Be My Friend :)

28 February 2011

It has to be you MV (eng/korean lyrics) - Yesung Super Junior


ini mv untuk korean drama cinderella's sister. citer ni best.. korang dah tengok? aku rasa dalam citer ni lakonan moon geun young sebagai heroin citer ni lebih berkesan @ lebih baik dari watak dia dalam drama mary stay out all night/marry me mary sebab dalam citer ni, dia nampak lagi cantik dan ada pendirian sendiri. sedangkan dalam marry me mary dia lebih banyak ikut peel hero citer tu jang geun suk dan kurang cantik sebab rambut dia kembang. Anyway, lagu ni termasuk dalam ost untuk drama tu dan dinyanyikan oleh yesung yang hensem dari super junior.. :) kalau nak download lagu ni, boleh klik kat tajuk lagu ni dalam entry super junior kat bawah ni yer.. oh yer..dalam mv ni dah siap2 ada lirik dalam bahasa korea dan english..so boleh ikut suara yesung yang hensem tu nyanyi sambil tengok mv nih...hehe..


yesung yang hensem ni lahir tahun 1984 so umur dia 27 la tahun ni tapi kalau ikut orang korea, yesung ni 28 tahun dah tahun ni sebab diorang selalunya akan tambah 1 tahun lagi dari umur diorang yang sebenar sebab diorang campur sekali umur diorang masa dalam perut mak diorang dan umur ini dikira bertambah masa korean lunar new year.. tahun baru orang korea..bukan dikira masa birthday diorang macam kita..korean lunar new year ni jatuh sama hari dengan chinese new year kalau kat malaysia.. :)

credit to: youtube & yahoo.search

27 February 2011

super junior: the best collection

i'm falling in love with korean group; super junior recently. it started when i listened to their song 'no other' in january and then keep falling in love with most of their song... this is my collection of super junior's song and the song that i like the most is no other, in my dream, one fine spring day, it has to be you and my all is in you. click to the title of the song to listen or to download the song (link).

1. no other

2. in my dream

3. it has to be you

4. one fine spring day

5. my all is in you

6. sorry sorry

7. bonamana (beauty)

8. my only girl

25 February 2011

my personal projects

i'm about to reveal my personal projects for this year. why i call it 'my personal projects'? because this is something that i personally really want to achieve and trying very hard to make it happen. This project is actually about me and it is something that before this i call it impossible and just a dreams (angan2 kosong). but then, i realized that i want to make it reality.. for myself.

1. project D - it was my Degree project. I've been starting this project since 2006 and this year was my final semester. until now, i was like..quite surprise actually how i manage to go through all the hard way, ups and downs until this last semester..part 9. Believe me, distance learning program was really, really tough. you'll have to sacrifice so many thing including your time, your money, your heart, your focus..i mean...everything. in time being, i always said to myself.. 'please hang on and be patient'..because i've started it so i had to finish it..so i hope..really, really hope..i can make it till the end..may Allah bless..insyaAllah..
......
2. project K - this is what i call, an impossible project at first but now, when i'm working on it, it not as impossible as i think it was before because when there's a will, there's a way... right? let me keep what is 'project K' first until it become reality...i'll tell you guys about it someday..insyaAllah..it just a matter of time whether i success or not.. but my target either it happen in May or December this year..
....
3. project W - this is actually a recycle project. haha.. what & why? it's a Weight management project. project that always in my list every year :P.. not that i failed to achieve it every year but actually i just didn't reach my own target. maybe i'm not serious about it before so my effort to achieve my target was not enough. so let's try harder this time.. haha.. and yes.. i'm working on it since 1st January...
....
4. project L - another impossible project.. at least not as impossible as projek K.. but there's connection between this two project (K & L). for this project to be success, it will need a lot of practice and effort.. and also motivation so i won't give up easily. i begin slowly but there's improvement here and there now.
....
5. project H - this project will involve me, my hubby and my daughter.. my last project for this year is Holiday project! hehe.. it doesn't matter where is the place.. what matters more is to be with my family on vacation. i really hope that it will happen this year since we failed to make it happen last year because of my sister's wedding. i don't really have a target date or place in my mind right now but for sure, i'll think about it after i finish my first project; project D..
....
well.. that's my personal projects for this year. 5 project altogether. and yes, to make it success, it'll need a lot of efforts and it ain't gonna be easy. and i know, i 'll have to face a lot of obstacles on the way because i can't expect that everybody will understand on what i want in my life and support me always. there will be a rejection, underestimate, mistaken, misunderstood and other negative perception i'll get from another person including from somebody who are important to me. but that's a reality in our life and it's beyond my control anyway. please wish me luck. will you?...insyaAllah..niat yang baik tu akan diberkati Allah..kan? i always believe in it..
.....
"All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them"

18 February 2011

makcik2

semalam dah pergi ambil spek mata. bila pakai, nampak pelik. tapi bukan pelik apa la.. cuma nampak macam ajumma (makcik)..heheh..ker memang dah standard makcik2 dah pun hah? OMG... hahaha..tapi yer la.. bila dah ada anak, kawan2 anak kita mesti panggil kita makcik kan?.. pelan tua, bukan pelan muda.. terimalah hakikat.. huhu (nangis sambil pujuk diri sendiri!)..and aku masih serabut dengan assignment dan tesis...hari2 tido lambat sampai 2-3 pagi pun, x siap2 gak lagi segala assignment tu..tapi bukan senang tau nak taip satu perenggan pun.. kena fikir, taip.. pastu undo balik apa yang ditaip.. pastu fikir lagi, taip lagi..gitulah sampai dapat satu perenggan. so bayangkanlah banyak mana masa yang diambil untuk siapkan walau satu mukasurat pun...dan menyebabkan kesihatan diri sendiri x dijaga dengan baik. so aku masih batuk2 dan selesema. suara pun ala2 sumbangsih ni. kalau kat ofis, bila nak jawab call jer kena berdehem2 banyak kali sebab takut suara x keluar plak..haha.. dan minggu ni travel ke kl balik. seperti biasalah, ada kelas.
.....
p/s: gambar di atas xde kena mengena dgn citer aku tadi tu.. saja.. :)

16 February 2011

feeling unwell

i'm feeling unwell. sore throat, running nose, headache. it must be because of the weather nowadays. too hot from morning to afternoon and then raining heavily in the evening. or maybe because i'm too tired. or maybe because the pressure in my mind for having so many assignment to do and been worried for it all the times. or maybe because lack of sleep. or maybe because all the reason above...haha..but it's okay.. i'm a normal person anyway and i've taken my medicine from time to time now. hopefully i'll recover soon.

opss.. i knew this picture has nothing to do with my story.. it's just because i love it.. that all :)

14 February 2011

my weekend

cuti hujung minggu korang buat apa? cuti hujung minggu aku penuh dengan pelbagai aktiviti. yer la.. kalau diikutkan dari mula tahun 2011 ni, baru minggu ini aku berpeluang berhujung minggu di rumah since minggu2 yang sebelumnya weekend jer pergi kelas di shah alam. macam minggu lepas pulak, walaupun x ada kelas sebab cny tapi pergi kl juga sebab pergi majlis pertunangan my husband's cousin di cheras. jadinya, bila berpeluang weekend kat rumah sendiri, banyak sungguh benda yang nak dibuat.

hari sabtu mula dengan basuh baju2 dan kasut2 sekolah. lepas dah sidai semua, keluar pulak pergi kedai motor. tukar minyak enjin motor sebab dah lebih 2ooo km. lebih kurang tiap2 bulan jugaklah tukar minyak enjin ni sebab travel dari rumah ke ofis jauh kan. alang2 tu, tukar plat motor yang belakang sama sebab plat tu dah patah sekerat kena langgar masa berebut2 masuk feri tahun lepas. hehe..apsal baru nak tukar? sebab walaupun patah, kat bahagian no plat tu x kena. cuma x berapa nak elok jer la rupanya. tak mahal tukar plat tu...rm4 jer pun. lepas settle kat kedai motor, balik rumah terus. sebelum sampai rumah, singgah beli lauk2 dulu sebab dah tengahari, nak masak pun dah lambat sangat so masak nasi je. lepas makan, on laptop buat assignment. ye la.. student gitulah..ada jer assignment yang nak kena buat..dah tu assignment pulak berlambak2..sampai blur otak aku nak fikir nak buat macam mana dah..hehe..pastu dengar anak aku merengek2.. dia dah boring tengok kucing kat luar tu jer seharian. nak ajak jalan2 la tu. so tanya my husband nak pergi mana2 tak? nak tengok wayang, aku dah check online xde citer yang best pun sekarang ni. so last2 we decide to go bowling. pergi main dekat megalanes di megamal pinang. main 3 games sorang, aku ngan anak aku share games. balingan pertama, anak aku baling (almost semuanya masuk longkang..haha) and balingan kedua aku plak baling. best juga sebab as for my daughter, inilah first time dia main bowling and for me, boleh dikira first time juga sebab dah almost 5 years tak main bowling. points for me and my daughter.. x sampai 100 pun..hehe.. :) balik rumah sambung buat assignment balik sampai pukul 3 pagi.

hari ahad pulak bermula dengan mencuci porch. ada kucing yang dah melepas kat porch depan tu. ada 2-3 tempat jugak. hampeh punya kucing. ntah yang mana satu buat perangai x senonoh ni. kalau aku tau yang mana satu, siaplah dia! tak pasal2 abis sepagi aku kat situ. lagi bengang sebab aku x bela kucing pun. dah settle bab tu, masuk rumah pulak. dah tengahari, nak masak pulaklah. semalam dah x masak, so hari ni kenalah masak. bahan2 pun semua dah ada. menu hari tu: kari daging (daging korban yang tak abih2 lagi..hehe), peria tumis dengan telur, sardin dan sambal belacan. sambil masak, sambil tengok barang2 dapur yang dah abih stok sebab lepas asar nanti nak keluar beli barang2 dapur dan makan2 bersama my parent in law. lepas makan, sementara nak tunggu asar, sambung buat assignment lagi...

lepas asar, mandi dan bersiap, pergi ambil pil kat rumah diorang. sampai2 sana, diorang pun dah siap..so terus ke carrefour. lepas beli barang terus pergi makan di food court carrefour tapi sebelum tu, singgah kat kedai cermin mata yang ada kat carrefour tu kejap. aku nak check what's wrong with my eyes ni sebab mata agak kelabu bila tengok jauh especially mata sebelah kiri. seperti yang telah dijangka, hasil pemeriksaan, aku kena pakai cermin mata with mata kiri need more power than mata kanan. rabun jauh. patutlah aku rasa x selesa bila tengok object yang jauh. pastu kadang2 mula sakit kepala. maklumlah kerja tengok komputer memanjang, balik pun tengok komputer lagi untuk buat assignment. faktor umur pun sama kot. dah tu terus buat spek mata since tengah ada offer pun. buat yang murah2 je. aku pun x pernah pakai spek mata so x taulah yang mana sesuai dengan muka aku. salesgirl tu suggest, aku try, pastu yang mana dapat persetujuan sebulat suara dari my husband and my pil, kira jadi ajelah. seminggu lagi baru siap spek tu. lepas ni baru betul jadi 'the geek' macam gelaran yang my friend, laxmi bagi..heheh.. balik rumah, kemas pulak barang2 yang dibeli dan kemas dapur sekali. setahun sekali nak kemas dapur pun payah. haha... selalu main campak2 jer. maklumlah..kan dah kata weekend selalunya aku xde sebab pergi kelas, hari kerja pulak x sempat nak mengemas sbb hari2 pun sampai rumah dah pukul 7 malam. lepas tu iron baju kerja & baju sekolah, kemas beg sekolah, kemas beg kerja & last sekali kejutkan my husband yang dah terlena depan tv. pastu barulah aku masuk tido.. itupun dah pukul 2.30 pagi pun dah. gitulah weekend aku minggu ni. sangat hectic kan? fuhh...

macam ni la lebih kurang spek yang dipilih

picture credit to: yahoo.search

hyun bin oh hyun bin

ni citer pasal pelakon terkenal korea si hyun bin ni yang jadi hero drama korea Secret Garden. bukanlah apa, baru-baru ni aku ada baca cerita mengenai dia ni. dalam satu interview yang dibuat semasa promosi filem terbaru dia 'late autumn' yang dibuat di korea (takkan kat Malaysia pulak kan?..hehehe) si hyun bin yang handsome dan ada lesung pipit ni naik bengang bila wartawan yang interview dia ni tanya mengenai kekasih hati dia si song hye kyo yang cantik tu (antara pelakon wanita tercantik di korea). lebih kurang macam ni la interview antara wartawan tu dengan hyun bin ni yang aku dah translate ke bahasa malaysia (artikel yang aku baca tu dalam bahasa inggeris je.. bukan dalam bahasa korea pun. kalau dalam bahasa korea aku boleh translate ke bahasa malaysia memang sangat dasyat la kan? haha).

song hye kyo
......
wartawan: hyun bin ssi, boleh bagitau bagaimana agaknya hubungan anda dengan makwe anda song hye kyo sekarang ni?
....
hyun bin: minta maaflah, saya tak cerita mengenai hal peribadi saya pada orang. hal peribadi saya adalah hak saya (muka dah masam).
....
wartawan: bukan apa hyun bin, baru2 ini heboh gosip yang mengatakan bahawa hubungan anda berdua telahpun berakhir.. (hyun bin dan song hye kyo ni couple dari tahun 2009 selepas berlakon drama 'the world that we live in').
...
hyun bin: hairan betul la, apa yang sebenarnya peminat nak? mendoakan agar hubungan saya tu berakhir dengan perpisahan ke atau berdoa agar hubungan cinta saya itu akan berakhir dengan happy ending? (hyun bin dah bengang).
....
wartawan: jadi kesimpulannya, hubungan anda dengan makwe anda tu masih berterusan ke atau telah berpisah (masih x putus asa).
......
hyun bin: saya tak mahu komen lagi. lambat laun, peminat akan tahu sendiri kesudahannya macam mana.
....
Haa.. macam tu la lebih kurang interview tu. alah.. relax la hyun bin... takyahlah nak marah2 kan? biasalah bila dah jadi pelakon popular ni. tentu semua peminat pun nak tau semua cerita mengenai dia tak kiralah hal peribadi ke, hal x peribadi ke kan? nak pulak makwe dia si song hye kyo tu pun pelakon terkenal juga (heroin drama 'full house'). nak marah wartawan pun, x boleh juga sebab dah memang tugas wartawan kena tanya soalan2 macam tu untuk tulis dalam artikel dia kan? kalau wartawan tak tanya soalan ni, nanti editor dia marah dia pulak kan? sabar je lah hyun bin. kalau tak nak jawab soalan macam tu, cakap jer 'no comment'. takpun, terus terang je la kan..bagi aku secara peribadi, x kisahlah dia masih couple ke, dah berpisah ke.. sebab xdelah pulak akan mengubah apa2 pun. aku pun minat dia dalam drama2 lakonan dia je. takdelah sampai berangan nak kawin dengan dia ke apa..hehe..maknanya xlah peminat fanatik pun.. ye la, aku berpijak di bumi yang nyata.. sebab artis kat malaysia ni pun nak jumpa secara live pun susah, apa lagilah nak jadi kawan kan? ni pulak artis korea. pergi korea pun x pernah lagi..kan buang masa jer berangan yang pelik2 gitu kan? hehehe..so for hyun bin: i wish you all the best.. whether in your career or in your personal life.. (ewah! macam la hyun bin tu baca blog aku.. :P)..haha..
.....
picture credit to: yahoo.search

10 February 2011

Sara Bareilles - King Of Anything

i'm addicted to this song recently because the music was so catchy and the lyrics was good :)



Kings of Anything - Sara Bareilles

keep drinking coffee, stare me down across the table
while i look outside
so many things i'd say if only i were able
but i just keep quite and count the cars that pass by
.....
you've got opinions man
we're all entitled to 'em
but i never asked
.....
so let me thank you for your time
and try not to waste any more of mine
get out of here fast
.....
i hate to break it to you babe
but i'm not drowning
there's no one here to save
.....
who cares if you disagree? you are not me
who made you king of anything?
so you dare tell me who to be
who died and made you king of anything?
....
you sound so innocent
all full of good intent
swear you know best
....
but you expect me to
jump up onboard with you
ride off into your delusional sunset
.....
i'm not the one who's lost
with no direction, oh
but you'll never see
....
you're so busy making masks
with my name on it in all caps
you've got the talking down
just not the listening
.....
who cares if you disagree? you are not me
who made you king of anything?
so you dare tell me who to be
who died and made you king of anything?
......

all my life i've tried
to make everybody happy while i just hurt and hide
waiting for someone to tell me it's my turn
to decide
.....
who cares if you disagree? you are not me
who made you king of anything?
so you dare tell me who to be
who died and made you king of anything?

....
who cares if you disagree? you are not me
who made you king of anything?
so you dare tell me who to be
who died and made you king of anything?

.....
let me hold your crown, babe
.....
p/s: nak download lagu ni? boleh cari di 4shared :)

problem solved!

alhamdulillah.. my problem regarding transportation for my daughter to go to the school was solved already! if you remember this entry before, i had a problem to find a new transport for my daughter because her school van refused to take her to her school starting February because her end school time differ from other children from sekolah kebangsaan (3 times a week, she has tuition class at school until 4 pm). hopefully this time, everything will be okay. and to make sure she arrived safely, i already bought her a handphone. easier for me to call her and it's easier for her to contact me if anything happen.. :)

08 February 2011

my cousin's engagement

i was in kl last week to attend my cousin's engagement ceremony. actually it's my husband's cousin. so we went there from penang on thursday because the engagement ceremony was on friday afternoon. so here some picture on the day:

hantaran: 7 berbalas 5



cousin with future mil

bride to be

with fiancee :)

the family

p/s: for my dear cousin Berry.. selamat bertunang! :)

06 February 2011

movie review: the green hornet

Last saturday, aku pegi tengok citer ni kat midvalley dengan family since aku ada kat kl sejak dari hari khamis lepas. ambil kesempatan cuti cny jalan2 dengan cousin2 di kl. orang kat midvalley memang ramai betul. nak beli tiket wayang pun beratur panjang dan ambil masa yang lama jugak. dari rumah memang x plan nak tengok citer apa. sampai di gsc, terus jer pilih movie yang masih available. so kami tengok citer ni. to tell you the truth, memula memang our expection towards this movie xlah tinggi sebab dah baca review from newspapers yang citer ni x berapa best. but bila dah tengok, citer ni sebenarnya not bad! and as for me, it was entertaining. citernya lawak. banyak scene from this movie yang boleh buat korang ketawa.
.....
Citernya mengenai britt reid lakonan seth rogen yang merupakan anak kepada james reid, publisher akhbar yang sangat kaya. Dia ni playboy dan suka berparti. hidup dia ni berubah lepas bapa dia si james reid tu mati. dia pun x suka bapak dia sebenarnya sebab bapa dia tu sangat tegas dan mengabaikan dia dari dia kecil. Jay Chou pulak memegang watak sebagai kato yang merupakan mechanic kereta bapa britt ni. dia pandai buat kopi dan handal dalam martial art. si britt ni kenal dengan kato pun sebab si britt ni sangat suka minum kopi yang dibuat oleh kato.
......
Lepas kenal dengan kato ni, tercetuslah idea gila si britt ni nak jadi superhero. sebenarnya dia ni cuma nak orang bagi perhatian pada dia jer. sedangkan yang sepatutnya yang jadi superhero adalah si kato tu. kalau nak tahu full story about this movie, korang boleh klik SINI. secara keseluruhannya, x rugilah korang tengok citer ni sebab ianya menghiburkan. lakonan jay chou juga x mengecewakan. cuma watak heroin citer ni, cameron diaz sepatutnya boleh dikembangkan lagi sebab scene yang melibatkan dia sikit sangat. so dari 5 bintang, aku bagi 3 1/2 bintang.

03 February 2011

korean drama: Secret Garden (review & ost)


Title: Secret Garden
Genre: romantic, fantasy, comedy & melodrama
Episode: 20 + 1 special
Cast: Hyun Bin (Kim Joo Won), Ha Ji Won (Gil Ra Im), Yoon Sang Hyun (Oska/Choi Woo Young), Kim Sa Rang (Yoon Seul) & Lee Philip (Im Jong Soo)
.....
Review: Korang dah tengok drama ni? belum? drama ni sangat best! kalau korang jenis yang memang suka tengok drama korea/jepun macam aku, aku cadangkan tengok citer nih. sangat menarik dari segi jalan ceritanya. pelakonnya juga best! memang first time aku nak tengok citer ni pun sebab ada Hyun Bin. tapi bila dah tengok episode2 yang terawal, dah nampak dah citer ni memang menarik. Hyun Bin dalam drama ini berlakon sebagai orang kaya. dia president sebuah kompleks membeli belah yang besar. sepupu dia iaitu Oska atau nama sebenarnya Choi Woo Young lakonan Yoon Sang Hyun pulak seorang penyanyi terkenal. Masa dia cuba nak selesaikan masalah yang melibatkan sepupu dia si Oska ni, secara x sengaja dia berkenalan dengan heroin citer ni iaitu Gil Ra Im lakonan Ha Ji Won yang merupakan seorang stuntwoman. dari awal lagi Ra Im ni xdelah suka dengan Joo Won ni sebab dia rasa Joo Won ni berlagak sangat. tapi Joo Won ni pulak rasa Ra Im ni amat menarik sebab langsung x terpikat dengan dia dan x heran pun kat dia walaupun dia kaya. dia suka la kacau si Ra Im ni. niat dia cuma nak main2 aje pun. sebab dia yakin yang dia xkan terpikat dengan orang macam Ra Im ni.. yer la.. x sama standard dengan dia. tapi dengan x sengaja, dia jatuh cinta kat Ra Im ni jugak. Ra Im ni pun, jatuh cinta jugak dengan Joo Won tapi xnak mengaku. diorang jadi rapat masa secara x sengaja diorang tertukar soul antara satu sama lain. masa tu masing2 kena bergantung antara satu sama lain. banyak scene2 yang menarik dan melucukan sepanjang diorang ni tertukar body ni. dan bila dah masing2 mengaku suka satu sama lain, halangan lain pulak diorang kena tempuhi. keluarga Joo Won x suka dengan Ra Im ni. macam2 la mak Joo Won ni buat untuk pisahkan diorang. endingnya, korang kena tengok sendiri. setakat aku citer jer mesti x cukup punya. untuk drama ni, aku bagi 4 1/2 bintang dari 5 bintang! :)
....
Ost: Lagu2 best dalam drama ni (klik pada tajuk lagu untuk dengar/download lagu)
.....
......
p/s: Drama lain lakonan Hyun Bin yang best: Kim Sam Soon, Snow Queen, World Within Us, The Millionaire First Love = semua ni aku dah tengok :)