Be My Friend :)

30 September 2015

#10/2015: Seriously?

Assalamualaikum... :)


Gambo kat atas tu sebenarnya comment dalam mood 'awaiting moderation'
x jelas kan? tapi boleh klik kat gambar untuk tengok lebih jelas
ada berbelas komen yang hampir sama
untuk promote service kat Bandung
aku xnak approve
bukan sebab xmo tolong orang promote service
tapi sebab dah banyak dah yang aku dah approve
seriously? perlu ke iklan banyak2 dalam entry blog orang?
takyah la kan?
kalau orang tengah cari service transportation kat bandung
don't worry...orang boleh cari sendiri dengan mudah
banyak iklan dah
dalam entry bandung aku tu pun dah ada
xyahlah anto komen gitu banyak2
rimas aku tengok :(
haishh...

Satu lagi
kalau nak tips untuk ke Korea,
please la baca entry Korea aku dalam blog nih
ada 2 set entry ke Seoul (1 & 2)
pastu 1 set entry ke Busan
tengok kat side bar belah kanan tu
ada banyak tips yang aku dah bagi dalam tu
itu berdasarkan pengalaman masa pergi sana dulu
nak bagi tips lebih2, aku pun bukanlah pro sangat
bukan menetap di Korea pun
nak pergi travel ni, nak pulak travel sendiri
kena rajin buat research...
pelan2 buat...hari2 cari sikit2 info
apatah lagi nak travel tu nun tahun depan

info pasal cuaca, musim, tempat2 menarik
yang tu kat Official Korea Tourism Organization (english.visitkorea.or.kr) ada banyak info
boleh tengok jadual program pelancongan diorang kat sana
kalau nak info pasal hotel, motel, guest house
boleh search kat www.booking.com 
tak pun search jer kat side bar belah kanan atas sekali tu
baca review hotel, motel, guest house tu untuk tahu best ke tak hotel tu
try & error
aku tak tau mana tempat penginapan yang paling best, paling murah kat sana
aku x mampu nak terbang ke Korea untuk buat survey

transportation di Korea?
ikut la cara travel korang
nak mudah naik teksi
nak jimat naik bas atau subway
kalau ada lebih bajet boleh ambil khidmat tour guide
ada yang boleh sediakan transport/penginapan/makanan sekali dalam pakej
search jer...ada ramai student Malaysia kat Korea yang buat part time jadi tour guide pun

selain tu, beli la guide book
ada banyak info pasal Korea dalam tu
siap bagi subway map
cara pergi satu2 tempat dengan subway pun ada dia bagi
beli phrase book sekali
sesak2 boleh juga guna untuk cakap bahasa Korea masa kat sana
kan?

berapa cash money korang nak bawa masa kat sana?
itu bergantung cara travel korang jugak
berapa hari? pergi banyak tempat tak?
tempat yang korang pergi tu dikenakan tiket masuk ke tak?
makan masak sendiri/bawak bekal atau nak makan makanan korea jer?
transport tu nak guna teksi ke nak guna subway jer?
semua kena ambil kira sebelum korang fikir berapa nak bawa
aku tak boleh simply cakap yang sekian2 banyak tu cukup dah..

Bank mana yang boleh korang pergi kalau nak keluarkan duit masa kat sana?
ntah..seriously aku tak tau
sebab aku tak pernah kuarkan duit kat bank masa kat sana dulu
duit tukar sesiap kat Malaysia
jimat la sampai ada baki untuk tukar balik bila balik Malaysia
masa pergi Jepun pun aku tak tukar duit masa kat sana
kat Bandung & Medan jer ada tukar sebab terbabas shopping
tapi xperlah sebab sana senang nak tukar duit kan?
bahasa pun senang nak faham
cer kalau kat Korea atau Jepun...belum tanya pun dah berpeluh2 dibuatnya..

So..itu jerlah penerangan yang aku boleh bagi pasal Korea
sorry aku x reply email sorang2 yer
pelan2 la korang buat research sendiri...
insyaAllah...ok punya
Korea ni xde la susah sangat untuk travel sendiri
signboard kat sana pun banyak dalam bahasa inggeris
orang Korea pun banyak juga yang baik2 nak tolong korang masa kat sana
sesat atau salah jalan masa kat sana, benda biasa bila travel
tapi bila buat itinerary sendiri iaitu hasil dari research yang korang buat
insyaAllah kesilapan tu dapat diminimumkan
nak pulak kalau korang ada map untuk tolong korang
mesti ok punyalah!
arasseo?


Diakhiri dengan gambar Bubu ni
bawah tu gambar masa dia umur 1 bulan rasanya
atas tu masa raya puasa hari tu...dah 6 bulan
lain kan?
hensem dia :)
ni dah masuk 8 bulan
rasanya macam nak kena mula cari gf untuk dia dah nih
haha....

21 September 2015

#9/2015: Instant Shawl Murah

Assalamualaikum...

Tajuk macam apa kan? haha...
tapi sebab entry ni memang mengenai instant shawl murah pun...
jomlah tengok gambar2...
seperti biasa, nak beli boleh wassap saya: 0164949975 (Rinie) :)

Ini instant shawl 2 muka - Cherry 2 warna
Harga: RM20
Material: Chiffon
Mana yang nombor kodnya dah bergaris tu maknanya dah sold out..


Ini pulak instant shawl 2 muka - Cherry 1 warna
Harga: RM22
Material: Chiffon
Semua warna yang ada kat bawah ni ada lagi
kalau dah sold out saya keluarkan gambarnya nanti..

 Light Grey
 Dark Fuchsia
 Maroon
 Striking Pink
 Soft Pink
 Soft Peach
 Soft Purple
 Electric Blue
 Ocean Blue
 Green Lime
 Yellow
 Brown

Available (seperti gambar di atas)

02 September 2015

#8/2015: Saya Jual Instant Shawl Cantik

Assalamualaikum... :)

Saya sedang belajar menceburi bidang bisnes (bisnes la sangat).. :P
Actually aku jual tudung..hehe..
saja jer tadi tu intro macam best sket...

Jom la tengok gegambar tudung..mana tau berkenan kan..

Jenis: Instant Shawl
Material: Chiffon
Harga: RM18.00 sahaja
Whatsapps: 0164949975 (Rinie)
Mana yang dah sold out aku akan keluarkan gambarnya.. :)










Warna pink dah sold out
Available warna mustard sahaja
Warna kuning dah sold out
Available warna purple sahaja