Be My Friend :)

01 June 2011

holiday - Hatyai, Thailand 2

ok..jom sambung cerita hatyai...so lepas tengok tempat2 jualan barang2 tu, kami gerak ke Pantai Duyung pulak. masa tu dah pukul 4 petang dan kami pun belum lunch lagi. so pemandu pelancong cadangkan kami makan kat pantai duyung jer since kat situ ada banyak restoran makanan halal. so makanlah kami kat salah satu restoran kat situ. group aku, satu meja 4 orang ni dah sepakat nak makan sekali. so orderlah tomyam campur, udang goreng pedas, telur dadar & kailan ikan masin bersama nasi putih. air pulak air kosong jer sebab itu memang disediakan oleh pihak restoran. nak order air lain pun boleh, tapi memandangkan kami ni masing2 bajet, so air kosong jer pun dah cukup..hahaha.. our expectation for tomyam campur tu memang tinggilah since ini kan negara kelahiran tomyam kan.. ingatkan sangat bombastik la.. tapi... yang aku dan kawan2 aku rasa la..semua menu makanan tu ada 2 rasa jer.. masin & masam plus mahal :( dan kalau nak rasa cam pedas sket, sila gigit cabai melaka yang ada dalam tomyam...huhu.. sorry la nak cakap..tak sedap... untuk 4 orang makan = 680 baht bersamaan lebih kurang RM68.00...mana taknya, kami order semua lauk tu untuk satu portion jer maknanya untuk sorang makan tapi dia bagi semua lauk untuk 4 org makan. kalau sedap xperlah jugak..huhuhu..xperlah..pengalaman tuh lebih berharga ye tak? at least dah tahu dah camana makanan kat situ.. bukan kat restoran yang aku makan jer rasa camtu..restoran yang sebelah menyebelah pun dapat komen yang serupa jugak dari kawan2 aku yang lain since kami makan di lain2 restoran walaupun di kawasan yang sama. lepas makan, jalan2 la pulak di sekitar pantai duyung tu.. scenery cantik tapi pada aku yang memang hari2 tengok laut ni, aku rasa biasa2 jer la...bawah ni gambar di sekitar pantai duyung..






oh yer..lupa nak cerita. di pantai duyung tu popular dengan replika atau patung duyung yang diperbuat dari tembaga kot kalau x silap aku dan dipercayai (oleh orang kat situ) bahawa sesiapa yang belum mendapat jodoh, bolehlah pergi kat patung duyung tu sambil pegang2 dia dan mintak jodoh kat dia. orang kat situ la percaya. aku tak pergi pun dekat patung tu sebab cuaca masa tu sangat panas, lagipun aku nak mintak jodoh apa nyer? hehe.. so malaslah aku nak pegi jalan tepi pantai tempat patung tuh...baik lepak bawah pokok..hehe..lepas tu kami gerak ke Ice Dome pulak..nak masuk kubah ais yang suhunya lebih kurang -15 darjah celsius. tiket berharga 300 baht so lebih kurang RM30 la.. ni gambar2 dalam Ice Dome..



kaunter tiket

tiket masuk


tengah ready nak masuk

suasana di dalam ice dome

Boleh dikatakan yang di dalam Ice Dome tu kita boleh tengok binaan dari ais yang cantik2 dan kemudiannya diserikan dengan lampu2. nak jalan kena hati2 since lantai dia pun ais juga so kena jalan di kawasan yang terdapat karpet merah sahaja. tak boleh jalan di kawasan yang tidak ada karpet sebab sangat licin. aku rasa aku berlegar2 dalam tu lebih kurang 15 minit jer kot sebab sangat sejuk. mujurlah aku pakai seluar jeans dan kasut sport dan berstokin. kira boleh tahan lagilah. yang pakai slack nipis dan bersandal jer tu, aku rasa belum 10 minit dah cabut keluar dah..hahah.. so kita sambung lagi ek.. :)

2 comments:

BurBerry said...

kak rini, tempat dia best tak?makanan ok tak?hehheheh....bestnya...mcm nak pg je:)

marstories said...

best jugalah..kalau ada banyak duit lagi best..haha..makanan kalau kat bandar hatyai, ada restoran halal yg makanannya sedap2 gak.. :)