Be My Friend :)

24 April 2018

#4/2018: Perth Day 4

Assalamualaikum...

24/12/2017 - Perth Day 4

Hari ni nak jalan yang dekat2 jer & shopping
sebab semalam dah jalan jauh kan tengok kanggaroo dan kawan2 dia
So hari ni nak pergi The Blue Boat House yang terkenal tu pulak
pastu nak shopping perfume

So dari City Stay Apartment kami naik CAT macam biasa ke Perth Station
Pastu naik bas No. 950 menghala ke Qeii Medical Centre
Turun kat hentian Mounts Bay Rd Before Wingfield Av
Betul2 dekat dengan The Blue Boat House ni
Taraa...dah sampai!!



 Perth Crawley Edge Boatshed also known as the Blue Boat House

Kalau jalan2 Perth tapi x pergi The Blue Boat House ni kira x cukup syarat la
Ni kira mercu tanda Perth juga ni
Tapi xde la apa pun..gitu jerlah
Ada jeti sambung dengan boat house tu jer
Boleh la takat nak ambil gambar :P
Janji kami dah sampai kan? hehehe





Masa kami sampai tu xde ramai orang pun
Kami jer dengan sepasang couple ni
Tapi pun nak duduk lama2 kat situ pun buat apa
Panas lit-lit hoi...summer kan 
Pastu tepi laut pulak..berbahang oooo
Maka kami pun bergerak meninggalkan lokasi ini untuk ke aktiviti seterusnya
Iaitu aktiviti shopping sampai pengsan
hahahah


So acara shopping ni cover:

(a)  Chemist Warehouse di Hay Street & Murray Street
(b)  Priceline Pharmacy di Hay Street & Murray Street
(c)  London Court di Hay Street
(d)  Woolworths di Murray Street

Murray Street & Hay Street ni actually sebelah2 jer
Tapi jalan dia panjangggggg
Kena jalan jauhhhhh kalau nak pergi cawangan2 depa ni
Tapi demi misi mencari perfume yang dipesan oleh kawan2 dan adik2
Kami relakan jua


 


Memang best la shopping perfume kat sini
Tambah2 lagi time Christmas Eve ni kan
Masa ni kedai2 kebanyakkan dah turun harga barang untuk ready for Boxing Day (sehari selepas christmas)
Penat jalan macam nak seret jer kaki dah
Tapi peluang ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja
Sebab lepas ni bila pulak nak sampai Perth kan
hahahah


In between shopping, berhenti kejap makan roti sosej ni kat Murray Street
Halal yer....kat kedai orang arab dari Iran
Isteri dia yang buat, katanya
Aud5 harganya
Besar dan sedap ya amat (tengah lapar) :P

Kedai buku kat sebelah Chemist Warehouse di Hay Street


Lepas shopping, kami pun pulang ke pangkal jalan
Malam macam biasa masak nasi
Kali ni masak lauk mix seafood yang kami beli kat Woolworth
Gambo lauk xde sebab semua pun malas nak amik gambo
So itulah cerita di hari ke-4 di Perth..jumpa lagi..:)

04 April 2018

#3/2018: Perth Day 3

Assalamualaikum...


23 Disember 2017 - Sabtu

Day 3 di Perth, kami ke Cavesham Wildlife Park
Nak tengok kanggaroo
Satu tempat wajib untuk dikunjungi kalau dah sampai Perth
So dari City Stay Apartment, kami naik CAT bus ke Perth Station
Pastu naik keretapi dari Perth Station ke Bassendean Station
Tiketnya berharga AUD4.60
Beli tiket kat mesin tiket di pintu masuk Perth Station
Then, tunggu keretapi ikut platform yang ditetapkan
Turun jer kat Bassendean Station kena naik bas pulak
Kali ni naik bas No. 955 atau 956
Tak perlu beli tiket lain, just tunjuk saja tiket keretapi tadi
Pastu bagitau driver bas yang kita nak turun kat Whiteman Park


Perjalanan dari Bassendean Station ke Whiteman Park ni agak lama juga
Sampai jer kat Whiteman Park, driver bas tu berhenti dan bagitau dah sampai
Kalau ikut petua hasil gugel, kena call shuttle bus untuk masuk ke Caversham Wildlife Park pulak kat situ
Tapi nasib kami baik, driver shuttle bus tu dah tunggu kami di tepi tempat kami turun bas tadi

gambar dari google 

Shuttle bus ni bukan free, kena bayar AUD2 per/person kot kalau x silap akak
Akak pun dah lupa sebab dah lama baru nak cerita kat blog
Kihkihkih..maafkan akak yang malas ini
Dalam 15 minit dalam bas, maka kami pun sampai di Caversham Wildlife Park



Tiket masuknya AUD29 untuk dewasa, AUD13 untuk kanak2 3-14 tahun
Selamatlah masa pergi ni Nasrin 14 tahun
So bolehlah beli tiket kanak2 untuk dia
Jimat duit akak...hahahaha
Oh dalam tu boleh beli makanan halal tau
Tapi yang akak nampak Mamee Chef dalam cup tu jer
Itupun satu harga AUD5 kot
Cer kali 3
Memang x jadi beli bila kali dengan 3..kahkahkah





 


Haruslah ada gambar dengan wombat, koala & kanggaroo kalau datang sini tau
Tapi nak bergambar dengan binatang ni pun kena beratur tau
Kecuali kanggaroo sebab kanggaroo ni ada banyak ekor
Cumanya dalam kawasan kanggaroo jangan lari2
Kang kanggaroo panik ada risiko untuk kena tendang dengan kanggaroo
So lepak2 jer bagi makanan kat dia
Boleh jer usap2 dia
Kanggaroo ni xde bahaya pun





Ada banyak juga binatang2 lain dalam ni
Cuma kena rajin jalan jer la
Luas kawasan ni
Dahlah tengah summer kan
Perit muka dibuatnya
Dan kering tekak
Kami masing2 ada bawak bekal air
Tapi tak cukup
Punyalah dahaga



Dah habis amik gambar, kami pun bergerak keluar
Letih dah pusing, kaki pun dah sakit
Mekap pun dah cair..hahaha..
Perjalanan pulang juga sama, naik shuttle bus untuk ke main entrance Whiteman Park
Pastu naik bas No. 955 atau 956
Tunjuk jer tiket keretapi tadi
Sampai di Bassendean Station, naik keretapi ke Perth Station
Kena beli tike lain AUD4.60 sebab dah lebih dari 2 jam





Dah sampai Perth Station haruslah lepak2 kat depan tu dulu
Pastu pergi supermarket Woolworth beli sayur2






 
Geram tengok sayur2 dan buah2 kat Perth ni
Semuanya nampak fresh
Rindunya kat Woolworth & Coles kat Perth ni
Macam2 ada...kena repeat nih...hahahaha
Dah shopping, badan pun dah penat, maka kami pun pulang ke pangkal jalan
Balik naik CAT bus
Malamnya kami masak maggi
Sekian untuk Day 3 di Perth...jumpa lagi..insyaAllah... :)