Be My Friend :)

30 April 2013

#24: Trip to Sabah

Salam... :)

Akhirnya setelah nak masuk sebulan, baru trip Sabah ni keluar...haha...sorilah...aku bizi tahap x ingat punya...ni pun setelah memaksa diri dengan jayanya nih..hehe..

Trip to Sabah ni seperti yang telah diberitahu sejak awal hari tu, adalah merupakan trip yang dianjurkan oleh jabatan tempat aku bertugas. Setiap tahun, kami diberikan peluang untuk memilih trip lawatan yang ingin diikuti. Makanya, untuk tahun ini, aku memilih untuk mengikut trip ke Sabah (tahun lepas aku pergi JB & Singapore). Trip ini disertai oleh 17 orang peserta kesemuanya yang terbang dari Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 10.30 pagi, 7 April 2013 yang lalu dan selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 1.15 petang (lebih kurang la...2 jam 45 minit dalam penerbangan) ...

Muka2 ceria kat airport sebelum terbang (sebelah aku tu k.ina...ada jer dia kat sebelah :P)

Memula tu cuak jugaklah nak ke Sabah ni lepas kejadian di Lahad Datu tu..kiranya sebelum pergi ni fikir macam2 la benda negatif. Tapi dek keterujaan nak ke Kota Kinabalu dan Kundasang buat pertama kalinya ni lebih kuat dan mengatasi kecuakkan tu, maka kami teruskan juga plan yang telah dirancang sebelum pencerobohan di Lahad Datu ini lagi dengan diiringi doa keluarga dan kawan2 kami...hehe...:)

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami dibawa oleh tour guide kami untuk menikmati makanan tengahari di restoran yang tidak jauh dari airport dan kemudiannya, dibawa ke apartment tempat kami menginap iaitu Marina Court Resort, Kota Kinabalu untuk check in terlebih dahulu sebelum anggota rombongan dibawa pula melawat ke Monsopiad Cultural Village. Hanya aku, k.ina & k.faezah memilih untuk tidak mengikuti rombongan ke sana dan kami diturunkan di Pasar Filipina yang tidak jauh dari apartment tempat kami menginap itu...makanya, di hari pertama, kami bertiga dah start shopping...hehe...

Rambang mata berada dalam pasar filipina ni. Jenuh la nak belek mutiara...hehe...

Sebelum diambil semula oleh tour guide, kami sempat membeli mee goreng sebagai makan malam. Punyalah banyak portion mee goreng di sana. Sebungkus pun sebenarnya boleh dimakan oleh 3 orang. Makanya, malamnya, kami bertiga hanya berehat2 di dalam apartment sambil menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian di televisyen sambil juga berusaha menghabiskan mee goreng masing2 yang terasa seperti tidak luak2 itu..haha.... Yang lain pula keluar menikmati makan malam mereka beramai-ramai di tepi pantai.....kita sambung lagi untuk day 2 pula nanti yer.. :)