Salam.. :)
Day 4
Day 4 di Bandung merupakan hari terakhir untuk jalan2 sebelum pulang ke Malaysia. Maka haruslah hari last ni kami repeat ke Pasar Baru...hehe..seperti biasa, pagi tu breakfast dulu di hotel. Nasi goreng lagi menunya hari ini. Tak sedap pun gagah jugaklah makan...hehe..
Lepas breakfast, aku ajak Dee pergi melawat Kartika Sari lagi. Al-maklumlah dekat sangat dengan hotel. Pergi tengok jer apa yang best sangat sampai berpusu-pusu orang kat kedai dia ni..hehe...dan seperti yang diduga, memang dah ramai betul orang kat Kartika Sari walaupun masa tu belum pun pukul 9.00 pagi. Macam berebut-rebut pun ada sebab masing2 menunjuk kek2 lapis yang ada dalam cermin kepada pekerja untuk diambil. Aku terkesima sekejap melihatnya...hehe..
Pada pemerhatian aku, rata2 yang ada di dalam kedai Kartika Sari adalah warga mereka juga. Mungkin dari Jakarta agaknya. Kalau memang penduduk Bandung, takkan pepagi lagi berebut nak beli kek lapis kan? musykil jugak aku...hehe..
Dan aku & Dee hanya sekadar membuat lawatan. Habis pusing satu kedai, kami jalan balik ke hotel semula. Langsung x beli apa2..hehe...sebab seperti yang pernah aku bagitau hari tu, kek lapisnya mahal..155,900rupiah (RM46.77) untuk satu kek lapis saiz standard, pada aku mahal harganya... :) kain pasang sulam kat Pasar Baru lagi murah dari tu...hehe..
Balik hotel, Topan si supir kami sudah pun tiba. Terus zass naik kereta dan bergerak ke Pasar Baru. Peniaga kat situ pun baru nak bukak kedai. Jadi kami pergi tukar duit dulu di Lantai 3. Rate tukaran wang asing kat situ ok la jugak..lebih murah kalau dibandingkan dari kita tukar kat airport. Dah ada duit baru seronok nak shopping kan? hehe..maka memusing la kami dari satu lantai ke lantai yang lain mencari barang2 yang masih belum dibeli atau ditambah... :P
Xder gambar semasa shopping kerana terlalu sibuk sampai xde mood nak ambil gambar kaedahnya..haha...tapi yang aku perasan, mentang2 hari ni hari Sabtu, harga barangan sedikit tinggi dari hari aku shopping kat sana hari Khamis lepas. Kalau kita mintak tawar pun, x dapat harga yang sama macam hari tu. Mungkin sebab weekend, orang pun lebih ramai dari hari biasa kan..jadi diorang up sedikit harga. Habis shopping, terus perut rasa lapar...jadi kami ke Lantai 6 untuk makan tengahari..kami makan set ayam penyet bakar.. :)
Ayam penyet bakar
Side dishes
Sup ekor
E & mak :)
Me & Dee (ini Dee's idea :P)
Sedap makanannya tapi mahal giler..campur air semua dekat 300,000rupiah (RM100)..huh! aku rasa dah kena tipu nih sebab kami amik satu set jer kongsi 4 orang..bukan amik 2 set pun..xperlah...jadikan ikhtibar..lain kali jangan makan kat situ dah..huhu..lepas makan, terus call Topan untuk balik ke hotel. Malam x pergi mana2 dah. Masing2 sibuk kemaskan beg.
Day 5
Flight kami pukul 8.30 pagi, jadi seawal jam 6.00 pagi lagi kami dah bertolak ke airport. Jalan pun clear so x sampai 15 minit kami dah sampai ke airport. Bayar 75000rupiah seorang untuk airport tax, balut beg supaya tidak rosak (30,000 satu beg) & kemudiannya drop luggage bila kaunter dibuka. Masa tengah timbang beg2 tu, aku & Dee punyalah berdebar2 takut terlebih berat...hahaha..mujur ngam2 jer dengan berat luggage yang dibeli (50kg)...lega..:P
Us with all the bags.. :)
At departure hall
Flight balik memang berlepas tepat pada masanya dan 2 jam kemudiannya, kami selamat tiba di LCCT. Mak aku ikut Dee balik ke rumahnya dan balik ke Sungai Siput keesokkan harinya, E balik terus ke Ipoh dengan bas, aku pulak tunggu flight ke Penang jam 3.30 petang dan selamat sampai pada jam 4.25 petang. Lega tatkala terlihat 2 wajah kesayangan yang sudah sedia menunggu di arrival.. :)
Maka tamatlah cerita trip to bandung :)
Aku: balik tu terus demam, batuk & selesema selama 2 minggu (mr. hubby kata: kena stop pegi jalan2 dah kot sebab asal balik jer terus demam ni...) hehe.. :P