Be My Friend :)

10 November 2011

Sepang Gold Coast/Bagan Lalang


Sampai di Pantai Bagan Lalang pun dah dekat pukul 6 petang. Jauh juga yer dari PD ke Sepang?..huhu..lenguh duduk lama dalam kereta. Tapi worth it la sebab pemandangan pantai pun cantik, orang pun ramai yang berkelah, mandi manda dan beriadah. Suasana senja pun cantik kan?.. :) Lepas tu apa lagi.. tak lengkaplah kalau tak makan di restoran makanan laut yang best di situ...wow..


Memang terbaik :)

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang..2



[jom sambung citer basi :)]

Lepas makan tengahari ingat nak lepak2 kejap tepi pantai. yer la kan..apa kes dah sampai PD x lepak tepi pantai kan? walaupun aku ni boleh kata hari2 tengok laut..tapi mana nak sama PD dengan Penang.. hehe..

Mulanya nak lepak jer kat Telok Kemang..tp tengok sesak sangat dah Telok Kemang tu. Terus ajak adik2 aku gerak kat depan lagi. Sudahnya kami berhenti di Pantai Batu 5. Cari port bawah pokok, kami lepak sekejap di sana. Panas..tapi laut nampak cantik membiru sebab langit pun cerah. Tapi tak lama pun kami situ. Ada la dalam setengah jam jer. Lepas tu adik ipar aku dah ajak gerak ke tempat lain pula. Ke mana? Ke Sepang Gold Coast pulak.. :)

03 November 2011

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang..

Minggu lepas masa trip ke kl untuk berkonvo, salah satu aktiviti yang sengaja aku masukkan dalam itenerary ialah melawat tempat yang meninggalkan seribu kenangan di zaman remaja aku dulu. Adik2 mengikut aje..diorang memang sporting kalau bab2 berjalan ni....cuma diorang kata "Along ni poyo laa.." haha..first time ke sana setelah 12 tahun berlalu dan melalui lebuh raya yang tidak pernah aku lalui terasa juga ianya satu perjalanan yang panjang.
Nak ke mana aku sebenarnya nih? hehe.. tu..dah nak masuk exit...aku yang duduk di hadapan banyak menghabiskan masa mengambil pelbagai gambar di sepanjang jalan. Kami keluar dari rumah adik aku di Selayang pun lepas makan pagi (Ahad). Masa tu jam pun sudah hampir menunjukkan jam 11.00 pagi. Agak lewat juga kami keluar kerana menunggu seorang lagi adik aku dari Klang sampai. Berkonvoi 3 kereta kami hari itu. Kami ke Port Dickson... :)

Tujuan utamanya sudah pasti sebab hendak ke sini...Politeknik Port Dickson. Rindunya... :) kali terakhir aku ke sini pun ialah masa aku konvo pada tahun 1999.. selepas 12 tahun berlalu dan berpeluang sampai ke sini semula, aku tengok banyak betul perubahan yang berlaku di PD. Poli pun begitu juga. Bangunan dah bertambah...banyak perbezaannya namun kenangan itu tetap segar dalam ingatan. Bak kata pepatah...tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat...... hehe.. Kami ambil kesempatan masuk juga di dalam kawasan Poli dan mengambil gambar di sekitar dewan utama/perpustakaan. Pak guard pun tidak bertanya. Sangkanya tentu ahli keluarga pelajar datang menghantar pelajar pulang ke asrama..mungkin la.. hehe..x lama kami di situ. Ada la lebih kurang 15 minit sahaja. Cukuplah sekadar menunjukkan kepada anak dan suami bahawa di sinilah tempat aku belajar dahulu. Itu pun sudah memadai. Selepas itu kami menjamu selera di Restoran Asam Pedas berhampiran Teluk Kemang dan kemudian berehat2 di tepi pantai Batu 5 sebelum bergerak pula ke destinasi seterusnya..itu kita sambung in the next entry yer :)