Be My Friend :)

05 February 2015

#1/2015: Hai

Assalamualaikum... :)

Dah masuk bulan Februari dah pun kan? kejap jer...baru teringat xde entry lagi untuk tahun baru ni...hehe.. xde benda nak cerita pun. Hari-hari pun buat rutin biasa jer pun. Nak cerita pun segan...haha..

Oh...hari tu aku ada cakap ada trip x dirancang dalam bulan 1 hari tu kan? x jadi la trip tu...huhu...Actually trip tu trip ofis Mr. Hubby...nama pun x plan...so x jadi la. Nak pegi Krabi sebenarnya. Tapi tetiba x jadi...katanya tangguh ke bulan 2 tapi senyap jer pun...aku rasa cancel terus kot... 


Sapa tau tu apa? Tu namanya water inlet valve. Tempat control masuk air dalam mesin basuh automatik. Ceritanya benda tu rosak. Ada la dalam 2 minggu sudah kot. Nak basuh kain di pagi ahad yang cerah. Tetiba air yang masuk ke dalam mesin slow la ya amat. Kalau camtu bila masa nak habis basuh kain kan? Sudahnya aku check dalam internet, apa pasal jadi camtu kan. Pastu terbaca, kemungkinan water inlet valve ni yang rosak. Dah tu, aku amik screw driver, try bukak kat bahagian atas tempat benda ni duduk. Godek2...keluarkan seketul camtu..haha...pastu zass ajak Mr. Hubby cari kat kedai. Terkebil2 Mr. Hubby tengok...haha...

Tapi malangnya walau berpusing satu Kepala Batas + Sungai Petani, benda ni x dijumpai sebab mostly kedai tutup di hari Ahad. Maka balik la ke rumah semula dan sambung basuh kain dengan teknik memegang paip air secara manual. Settle juga kerja membasuh kain walaupun kena berulang kali pegang paip air di tepi mesin basuh...huhu...nasiblah..

Hari Isnin, Mr. Hubby berjaya membeli benda ni dengan harga RM30 dan aku memasangnya semula di mesin basuh. Tara! air keluar dengan lajunya seperti selalu...yeay! terer tak?si suami pun kagumlah dengan si isteri yang disayangi yang boleh bertukar menjadi technician membaiki mesin basuh...haha.. :P
 
 Ini pulak pengat ubi kayu ahad lepas. Menu makan petang yang sangat mabeles.

Diakhiri dengan kuetiau goreng malam semalam. Menu paling senang yang diminta oleh Nasrin + Mr. Hubby. Campak2 dah siap. Sebungkus kuetiau jer tapi makan 3 orang pun x boleh habis..banyak jadinya bila campur macam2. 

Untuk tahun ni, aku rasa xde trip jalan2 kot sementelah anak manja nan seorang tu nak upsr. Kena tolong dia buat kerja sekolah yang berlambak setiap hari + kena jadi cikgu tuisyen dia sekali. Kenalah tolong dia kan. Kalau mama dia berjalan tinggal dia, mesti emosi dia terganggu kan..dahlah dia pun dah terjangkit penyakit suka berjalan tu dah...haha...oklah...nanti kita cerita lagi yer...wassalam...:)