Be My Friend :)

26 June 2014

#72: My Spring in Busan - Part 4

Salam... :)

6 April 2014 ( Ahad - Day 4)

Hari ni hari shopping sebab esok pagi-pagi lagi dah nak balik Malaysia. So dah xde la aktiviti tengok bunga hari ni..hehe..jadi la dah 2 hari ambil gambar dengan bunga kan? cukup la.. :P 

Hari ni kami ke Jagalchi Market pastu terus berjalan ke Gukje Market, Bupyeong Market dan Gwangbok-dong Cultural & Fashion Street. Semua tempat ni terletak berhampiran dengan satu yang lain. Jom tengok gambar-gambar di sekitar Jagalchi Market. Macam-macam jenis ikan & hidupan laut ada. Best tengok tapi setakat tengok ajelah..hehe...


 King Crap yang berhimpit-himpit dalam akuarium sementara tunggu orang beli :P

 Apa tengok2? (kata ketam tu :P)

 Gerai jual kekacang & gula-gula

 Kerang aneka saiz


 Ajussi ni jual sotong jer...besar2 pulak tu!

 Besar sampai tak muat raga

 Udang kering 

 Ikan sardin saiz besar..kalau nak buat kuah laksa, 2 ekor dah cukup untuk buat kuah laksa 1 periuk saiz sederhana... :)

 Ni ikan gelama dan kawan2nya :P

 Besar kan saiz ikan sardin tu?

 Ni pulak deretan akuarium yang jual hidupan laut yang pelik2...ada belut, ada timun laut, ada penis worm..itu jer yang aku kenal..yang lain x kenal...hehe..

 Ikan merah yang sedih...dah jadi macam kasim selamat dah rupanya...hehe

 Ikan parang (rasanya la) :P

 Ajumma ni jual ikan fresh kat bahagian depan, kat belakang tu ikan2 yang telah dikeringkan

 Sotong kurita yang besar...geli tengok..hehe..

 Ni ikan pari yang telah dibuang perut dan dikeringkan

 Ikan-ikan fresh..kalau kat bilik motel ada dapur, aku dah beli dah tau! hehe

 Ni rumpai laut...kolagen ek?

 Ni sotong & adik beradik dia.. :P

 Ikan gelama ni telah dikeringkan...tengok kat perut ikan tu diorang boh kayu untuk memastikan bahagian perut kering dengan sempurna..

 Punyalah ramai orang kat Jagalchi Market sampai nak jalan pun berselisih bahu...

Cantik kan warna dia?...tapi aku tak tau nama hidupan laut ni apa? Tapi boleh bergerak-gerak tau benda ni...

Lepas tengok ikan-ikan kat Jagalchi Market, kami terus memulakan operasi beli barang2 cenderahati berhadapan dengan Jagalchi Market tu. Xde gambo sebab busy sangat...hehe...habis shopping kami menjamu selera makan tengahari kat restoran berhampiran Jagalchi Market...abiskan duit belen shopping...hahaha..

 Ni side dishes...yang macam tepek tepung dengan daun kucai tu sedap... :)

 Tokeh kedai tengah tolong potong2 sotong kurita

Tada! dah siap...rasanya macam tomyam la...tomyam seafood..tapi tomyam kat Malaysia lagi sedap 3 kali ganda rasanya (ayat jujur...hehe)

Habis makan, kami pun bergerak balik. Dari Jagalchi Station untuk balik ke Busan Station dekat jer..berselang 3 station jer..awal kami sampai di motel. Apa lagi...mengemas beg la pulak..esok kan nak balik dah...

7 April 2014 (Isnin - Day 5)

Awal pagi lagi kami dah bangun, mandi dan bersiap2. Tunggu masuk waktu subuh, sembahyang, pastu relax2 sekejap sambil tunggu pukul 6 pagi, kami pun bergerak keluar dari motel. Flight kami pukul 10.20 pagi. Tapi sengaja keluar awal sebab takut jem ke apa ke kan...tapi Busan ni tak macam Seoul yang sibuk memanjang...Busan ni lebih relax...so walaupun bertukar subway 3 kali, kami sampai awal di airport. Sempatlah breakfast & beli barang kat 7 eleven untuk menghabiskan baki kad T-money kami tu dulu sebelum check in dan lepak kat departure hall sehinggalah dipanggil untuk berlepas. Alhamdulillah...perjalanan kami kali ni juga dipermudahkan...Kami sampai di LCCT pada jam 4.00 petang dan seterusnya berlepas dari LCCT ke Penang pada jam 8.05 malam dan mendarat sejam kemudian...sekian la cerita My Spring in Busan ni yer...

Aku: Selamat Berpuasa! 

18 June 2014

#71: My Spring in Busan - Part 3

Salam.. :)
5 April 2014 - Hari ketiga di Busan
Hari ni cadangnya kami nak ke Samnak Park yang berdekatan dengan Gwangalli Beach dan kemudiannya ke Haeundae Dalmaji Road untuk tengok bunga lagi. Katanya kat kawasan ni banyak pokok Cherry Blossom. Maka awal2 pagi lagi kami dah keluar dari motel kami walaupun kelihatan cuaca agak mendung pagi ini. Perjalanan kami adalah dari Busan Station ke Seomyeon Station dengan menaiki subway line 1 dan kemudiannya menaiki subway line 2 ke Geumnyeonsan Station. Di Gemnyeonsan Station, kami keluar melalui exit #5. Oleh kerana cuaca sudah bertambah mendung maka kami singgah dulu membeli sekaki payung sebagai persediaan sekiranya hujan turun. Perjalanan kemudiannya diteruskan namun tanpa papan tanda, kami hanya berjalan ikut suka sambil berharap bertemu dengan Gwangalli Beach dan alhamdulillah kami bernasib baik kerana jalan yang dipilih memang membawa kami ke kawasan itu...hehe.. jom tengok gambar :P






Dan seterusnya kami ke Gwangalli Beach..
 



Berhenti menikmati makan tengahari dahulu di tepi Gwangalli Beach... :)



Selepas makan kami mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan awal kami nak ke Haeundae Dalmaji Road kerana cuaca ketika itu tidak mengizinkan. Maka kami terus ke Sasang Station kerana dari atas bas balik dari Jinhae semalam kami nampak ada satu kawasan rekreasi yang berdekatan dengan Sasang Station yang agak menarik juga. Cuaca di Sasang adalah baik... :)

 Kami berjalan menggunakan jejantas ini untuk ke kawasan rekreasi yang terletak di tengah-tengah lebuhraya berdekatan dengan Sasang Station.


 Ambil gambar dulu di atas jejantas :P

 Kawasan rekreasi yang terletak di tengah2 lebuh raya ini dihiasi deretan pokok Cherry Blossom :)




 Bunga yang berwarna pink ini pun ada.. :P

 Cantiknya kan?

Kami berehat sebentar di kerusi yang terdapat di situ sambil menikmati Manjoo Hana yang dibeli di Sasang Station sebelum itu dan kemudiannya berjalan balik ke Sasang Station untuk pulang ke motel. Habis cerita di hari ketiga.. :)

Bersambung...

Aku:  xde monopod sebab itulah gambar berdua xde.. :P

16 June 2014

#70: My Spring in Busan - Part 2

Salam.. :)

4 April 2014

Hari kedua di Busan, kami ke Jinhae. Nak tengok pesta bunga. Kalau ikutkan musim bunga ni, kat serata bandar Busan dah boleh tengok bunga. Tapi yang paling popular mestilah pesta bunga kat Jinhae. Nak pergi Jinhae, kami naik subway dari Busan Station ke Seomyeon Station dan kemudian bertukar ke subway lain ke Sasang Station pula sebelum keluar di Sasang Station dan mengambil bas untuk ke Jinhae di Busan Seobu Intercity Bus Terminal. Tambang bas ke Jinhae ialah 5200won seorang untuk sehala dan setelah mendapatkan tiket, kami beratur di Gate #17 untuk menaiki bas ke sana. Barisan untuk menaiki bas dah pun panjang walaupun masih awal pagi. Perjalanan menaiki bas ekspress ke Jinhae memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Kami berdua tidur di sepanjang perjalanan...hehe..

Sampai di stesen bas Jinhae, permandangan ini menyambut kami:





dan akhirnya kami sampai di kawasan di mana berlangsungnya The 52nd Jinhae Gunhangje;









Kami hanya melalui kawasan ini dan terus skip ke sesi bergambar dengan pokok cherry blossom...hehe..






Close up;




Berjalan lagi di sekitar kawasan Jinhae dan rupanya acara perasmian sedang berlangsung..





Pun kami skip dan terus dengan sesi bergambar.. :P




 Snack anyone? hehe..


Penat berjalan dan mengambil gambar di sekitar Jinhae ni rupanya! rasa nak tercabut kaki. Dahlah sejuknya hingga ke tulang hitam. Nampak relax jer kan aku dengan jaket jeans?..padahal...tangan dah nak beku tu..hehe..


 

3 jam berpusing di Jinhae & dah penat berjalan dan mengambil gambar, kami decided untuk balik...maka sekali lagi menapak la kami ke stesen bas Jinhae dari kawasan karnival yang dah macam melakukan satu penderaan pada kaki sendiri...hehe...tiket balik sama juga 5200won untuk seorang dan bas balik ke bandar Busan banyak dan tidak perlu beratur...banyak tempat kosong dalam bas...kami tidur juga di sepanjang perjalanan balik...hehe..

Sampai di Busan Seobu Intercity Bus Terminal, kami berjalan ke Sasang Station dan seterusnya menaiki subway line 2 ke Seomyeon Station dan mencuci mata di Busan Lotte Duty Free Shop dulu di Seomyeon Station sebelum menaiki subway line 1 ke Busan Station untuk balik ke motel. Maka tamatlah aktiviti di hari kedua kami di Busan...bersambung... :)

Aku: Jumpa ramai orang Malaysia di Jinhae... :)