Be My Friend :)

06 March 2018

#2/2018: Perth Day 2

Assalamualaikum..

Jom sambung... :)


Day 2 di Perth, kami ke Fremantle
Travel stail akak, mesti pergi tempat barang2 cenderahati dulu
Sebab nanti kalau x cukup, boleh repeat lagi..gitu.. :)
Dari City Stay Apartment, kami jalan kaki ke stesyen keretapi
Stesyen keretapi tu nama City West
Xde la jauh sangat
Tapi cuaca panas lit-lit
Summer kan...mestilah panas..fuhh..
Tiket keretapi kami beli dari ticket's vending machine kat situ
Xde orang kat situ yang boleh ditanya
So pandai2 sendiri la macam mana nak beli tiket..haha..
Tambang dari City West Station ke Fremantle Station ialah Aud4.70
Tiket untuk Nasrin Aud1.90
Setengah harga untuk student (concession fares)
Ini tiket untuk satu hala tapi kalau korang berpatah balik dalam masa 2 jam, boleh guna tiket tu semula
Maknanya x payah beli tiket yang lain..jimat la
Tapi kalau dah sampai Fremantle..jangan harap la dalam masa 2 jam boleh patah balik
hahaha...
Sebab banyak gila benda yang boleh buat korang rambang mata
Hingga terlupa masa yang berlalu
Gitu... :P


 Dalam keretapi..sempat lagi ambil gambar mamat hensem tu..kahkah..









Sampai jer Fremantle Station terus gerak ke e-Shed
Kena jalan sikit dari Fremantle Station
Xde la jauh..belakang tu jer
E-Shed ni tempat untuk beli barang2 cenderahati
Buka hari Jumaat hingga Ahad sahaja
Hari lain sila ke Fremantle Market
Kat sana pun ada jual macam2 yang best





Dekat sini kami shopping di Aussin Gift & Souvenirs
Banyak pilihan
Ada diskaun
Dan pekerja2nya ramah2 dan baik melayan
Xde paksa2 soh beli
Bagi ruang untuk kami pilih sendiri
Take your time, pilih sampai puas hati


Dekat sini pun dah 2 jam...camana nak balik awal? :P
Paling lama pilih barang ialah si Siti & Shah
Ohmai...sampai nak kena azan kat telinga sorang2
hahaha
Akak, Nasrin & Dee dah duduk kat kerusi tepi zirafah kayu ni tunggu diorang dua






Akhirnya selepas berjaya melepaskan diri dari e-Shed
Kami bergerak ke check point seterusnya
Nak pergi makan fish & Chips yang popular sangat tu
Dah sampai Fremantle kan...x try rugi la



Kami makan di Kailis' Fish Market Cafe
Kedai dia betul2 dekat Fremantle Waterfront tu
Kami makan traditional fish & chips dan squid & chips
Harga akak dah lupa
Tapi 2 menu ni kami share makan 5 orang
Beli mineral water jer
Tengah panas2 ni elok la minum air biasa jer
Kang sakit tekak pulak kan
Kami makan kat meja di luar, bawah payung
Sambil2 jeling burung seagull yang nak curi makanan
Kesimpulannya; sedap squid & chips tu
Teringat-ingat tu xde la...cuma rindu jer.. :)










Lepas makan, kami ronda2 ambil gambar di sekitar Waterfront
Lepas tu on day way nak balik ke Fremantle Station
Singgah di supermarket Coles pulak
Beli barang2 dapur sikit
Murah2 la buah2 & sayur2an

 




Beli udang juga setengah kilo..
Murah jer..tapi akak dah tak ingat harganya
So dinner kami di hari kedua ni ialah kari udang & sambal tumis udang
Oleh Chef Siti  dan Chef Shah


Esoknya untuk breakfast, akak pulak masak nasi goreng udang dari lebihan lauk semalam
Sekian untuk day 2 di Perth
Nanti kita sambung lagi...
InsyaAllah.... :P