Salam... :)
Tokyo - Day 4 (27/11/2013)
Gambar-gambar di bawah ini adalah coin washer & coin laundry yang kami gunakan sebanyak 2 kali sepanjang berada di Tokyo yang terletak betul-betul di bawah bilik kami di Soho Asakusa Hotel. Cara menggunakannya juga mudah kerana hanya dengan memasukkan sejumlah duit syilling yang dikehendaki, mesin ini akan berfungsi secara automatik. Basuh dan terus keringkan pakaian di dalam mesin kuning di bawah dan baju anda boleh terus dipakai tanpa perlu lagi menjemurnya. Senang kan? :)
Walaupun di hari ketiga aku sudah mula dilanda demam dan selesema akibat cuaca yang teramat sejuk dan keletihan akibat terlalu banyak berjalan, namun planning untuk hari keempat masih diteruskan mengikut jadual. Mujurlah demam di waktu pagi ini sudah berkurangan dan cuma tinggal selesema yang sedikit sebanyak menyukarkan penafasan dan walaupun rentak langkah tidak secergas 3 hari yang lalu, explorasi hari ini tetap diteruskan. Kami ke Akihabara.
Walaupun ini kali kedua kami ke Akihabara kerana telah ke sini petang semalamnya, Akihabara masih memeningkan kami kerana keluar sahaja dari Exit 5, Akihabara Station, kami hilang arah mencari deretan kedai-kedai yang menjual cenderamata Jepun yang katanya boleh didapati di sini dengan harga yang sedikit murah dari yang dijual di Asakusa Nakamise.
Rupa-rupanya, dari Akihabara Station, kami perlu berjalan agak jauh juga (25 minit) ke Chua Dori Street yang terkenal dengan deretan Duty-Free Shopsnya! OMG!
Muka pagi..mata aku sedikit membengkak kerana demam & selesema :P
Antara kedai yang menjual barangan cenderamata Jepun
Antara bangunan 'unik' yang terdapat di Akihabara yang merupakan sebuah pusat permainan komputer
Akihabara pada asasnya terkenal dengan kedai-kedai elektroniknya dan 'syurga' bagi yang gilakan games, anime & manga. Maka tidak hairanlah jika terdapat puluhan pusat games dan kedai anime & manga di kiri kanan jalan di sini. Pastinya menjadi pusat tumpuan otaku (die-hard fan) siri anime & manga yang menjual pelbagai barangan yang bertemakan siri anime & manga tertentu. Malah , pekerja di pusat-pusat games bertemakan anime & manga ini juga berpakaian seperti watak dalam anime bagi menarik pelanggan yang melalui premis mereka.
Aku ingatkan 'Big Apple' tu kedai jual donut...rupanya satu bangunan tu pusat permainan komputer (games) :P
Bagi kami yang bukan penggemar siri anime & manga dan bukan gamers, Akihabara cumalah sebuah bandar biasa
Sepatutnya, dari Akihabara kami bercadang nak ke Imperial Palace. Namun kerana keletihan berjalan, kami bertukar plan ke Asakusa Nakamise sekali lagi kerana mahu membeli beberapa cenderamata lagi untuk dibawa pulang memandangkan setelah survey, barangan cenderamata yang dijual di Akihabara lebih mahal harganya walaupun dijual di kedai 'duty free' jika dibandingkan dengan harga cenderamata yang dijual di Asakusa Nakamise. Maka, kami off ke Asakusa Nakamise dari Akihabara sebelum pulang semula ke hotel kami. Malamnya, aku demam lagi... :(
1 comment:
Salam...bestnya dapat bercuti do jepun...
Post a Comment