Be My Friend :)

30 May 2011

holiday

last week aku dah war-warkan yang aku nak pegi luar negara kan? hehe.. ala.. bukanlah luar negara mana pun.. aku ke Hatyai Thailand jer..haha..office trip actually.. so aku pergi bersama officemates..kami bertolak seawal 7.45 pagi jumaat dari butterworth ke bukit kayu hitam tapi sebelum itu singgah kejap di CTC Changlun untuk isi borang masuk Thailand and tukar duit bagi yang belum tukar duit. aku dah tukar siap2 di komtar. tukar sikit jer pun...cukuplah untuk makan dan beli sikit2 tu..hehe.. so sampai sempadan lebih kurang pukul 12.00 tengahari and then terus melalui imigresen Malaysia dan seterusnya imigresen Thailand. sebab sekarang ni cuti sekolah, so ramai jugaklah orang di sempadan. kira2 sejam kemudian barulah settle semuanya dan kami terus gerak ke Hatyai. dari sempadan (Danok) ke Hatyai makan masa sejam jugaklah. sampai di Hatyai kami singgah di beberapa tempat seperti di pusat penjualan barangan kulit dan cenderahati, pastu pusat penjualan barang2 makanan hasil rakyat tempatan dan pusat jualan madu lebah dari pokok popi. Nama2 tempat tu semua aku tak ingat..hahaha..so tengok gambar2 jerlah ek.. haha..








kita sambung lagi :)

25 May 2011

Hari Keluarga: siri akhir

Akhirnya kita sampai ke siri akhir entry mengenai hari keluarga..yey! haha.. so hari ahad, ada lagi aktiviti sebelum aturcara penutup iaitu pertandingan mewarna untuk kanak2 berumur 12 tahun ke bawah dan juga pertandingan melukis untuk kategori dewasa. my daughter take part in mewarna. semua peralatan disediakan oleh pihak urusetia dan parent tak boleh membantu..hehe.. so memang ke laut la anak aku tu kaler...hehe..xperlah (pasrah)..






And my hubby masuk pertandingan melukis. aku paksa dia. hehe.. sebab dia pandai melukis. aku tak pandai melukis so aku tukang amik gambar jerlah pada dua2 orang peserta pertandingan pagi tu..haha..tema lukisan is 'suka hati'..haha.. so whatever la nak lukis apa..ada yang lukis potret, ada yang lukis kartun and most of it lukis pemandangan including my husband. And the result? my daughter tak menang 3 tempat teratas.. logik la..dia baru 8 tahun.. yang menang tu (tempat pertama - ketiga) semuanya budak darjah 6 (12 tahun)...tapi semua kanak2 yang masuk mewarna ni dapat hadiah saguhati berupa set alatulis...so semua kanak2 pun hepi...haha..and for melukis..guess what? my hubby got the first prize! wahhh... teruja aku.. haha.. alhamdulillah..at the end, we did win something...kan aku dah kata, dia pandai melukis...walaupun masuk tu sebab kena paksa dengan aku, tapi at least he did lukis elok2 and win...hadiah apa? Dapat jam dinding bertajuk crocodile.. :)



So lepas penyampaian hadiah dan penutup oleh my boss, semua pun balik bilik dan packing2...then lunch dan terus check out..jom balik! :)


my daughter & i berjalan menuju ke jeti

24 May 2011

Hari Keluarga: siri 4

Lepas makan dah boleh check in bilik. semua pun dah kenyang dan sangat letih main games tadi. so semua pun dah macam tak sabar2 nak dapatkan bilik masing2. aku dapat blok B, dekat jer dengan kolam renang dan dewan makan. so memandangkan petang tak ada apa2 aktiviti, so memasing buat aktiviti bebaslah. aku for sure lena sampai ke petang lepas sapu minyak kat badan dan tempat yang lebam. rasa cam lemah longlai..haha..tu la..'rajin' sangat exercise tiap2 hari kan..sekali bersukan camni...macam nak pengsan..haha..




bilik hotel

Malam adalah saat yang ditunggu-tunggu...dinner with a theme: Hot & Fabalous. So ramailah yang pakai pakaian yang hot & fabalous. Aku? pakai baju macam pergi kerja jer...hehe..makanan malam ni? Terbaik! hehehe.. sampai tak larat nak makan.. haha..





lepas makan dihiburkan pula dengan persembahan2 khas dari staf.








Lepas tu ada cabutan bertuah. dan seperti biasa, i'm not lucky enough to get any lucky draw...huhu..so takde entry khas mengenai hadiah cabutan bertuah yer...haha..tapi semua staf pun lucky enough to get Tesco voucher RM150 each..so semua orang boleh beli hadiah lucky draw sendiri nanti di tesco...alhamdulillah..aku pun dah guna dah baucer tuh...aku beli apa? cer teka? haha..aku beli oven elektrik dan barang2 dapur sket...yey! last year aku beli dvd player.. :)

23 May 2011

Hari Keluarga: siri 3

elok habis jer games untuk kanak2, so sampailah giliran staf pulak main games. Ada 5 games kesemuanya termasuklah tarik tali dan staf dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diberi nama mengikut nama feri di pulau pinang iaitu talang-talang, kapas, undan dan rimau. markah dikira secara keseluruhan dan kumpulan aku iaitu kumpulan talang-talang mendapat tempat yang terakhir..huhu..sebab kumpulan lain tu banyak main tipu jer (x puas hati)..hehe..xperlah kan..main games takkan nak serius sangat pun. nama lagi games. just for fun. hadiah pun bukanlah lumayan sangat pun sampai nak berebut2...hehe..cuma seksanya lepas main games la..kesan main games membawa kesakitan seluruh badan akibat berlari, jatuh tergolek dan bahana tarik tali...haha..aku jatuh twice masa main games tali macam kat bawah ni dan twice lagi masa tarik tali..siap lebam bawah lengan kanan besar sikit dari duit syiling 50 sen. but it was fun and i'm okay.. :)










Lepas habis main dan penyampaian hadiah, semua pun bergegas menjamu selera pula sambil dihiburkan dengan live band. makanan..ok la..not bad.








Hari Keluarga: siri 2



Sampai jer terus pergi daftar dulu dan dapatkan satu goodies bag. Dalam goodies bag tu ada mineral water, aturcara program dan jajan sahaja sebab a day before (jumaat), urusetia dah bagi t-shirt (max 2 helai untuk setiap family) and bath towel sesiap kat ofis.





so dah dapat goodies bag masing2, terus gerak ke hotel pulak. dari jeti tu @ tempat ambil goodies bag, ada la dalam 10 minit perjalanan kot ke lobi hotel. takdelah jauh sangat. nak pulak masa tu tengah excited so kemain lagilah semua orang jalan cam laju jer..sebab rasa cam dekat jer kot..haha..






senarai agensi yang buat program di tempat yang sama pada hari sabtu


Lepas breakfast dengan bihun goreng & karipap yang disediakan oleh pihak hotel, kami pun ramai2 bergerak ke tepi pantai untuk acara sukaneka dan dimulakan dengan games untuk kanak2 sementara parents warming up (yelah sangat!). Ada 4 games semuanya and my daughter main semua games yang ada..hehe.. walau bagaimanapun, at the end tiada pemenang utama bagi setiap games memandangkan semua budak2 yang ada kat situ dapat sorang satu hadiah tak kiralah main games ke tak atau sama ada menang atau kalah. sebab takmolah nanti ada anak2 yang menangis bila tak dapat hadiah. hehe.. bagus jugak urusetia nih. hehe.. dan hadiahnya adalah berupa satu set alat tulis yang mengandungi pensil warna, pensil, pemadam, pencil box dan pembaris.






Hari Keluarga: siri 1

hehe..poyo giler letak siri2 nih! tapi memang ada a few siri kot memandangkan ada banyak gambar aku nak letak lam post 'hari keluarga' ni so kena letak no siri..hehe..layankan jerlah yer..haha..so seperti yang aku dah war-warkan dalam post yang terdahulu, ofis aku ada anjurkan hari keluarga di Pulau Jerejak atau nama tempatnya Jerejak Rainforest Resort last weekend. so kita mulakan dengan keadaan cuaca pagi sabtu tu.. dari rumah nampak cam mentari nak bersinar terang tapi sampai jer kat tengah2 Jambatan Pulau Pinang, tengok hari dah sangat2 mendung di seluruh area pulau. inilah gambar2 yang diambil dari jeti nak ke pulau jerejak:






Bila tengok cuaca macam ni, dalam hati dah cuak...selamat la takde sukaneka ni karang. mesti tak boleh nak buat apa2 aktiviti kalau hujan lebat sangat kan? xperlah..pasrah..hehe..my family and i naik bot pukul 8.45 pagi. itu kira trip kedualah. trip pertama dah berlepas pada jam 8.15 pagi. staf dibahagikan kepada 3 trip untuk memudahkan perjalanan menaiki bot ke pulau jerejak. so the last trip adalah pada jam 9.15 pagi. satu trip perjalanan memakan masa lebih kurang 15 minit dan boleh memuatkan kira2 30 orang penumpang pada setiap trip. semakin dekat menghampiri jeti pulau jerejak, cuaca dah berubah semakin baik. Alhamdulillah... ini gambar2 di sekitar jeti pulau jerejak pulak: