oklah, kita mulakan entry jalan2 ke langkawi yer.. :) sebenarnya trip ini telah dirancang seawal bulan 5 yang lalu. ianya bermula apabila mak aku bagitau yang dia nak ikut rombongan cik kiah yakni rombongan makcik2 kat kampung aku tu pergi ke langkawi...pastu aku pun gedik la nak ikut sekali dan sudah semestinya tag along anak aku yang one and only tu juga. trip tu bukanlah free..kena bayar rm150 seorang untuk kos pengangkutan dan penginapan. so makan adalah ditanggung sendirian berhadlah yer. so sampailah sudah hari yang ditunggu2 selama hampir 2 bulan itu..maka baliklah kami dua beranak (aku dan anak aku) ke kampung aku petang jumaat yang lepas. kami naik bas jer ke kuala kangsar. and dari sana mak dan adik aku pick up kami. mr. hubby tak ikut sekali sebab dia xmo ikut rombongan cik kiah..hehehe.. tapi mujur jugak dia xmo ikut sekali..kalau dia ikut gak..mau pening kepala dia tengok kerenah makcik2 nih..haha..selain mak aku, adik bongsu aku pun ada ikut sekali. so bertambah excited la anak aku bila paksunya ada sekali. baru ada geng katanya..hehe..
kami bertolak dari kampung pada pukul 12.30 pagi ke jeti kuala perlis dengan menaiki 2 buah bas yang disewa khas dengan anggota rombongan seramai lebih kurang 80 orang dan selamat sampai ke jeti tu pada jam 5.00 pagi. selepas membersihkan diri dan bertukar pakaian, solat dan bersarapan, kami menaiki feri pada jam 7.oo pagi. aku ingatkan bila pergi masa bukan cuti sekolah ni, jeti xlah sesak sangat kan. tapi rupanya, jeti sesak macam biasa jugak. punyalah ramai orang nak ke langkawi.. fuhhh...tengok jer la gambar di bawah ni...bila feri sampai jer, semua pun dah x sabar2 lagi nak naik feri. walaupun tahu setiap orang ni tentu dah ada tempat duduk dalam feri tu, still orang berebut2 jugak nak masuk feri...fuhh..seksa betul nak masuk feri pun..since aku pun bawak satu jer beg galas, so senang jugaklah nak meloloskan diri..sebelah tangan wajib pegang my daughter kuat2..kang hilang mau sawan aku kat situ..hahah..sepanjang perjalanan dalam feri tu aku tido...ngantuk la..dahlah dalam bas tido x lena..mana nak selesa, seat bas tu rapat2..nak adjust kerusi pun x boleh lebih2 sebab karang tersepit pulak makcik yang duduk kat belakang aku tu. dahlah dia tu sakit lutut, asal nak bangun jer dari kerusi dia, dia pegang kerusi depan dia yakni kerusi aku sebagai sokongan..so dengan secara langsung kerusi aku tu tu pun bergegar2 la..dah x lena aku dibuatnya. nak tegur, itu kawan mak aku tu..so redho ajelah..haha..pasrah..sampai di pulau langkawi lebih kurang jam 8.30 pagi. cuaca pun baik. yang aku tak tahannya, sekali lagi, nak keluar dari feri pun makcik2 ni dan ditambah lagi penumpang2 lain berebut2 jugak nak keluar.. adooiii...kalau x berebut x boleh keluar agaknya..huhuhu..sabo ajelah..macam la cekelat2 dan minyak gamat kat langkawi tu dah nak habis...hehehe.. (nanti kita sambung lagi yer..)
pic 1 & 2: ramainya orang penuh sesak di jeti kuala perlis seawal 7 pagi.
pic 3: elok feri sampai jer semua pakat serbu nak masuk feri
pic 4: dah sampai ke pulau langkawi :)