Be My Friend :)

22 May 2015

#4/2015: Resepi Ketam Goreng Cili

Assalamualaikum... :)


Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dibersihkan
sedikit garam & kunyit
1 keping asam keping
1 sudu kecil cukup rasa
1 sudu kecil gula

Bahan-bahan kisar:

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk cili/cili giling
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air

Cara-cara:

1.  Goreng ketam yang telah dibersihkan dan dilumurkan dengan garam & kunyit dan ketepikan
2.  Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit pekat & masukkan asam keping, cukup rasa & gula
3.  Setelah itu masukkan ketam yang telah digoreng tadi & kacau lagi 5 minit dan angkat
4.  Siap! sedapnya tu sehingga menjilat jari! :P

Senang kan? entry ke-4 tahun ni...hahaha..jadi la..

12 May 2015

#3/2015 : Bubu The Cat

Assalamualaikum... :)


5 Perkara Tentang Kesayangan Sekor Ni:

1.  Suka tangkap kaki orang yang tengah berjalan pastu gigit. Dia ingat melawak...kita dah rasa nak bagi flying kick kat dia! sakit ooo...

2.  Suka main air kat bekas minuman dia. Masuk tangan dia dua2 dalam bekas air pastu kuis bagi air semua keluar...haish...

3.  Suka sangat main daun pandan. Orang letak kat bawah sangkar dia nak bagi wangi..dia korek2 sampai koyak rabak daun tu...huhu.. 

4.  Pandai menyahut bila orang panggil nama dia...kalau tak nampak dia, panggil jer, nanti sekejap terus ada kat tepi kaki kita... :)

5.  Suka lari ke sana sini lintang pukang kat dalam rumah. Punyalah laju...pastu terduduk sambil terjelir lidah..penat lari la tu..