Be My Friend :)

04 October 2013

#41: Kenangan Mencuit Hati

Salam.. :)

Aku teringat masa trip pertama ke Seoul, Korea on Mac 2012 yang lalu. Trip tu 5 hari jer tapi lepas tolak hari perjalanan pergi dan balik maka tinggallah 3 hari sahaja untuk explore Seoul buat kali pertama. Sehari kami (aku + k.ina) plan dah nak pergi 4-5 tempat sekaligus sebab masa yang terhad sangat. Dan salah satu tempat wajib pergi ialah ke Seoul Mosque yang terletak di Itaewon.

Seoul Mosque, Itaewon

Mungkin aku dah cerita dulu yang nak sampai ke masjid ni kemain punya susahnya. Nak sampai ke Itaewon tu senang jer naik subway tapi nak mencari di mana terletaknya masjid ni yang susah. Berpusing-pusing dan beberapa kali berpatah balik aku dan k.ina di jalan yang sama. Tu belum campur naik turun tangga beberapa kali lagi tu. Memusing cari signboard ke masjid tapi x jumpa. Siapa yang pernah pergi ke Korea mesti tau kan yang kat Korea ni jalannya banyak bukit2 dan banyak tangga2. Maka lenguh la kaki kami berdua berjalan cari masjid ni. Dahlah pergi masa musim sejuk. Walaupun xde salji tapi sejuknya macam seolah-olah duduk dalam peti ais kat bahagian beku tu rasanya tau.

Nak tanya kat orang, x reti nak cakap Korea...haha..maklumlah..yang kami hafal pun basic communication jer. Tak sangka pulak susah nak cari masjid tu. Ingatkan di tepi jalan jer. Cuma teringat kata-kata sorang ofismate yang pernah ke Seoul sebelum itu. Dia kata kalau nak ke masjid, mula2 kena naik tangga..pastu kena naik bukit lagi..adoii..aku pulak tak tanya lepas naik tangga tu nak naik bukit di sebelah kiri ke kanan?...sudahnya merasalah berpusing-pusing dan turun naik tangga sampai dah nak berputus asa pun ada dah.

Dek kerana nak tengok jugak masjid ni, maka kami teruskan juga usaha kami nak cari masjid ni sampai jumpa. Maka, dengan izin Allah, akhirnya berjaya juga sampai ke masjid ni setelah hampir putus nyawa mendaki bukit yang tinggi...haha..amboi ayat!..tapi betul tau..masjid ni betul2 terletak atas bukit..kalau dari jalan utama di bawah, kena naik tangga curam dulu...pastu kena naik bukit...pastu naik bukit lagi sekali baru jumpa masjid ni.

Maka kembang kempislah hidung kami sebab berbangga dapat sampai masjid ni walaupun dah beberapa kali sesat jalan. Lepas berpusing-pusing di sekitar masjid dan mengambil gambar, kami pun sepakat nak naik ke tingkat atas masjid iaitu tempat solat untuk wanita. Kalau sebelum tu nak sampai ke masjid kena naik tangga dan 2 kali naik bukit kan? nak ke tempat solat wanita pun kena naik tangga lagi tapi kali ni naik tangga berpusing-pusing pulak. Sebelum naik tangga, kena buka kasut dulu dan daki la tangga tu yang tingginya lebih kurang 3 tingkat.

Bila dah tengok dan berehat sebentar di ruangan tempat solat wanita, kami pun turun semula untuk ke destinasi lain pula memandangkan belum pun masuk waktu solat Zohor waktu itu. Masa turun, kena lebih berhati-hati kerana karpet di tangga masjid tu agak lembab dan licin dek kerana cuaca yang sejuk. Beberapa kali aku tergelincir dan terpaksa berpaut pada pemegang tangga. Aku turun dulu dan K.Ina mengikut dari belakang. Elok dah sampai bawah dan memakai kasut, aku pun ambil peluang melihat-lihat ruang aktiviti masjid berdekatan dengan tangga tu. 

Setelah 20 minit berlalu, kelibat K.Ina langsung tak kelihatan. Dalam hati dah tertanya-tanya juga, mana perginya K.Ina ni sedangkan masa turun tangga sebelum itu, dia betul2 berada di belakang aku. Panik seketika dibuatnya. Isk, dah ke mana pulak dia nih..dahlah datang ke Korea pun berdua jer. Terus bergegas aku ke tangga semula dan memanggil dia. Nampak K.Ina dah terduduk di kaki tangga. Aku ingatkan dia jatuh. Muka dia pun dah cemas sebab ingatkan aku dah hilang ke mana. Rupanya dek kerana banyak berjalan dan suhu yang membeku, kaki K.Ina menjadi cramp sejurus dia turun dari tangga. 

Nampak jer aku, K.Ina terjerit, "Rinie, K.Ina x boleh pakai kasut...kaki K.Ina cramp! tolong K.Ina..." haha..lawak betul!..tapi memang betul sebelah kaki K.Ina cramp dan dia tak boleh nak pakai sebelah lagi kasutnya. Aku yang pada mulanya bengang kerana menyangka K.Ina sengaja lambat, tergelak melihat dia terduduk dengan muka cemas. Maka cepat2 aku tolong urut sebelah kaki dia yang cramp itu untuk melancarkan peredaran darah ke kaki dia. Lama kelamaan kaki K.Ina beransur pulih dan dia dah boleh memakai semula kasutnya yang sejak 20 minit yang lalu hanya mampu dipegangnya.

Kami ketawa di sepanjang perjalanan turun ke jalan utama semula. Malah sampai sekarang pun, jika teringat, masih lagi kami ketawa kelucuan. Inilah salah satu kenangan di Korea yang tidak mungkin dapat kami lupakan sampai bila2...haha...

 Di Itaewon

Aku: Pada yang minat nak backpacking ke Korea boleh tengok-tengok pakej bajet yang ditawarkan oleh Saranghaeyo Backpackers di Facebook yer... :)

2 comments:

zila@akulovetravel said...

aduh..tragis betul..hahaha..time tu winter ek? sayapun ada cari masjid tu..tapinya tak berapa bersungguh mcm uols..makanya tak jumpa la..hahaha. my sis ada masalah kesihatan tak boleh bj jalan, so kitaorg decide gi mkn je kt itaewon tu

marstories said...

Zila: ha..kan? susah nak cari masjid tu! kalau x sungguh2 mmg x jumpalah. Yup..time winter masa tu..sejuknya macam nak beku..haha..