab penerbangan dari Penang pukul 5.30 ptg dan dijangka sampai 6.30 petang. Kalau terpaksa menunggu di airport sehingga waktu berlepas pukul 5.30 pagi...lamanya...kesian Nasrin...

Elok jer turun dari flight, ternampak seorang pekerja MAS memegang kertas yang tercatat nombor penerbangan kami ke Tokyo. Aku lantas bertanya kepada dia mengenai penerbangan kami. Katanya dia menunggu 7 orang penumpang dari Penang yang akan menaiki pesawat ke Narita. Flight terpaksa ditunda dan pihak MAS telah menyediakan penginapan di Hotel Marriott, Putrajaya dan pengangkutan dari KLIA ke hotel dan pagi esoknya disediakan bas untuk KLIA semula. Makan malam juga disediakan dan penumpang x perlu membayar apa-apa kos tambahan. Lega satu bab. Setelah butir-butir pada boarding pass kami diambil, kami dibawa menaiki Airport Limo ke Hotel Marriott, Putrajaya. Setelah check in bilik dan meletak beg, kami turun menikmati buffet makan malam yang disediakan oleh pihak hotel. Amboiii...dasyat buffet makan malamnya. Ada macam2 makanan... :P

Selesai makan, kami terus tidur sebab takut terbabas pagi esoknya. Pihak MAS sudah mengingatkan bahawa bas akan mengambil semua penumpang untuk ke KLIA pada jam 3.30 pagi. Makanya pukul 2.30 pagi kami dah bangun dan bersiap2. Dalam mamai terus cepat2 naik bas yang disediakan dan sempat tidur di dalam bas sehinggalah sampai di KLIA.   

Di KLIA, kami singgah di toilet terlebih dahulu sebelum ke gate berlepas. Tercatat di boarding pass yang gate berlepas kami adalah di gate C34. Tapi selepas berjalan jauh ke gate C34, kami dapati gate tu lengang. Rupanya, gate berlepas telah ditukarkan ke gate C14. Itupun setelah melihat kenyataan yang terpapar pada skrin di gate berlepas tu. Berjalan pulalah kami ke gate C14. Jauh tau, dari gate C34 ke gate C14. Lenguh jugalah kaki berjalan. Tunggu depan gate sampailah ruang menunggu dibuka. Selepas melepasi prosedur pemeriksaan dan duduk menunggu dalam ruang menunggu, aku boleh nampak kerja-kerja memasukkan barang-barang ke dalam pesawat, bertukar kepada kerja-kerja membawa keluar barang-barang dari dalam pesawat. Macam pelik jer. Kenapa bawa keluar balik barang-barang yang telah dibawa masuk sebelum tu. Selepas itu, nampak kapten dan pramugari/pramugara pula keluar dari pesawat yang sama. Hah? sudah...cuak dah nih!

Flight tu sebenarnya telah mengalami masalah teknikal dan gate berlepas terpaksa ditukarkan ke gate C4 pulak! Adoi...berjalan pulak ke gate C4. Dah 3 kali bertukar gate berlepas dan pesawat yang mulanya dijadualkan terbang pukul 5.30 pagi ditunda lagi ke pukul 6.30 pagi pula. Susahnya nak ke Tokyo...Macam2 kan dugaan nak pergi Tokyo nih? Huh! tak pasal-pasal subuh-subuh lagi kami dah bersenam jalan kaki melawat gate berlepas kat dalam airport. Tu belum sampai Tokyo lagi tuh...huhu...dugaan...

Akhirnya, pesawat kami berlepas juga ke Narita pada jam 6.40 pagi dan selamat tiba di Narita Airport pada jam 2.00 petang. Lari planning hari pertama sebab tiba lewat dari sepatutnya. Selepas melalui barisan pemeriksaan Immi Jepun yang panjang dan berpusing-pusing macam ular kena bedal, akhirnya passport dicop dengan kelulusan mendarat dan segeralah kami bergerak mengambil luggage masing-masing di luggage carrier. Beg kami telahpun diletakkan di atas lantai berdekatan dengan carrier memandangkan carrier pun dah tidak lagi berpusing. Lama sangat beratur masa passport diperiksa agaknya.


Kat airport kami beli JR Kanto Area Pass & Suica Card di JR East Travel Service Center di floor B1, Narita Airport. Ni untuk memudahkan kami bila nak turun naik keretapi sepanjang berada di Tokyo nanti dan JR Kanto Area Pass juga untuk naik keretapi laju (shinkansen) ke Karuizawa esoknya. JR Kanto Area Pass ni boleh digunakan selama 3 hari berturut-turut untuk naik semua jenis keretapi JR sama ada yang laju, sederhana atau laju giler...boleh juga guna untuk naik Narita Express (N'ex) dari Narita Airport ke Tokyo Station....untuk dewasa dikenakan sebanyak 8000yen, kanak-kanak 4000yen. Tiket keretapi kami dari Narita Airport ke Tokyo Station telah direserved tempat duduknya siap2 oleh kerani kaunter JR East Travel Service Center.


Suica card tu pulak macam T-Money card kalau kat Seoul dan kalau kat Malaysia macam kad Touch n Go la fungsinya. Satu card harganya 2000yen dan boleh reload dari semasa ke semasa kat mana-mana stesyen keretapi guna mesin. Kalau aku cakap stesen keretapi bermakna, keretapi + subway tau sebab kat Jepun ni ada macam2 jenis keretapi ada. Satu stesen boleh kongsi macam2 jenis keretapi. Yang laju, yang slow, yang sederhana laju, yang sangat2 laju dan yang bawah tanah, atas tanah atau landasan atas dari tanah pun ada...gitu..

Suica card ni, boleh guna untuk naik semua jenis keretapi kecuali keretapi laju yang kena reserved tempat duduk dan keretapi yang limited tempat duduknya. Beli air kat mesin vending pun boleh guna kad ni. Shopping pun boleh guna kad ni jugak. Asalkan kad tu 'berisi'...hehe...

Kami turun di platform yang betul untuk ke stesyen Tokyo mengikut tiket yang telah direserved tempat duduknya tu. Tapi malangnya, kami masih tersalah naik keretapi untuk ke stesyen Tokyo! Adooi...manalah kami tau ada macam2 jenis keretapi share platform yang sama. Ingatkan keretapi yang patut kami naik tu dah sampai. Rupanya bukan. Keretapi yang kami naik tu berhenti di Terminal 1, Narita Airport. Kami pula dari Terminal 2, Narita Airport. Dekat jer antara kedua-dua terminal ni. Makanya, setelah merasakan yang kami telah naik salah keretapi, kami turun semula dari keretapi tersebut di Terminal 1 dan naik pula keretapi yang sepatutnya kami naik yang kebetulan berada di platform bersebelahan tanpa menyangka yang keretapi yang sepatutnya kami naik sebenarnya dah pun berlepas sebelum itu. Maknanya, jenis keretapi dah betul tapi salah pula jadual berlepasnya = x betul juga.

Oleh kerana dah salah keretapi, maka tempat duduk yang direserved tu dah x boleh digunakan. Kami duduk di tempat orang lain. Maka kena turun keretapi tu sepatutnya tapi x dapat nak turun dari keretapi sebab dah namanya pun Narita Ekspress kan...belum sempat nak angkut beg yang berat tu untuk turun semula, keretapi dah gerak semula dengan lajunya. Alamak!

Tapi dek kemahiran berbahasa Jepun K.Ina yang masih ada sisa-sisa tu, maka kami dibenarkan untuk duduk di kerusi yang kosong di bahagian belakang sehinggalah selamat sampai di Tokyo Station. Fuhh...selamat! Nak tau? Kak Ina pernah buat praktikal selama 3 bulan di Jepun semasa zaman remajanya dulu.....dihantar oleh kilang tempat dia bekerja. Tu pasal dia boleh cakap bahasa jepun sikit2 dan mujurlah boleh ingat lagi macam mana nak cakap..hehe...orang Jepun yang berada di dalam gerabak kami tu pun ada yang sangat membantu walaupun x reti nak cakap bahasa Inggeris langsung. Ada juga yang kerek..biasa la kan...tapi mujurlah xde adegan halau menghalau kan...yer la..kalau diorang halau pun, takkan nak lompat keluar dari keretapi yang tengah lajuuu tu kan...agak2 la..

Sampai di Tokyo Station hari dah gelap walhal masa tu baru pukul 4.30 petang! Jepun cepat malam masa winter rupanya. Dari Tokyo Station, kami naik keretapi lagi ke Ueno Station sebelum naik keretapi lain pula ke Iriya Station. Hotel yang kami booking terletak berdekatan dengan Iriya Station. Tapi nak kata dekat tu, xdelah dekat sangat. Jenuh jugak menapak dekat 1 km dari stesyen tu ke hotel. Kalau dikira masa, 25 minit jugaklah masa perjalanan tu tapi untuk malam pertama jadi lebih dari 1 jam sebab campur dengan sesat dan jalan macam siput dek kerana beg yang berat macam batu...hahaha... 

Pukul 7.00 mlm akhirnya sampai juga kami di Soho Asakusa Hotel setelah tinggal nyawa2 ikan. Rasa macam nak tinggal jer backpack kat jalanraya! haha...terus cepat2 check in dan kemudian kami masak maggi untuk makan malam..cerita pasal hotel nanti aku cerita in the next entry yer.

4 comments:

Naja said...

Gila mencabar.. baca citer hang ni sajapun dah nak pitam apatah lagi mengharunginya.. terasa sungguh teknikal perjalanan hang kali ini. Aku mcm biasa, klu bab2 teknikal ni, mmg kelaut. Apa2pun tahniah Rini, bukan calang2 orang dapat mengharung perjalanan sebegini. Kalau aku kat tempat hang, mungkin dok menangis jer la kat Narita Airport tu sampai hari patah balik ke Malaysia. Bravo sahabatku !

farikh said...

Salam kak, saya baca blog akak since entri pi korea, and dapat tau blog akak dari zamiharitini, anyway, im looking forward entri jepun ni. Fighting kak!

marstories said...

Naja: Haha...aku pun sebenarnya gundah gulana jua tapi sebab kali ini bawak perintis (Nasrin), terpaksalah aku menunjukkan kecekalan di depannya...haha...

marstories said...

Farikh: Wsalam...terima kasih..hehe...akak pun ada baca blog awak... :)