Be My Friend :)

27 March 2012

#16: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 6

Bangun pagi di hari kedua, badan rasa ok cuma kaki masing2 terasa macam baru lepas berlari merentas desa hari sebelumnya...hehehe..namun begitu, kami tidak luntur semangat. Hari kedua ni, ada 5 tempat di dalam senarai kami yang mesti kami penuhi kerana peluang berada di bumi Korea ni mestilah digunakan sebaiknya..tak gitu?

Kami keluar dari hotel pada jam 9.30 pagi (waktu Korea) dan berjalan menuju ke stesyen subway iaitu Kkachisan Station yang mengambil masa selama 10 minit dari hotel. Dari Kkachisan Station kami menaiki subway Line 5 untuk ke Jangno 3 (sam)-ga Station untuk ke tempat pertama dalam jadual hari ini iaitu ke Cheonggyecheon Stream.  Sungai Cheonggyecheon ini adalah sungai yang mengalir di tengah2 bandar Seoul yang menjadi tempat warga Seoul bersantai. Dari Jangno 3 (sam)-ga kami terpaksa berjalan selama 20 minit dan menyusuri deretan kedai2 di tepi jalan sebelum sampai ke tempat yang dituju.






  
Oleh kerana cuaca adalah baik dan juga suhu yang amat sejuk, keletihan berjalan tidaklah begitu dirasakan. Malah kami begitu tidak sabar untuk melihat sendiri sungai yang terkenal ini.







Namun, oleh kerana di Korea sedang mengalami musim sejuk, maka hanya permandangan beginilah yang boleh disaksikan di sepanjang sungai. Kami percaya, kawasan sungai ini akan kelihatan sangat cantik apabila tiba musim bunga & musim panas kelak. Lagi gambar2 menarik di sepanjang Cheonggyecheon Stream ini:





Kami kemudiannya berpatah balik ke Jangno 3 (sam)-ga Station untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Insadong dengan menaiki subway Line 3 ke Anguk Station.  Di Anguk Station, kami keluar melalui pintu exit #6 dan berjalan tidak sampai 10 minit untuk sampai ke Insadong.




Insadong adalah deretan kedai2 yang menjual pelbagai barangan kraftangan Korea. Di sini terdapat ramai pelancong asing yang pastinya ingin melihat hasil2 kraftangan Korea yang amat menarik. Kami juga pastinya tidak melepaskan peluang berada di sini dengan membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang. Setelah itu, kami meneruskan pula perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Samcheongdong yang berdekatan dengan Insadong. Samcheongdong terkenal dengan deretan art galeries, cafes, restaurants dan butik2 kecil yang diubahsuai dari rumah traditional Korea iaitu 'hanok'.  




Selesai mengambil gambar, kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami Dongdaemun market pula. Dari Samcheongdong, kami berpatah balik ke Anguk Station dan menaiki subway Line 3 sebelum turun di Jangno 3 (sam)-ga station dan kemudiannya dari situ, kami menaiki subway Line 1 pula dan turun di Dongdaemun Station dan keluar melalui exit #8.




Tiada barangan yang kami beli di sini. Kami hanya melihat2 dan mengambil gambar sahaja. Suasana di Dongdaemun Market juga sangat sibuk. Apatah lagi di Dongdaemun Shopping Town di mana terdapat bangunan putih 4 tingkat yang menjual barangan seperti kain sutera untuk membuat baju tradisional korea iaitu 'hanbok', kain kapas, fake fur, lace, sequin, buttons dan pelbagai lagi alatan menjahit. Tidak menunggu lama di situ, kami kemudiannya mengambil keputusan untuk ke destinasi kelima dan terakhir untuk hari kedua kami di Korea ini iaitu ke Gwanghwamun Square.  Untuk ke Gwanghwamun Square tidak susah kerana kami cuma perlu berpatah balik ke Jangno 3 (sam)-ga Station dari Dangdaemun Station dan seterusnya menaiki subway Line 5 untuk ke Gwanghwamun Station.








Gwanghwamun Square ini adalah seperti Dataran Merdeka di KL yang terletak di tengah2 bandaraya Seoul. Keluar sahaja dari Gwanghwamun Station kami disambut oleh statue of King Sejong the great yang seolah-olah mengatakan "silalah masuk"..hehe... Dan jauh nun di bahagian depan dataran ini pula ialah statue of Admiral Lee Sun Sin yang jika kita mendongak melihatnya dari arah depan, seolah2 dia sedang melihat kita dengan garangnya..hehe..so jangan tengok lama2..tangkap gambar..terus gerak..hehe..berada di dataran yang sangat sejuk, barulah kami sedar yang kami belum lagi menjamah apa2 makanan dari pagi. Waktu tu dah pun menjangkau pukul 4.00 petang waktu Korea. Maka kami pun singgah di restoran berhampiran dengan Gwanghwamun Square ini untuk menikmati makan pagi/tengahari/petang kami sebelum bertolak balik ke hotel kami...selesai aktiviti kami di hari kedua di Seoul.   

Set Bibimbap & Cuttlefish Tteokbokki

3 comments:

hairan189 said...

Restoran apa tu..nampak sedap?

marstories said...

hairan189: Restoran tu namanya kalau x silap 'School Food"...a'a..sedap tapi tteokbokki tu pedas :)

zila@akulovetravel said...

Saya suka baca kisah orglain mengenai tempat yg saya dah pergi..boleh la nak imbas sekali lagi..heheh. Yg tugu teguh giler tu saya lupa nak pergi :(