Be My Friend :)

31 December 2013

#52: Trip to Tokyo - Shibuya, Harajuku & Shinjuku

Salam... :)

Tokyo - Day 5 (28/11/2013)

 Dimulakan dengan selfie dua beranak di pagi hari kelima berada di Tokyo.. :)

Pagi ini, sedikit rajin dari hari-hari yang lain, kami mengambil gambar di sepanjang perjalanan kami dari hotel ke stesyen keretapi (Iriya Station)...



 Gambar pokok-pokok bunga ini diambil oleh Nasrin sewaktu kami melepasi sebuah kedai menjual pokok bunga. Cantik-cantik bunganya kan?...geram tengok... :P

 Ini pula gambar yang diambil oleh K. Ina sewaktu kami melepasi sebuah kedai dek kerana kagum dengan adanya tulisan yang akhirnya boleh kami baca & faham selama berada di Tokyo...hehe.. 

Akhirnya kami sampai di Iriya Station dan sebelum turun ke station yang terletak di bahagian bawah, sempat lagi aku ambil gambar bangunan yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk ke Iriya Station. Nampak macam unik sebab warnanya agaknya...:P

Plan pertama kami hari ini ialah ke Shibuya...




Shibuya yang aku tahu terkenal dengan 'Shibuya Crossing' iaitu terdapat junction yang menjadi tempat melintas paling besar dan sibuk di Tokyo. 'Shibuya Crossing' ini terletak betul-betul di hadapan Shibuya Station yang merupakan antara station keretapi paling sibuk di Tokyo. Shibuya juga terkenal dengan gedung membeli belahnya dan popular sebagai tempat lepak golongan muda Jepun. Apa kami buat di sini? Cuma duduk lepak-lepak makan roti (breakfast), tengok orang & ambil gambar sebagai bukti kami dah sampai di Shibuya...hehe... :P
 
 Nasrin (di hadapan Shibuya Tourist Information Centre)



Aku (sambil pegang beg roti) :P

K.Ina (di hadapan JR Shibuya Station)

Dari Shibuya, kami bergerak ke Harajuku pula...dekat jer Harujuku dengan Shibuya nih...cuma berselang 1 station..

 Harajuku Station (comel jer Harujuku Station ni tau) :P

Plan asal kami nak ke Harujuku ni adalah kerana nak ke Meiji Shrine & Yoyogi Park yang terletak berdekatan dengan Harujuku Station. Tapi entah kenapa, keluar jer dari Harujuku Station dan ternampak pintu gerbang Takeshita Street di seberang jalan, terus terlupa plan asal...haha...Ala...plan pun buat sendiri jer, so flexible la...bila-bila boleh ubah ikut keadaan...kan?..hehe..

 Pintu masuk Takeshita Street, Harujuku

Antara kedai-kedai yang menarik di Takeshita Street

Dan yang paling menarik, di Takeshita Street, Harujuku ni ialah sebab ada Daiso yang besar nih..yey! Pada yang tak tahu, Daiso adalah gedung membeli belah yang menjual barangan yang berharga 105yen! Semua barang dijual pada harga yang sama kecuali barang yang mempunyai tag harganya sendiri . Yang xde tag harga, comfirm harganya 105yen sahaja...best shopping sini tau! :)

 Nasrin beli pencil case dia kat sini.. :)


Lapar setelah berpusing-pusing di Takeshita Street, sempatlah kami mengalas perut dengan cheezy wedges yang dibeli di King Kebab ni.. :)

Dari Harujuku, kami bergerak pula ke Shinjuku yang juga terletak berselang 1 station sahaja dari Harujuku. Plan asal nak pergi Shinjuku Gyoen. Tapi oleh kerana kami telah mengambil masa yang agak lama untuk mencari 'New South Exit' dalam Shinjuku Station yang besar, sibuk & mengelirukan tu dan masing-masing pun sudah kepenatan, maka kami mengambil keputusan untuk balik sahaja. Sempat juga mengambil gambar sebelum balik...

 K. Ina di luar 'New South Exit' Shinjuku Station yang akhirnya berjaya ditemui...

Unik kan bangunan nih? kat luar 'New South Exit' Shinjuku Station :)

 Sampai jer di Ueno Station untuk bertukar keretapi Hibiya Line ke Iriya Station, sempatlah kami singgah sebentar di Ameyayokocho. Jalan-jalan sekejap kerana hari pun sudah mula gelap walaupun baru jam 4.00 petang. Zasss! balik hotel...:)


Dinner kami malam ini...nasi & sardin (masak sendiri) dan ayam panggang with kentang & ayam goreng (dibeli di kedai arab di Ameyayokocho) :)

Aku: pinggan mangkuk warna warni kat atas tu dibawa dari rumah...:P

23 December 2013

#51: Trip to Tokyo - Akihabara

Salam... :)

Tokyo - Day 4 (27/11/2013)

Gambar-gambar di bawah ini adalah coin washer & coin laundry yang kami gunakan sebanyak 2 kali sepanjang berada di Tokyo yang terletak betul-betul di bawah bilik kami di Soho Asakusa Hotel. Cara menggunakannya juga mudah kerana hanya dengan memasukkan sejumlah duit syilling yang dikehendaki, mesin ini akan berfungsi secara automatik. Basuh dan terus keringkan pakaian di dalam mesin kuning di bawah dan baju anda boleh terus dipakai tanpa perlu lagi menjemurnya. Senang kan? :)
 


Walaupun di hari ketiga aku sudah mula dilanda demam dan selesema akibat cuaca yang teramat sejuk dan keletihan akibat terlalu banyak berjalan, namun planning untuk hari keempat masih diteruskan mengikut jadual. Mujurlah demam di waktu pagi ini sudah berkurangan dan cuma tinggal selesema yang sedikit sebanyak menyukarkan penafasan dan walaupun rentak langkah tidak secergas 3 hari yang lalu, explorasi hari ini tetap diteruskan. Kami ke Akihabara.


Walaupun ini kali kedua kami ke Akihabara kerana telah ke sini petang semalamnya, Akihabara masih memeningkan kami kerana keluar sahaja dari Exit 5, Akihabara Station, kami hilang arah mencari deretan kedai-kedai yang menjual cenderamata Jepun yang katanya boleh didapati di sini dengan harga yang sedikit murah dari yang dijual di Asakusa Nakamise.

Rupa-rupanya, dari Akihabara Station, kami perlu berjalan agak jauh juga (25 minit) ke Chua Dori Street yang terkenal dengan deretan Duty-Free Shopsnya! OMG!  


 Muka pagi..mata aku sedikit membengkak kerana demam & selesema :P

 Antara kedai yang menjual barangan cenderamata Jepun

Antara bangunan 'unik' yang terdapat di Akihabara yang merupakan sebuah pusat permainan komputer

Akihabara pada asasnya terkenal dengan kedai-kedai elektroniknya dan 'syurga' bagi yang gilakan games, anime & manga. Maka tidak hairanlah jika terdapat puluhan pusat games dan kedai anime & manga  di kiri kanan jalan di sini. Pastinya menjadi pusat tumpuan otaku (die-hard fan) siri anime & manga yang menjual pelbagai barangan yang bertemakan siri anime & manga tertentu. Malah , pekerja di pusat-pusat games bertemakan anime & manga ini juga berpakaian seperti watak dalam anime bagi menarik pelanggan yang melalui premis mereka.

Aku ingatkan 'Big Apple' tu kedai jual donut...rupanya satu bangunan tu pusat permainan komputer (games) :P




Bagi kami yang bukan penggemar siri anime & manga dan bukan gamers, Akihabara cumalah sebuah bandar biasa

Sepatutnya, dari Akihabara kami bercadang nak ke Imperial Palace. Namun kerana keletihan berjalan, kami bertukar plan ke Asakusa Nakamise sekali lagi kerana mahu membeli beberapa cenderamata lagi untuk dibawa pulang memandangkan setelah survey, barangan cenderamata yang dijual di Akihabara lebih mahal harganya walaupun dijual di kedai 'duty free' jika dibandingkan dengan harga cenderamata yang dijual di Asakusa Nakamise. Maka, kami off ke Asakusa Nakamise dari Akihabara sebelum pulang semula ke hotel kami. Malamnya, aku demam lagi... :(

17 December 2013

#50: Trip to Tokyo - Asakusa, Sumida Park & Tokyo SkyTree

Salam.. :)

Day 3 in Tokyo :)

Planning di hari ketiga ni ialah nak ke Asakusa Shrine iaitu tempat wajib kalau ke Tokyo, Sumida Park yang terletak berhampiran dengan Asakusa Shrine dan Tokyo SkyTree iaitu mercu tanda Tokyo yang terbaru yang juga terletak berdekatan.

Oleh kerana dilanda keletihan, kami keluar agak lewat dari hotel iaitu sekitar jam 9.15 pagi setelah bersarapan ala kadar. Matahari sudah cerah memancar namun masih terasa sejuk sewaktu kami berjalan menuju ke stesen subway (Iriya Station) untuk ke Ueno Station. Dari Ueno Station, kami seterusnya bertukar ke Subway Ginza Line untuk ke Asakusa Station. Jaraknya cumalah berselang 3 station sahaja dari Ueno Station. Terasa sekejap berada di dalam subway... :)


 Pintu masuk utama Asakusa Shrine


 Tanglung gergasi yang digantung di pintu utama

"Hai!"...kata Nasrin :P

Sewaktu kami tiba di sana sekitar jam 10.30 pagi, orang ramai telah mula membanjiri kawasan ini.

 Kak Ina pun tidak ketinggalan bergambar di pintu masuk utama.. :P

 Dan lagi.. :P

Kaminarimon Gate nama pintu masuk utama ni rupanya.. :)

Puas mengambil gambar di hadapan pintu masuk utama, maka kami pun bergerak masuk ke dalam Asakusa Shrine ini..

 Pintu masuk utama dari sebelah dalam

 Bergambar dengan replika kasut tali gergasi yang merupakan kasut tradisional orang Jepun

Berlatar belakangkan bangunan pagoda di belakang pula .. :)

Dari pintu masuk utama, sepanjang jalan menuju ke Sensoji Temple yang terletak di bahagian belakang terdapat Asakusa Nakamise iaitu deretan kedai-kedai di kiri dan kanan jalan yang menjual pelbagai barangan cenderahati Jepun. Tempat yang paling sesuai untuk membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Walaupun harganya agak mahal, namun terdapat banyak pilihan yang diberikan. Harga barangan yang dijual adalah fixed price...jadi tawar menawar tidak akan dilayan...hehe..

Setiap kedai ada memaparkan tanda larangan "No Photo"...tapi dah nama pun pelancong kan...mesti nak curi-curi ambil gambar juga sebagai kenang-kenangan pernah sampai di sini...lagipun bukan rugi pun kalau gambar diambil..kan? :P dahlah bukan senang nak sampai ke Jepun nih wehh...hehe..(Tips: ambil gambar dengan kamera hp..so xdelah diorang perasan sangat kita ambil gambar kedai diorang)... :P

Antara Japan sweets yang comel-comel dan berwarna warni yang dijual...geram tengok..rasa nak beli..tapi tak beli..hehe.. :P

Di hujung Asakusa Nakamise ialah Sensoji Temple iaitu Tokong Buddha yang terkenal di sini. Kami tak masuk pun. Cuma ambil gambar dari jauh..hehe..

 Nak tulis wish? 100yen yer... :)

Tulis wish atas kertas dan ikat begini kat tempat yang disediakan... (aku ambil gambar jer yer..)

Pokok kuning yang cantik di tepi Sensoji Temple :)

Setelah membeli barangan cenderahati, kami berjalan pula ke Sumida Park yang terletak di tepi Sungai Sumida. Sempat beli kebab ayam dari kedai pak arab dan hot chocolate dari mesin vending dalam perjalanan.. :)

 Gambar yang diambil dari jambatan yang menyeberangi Sungai Sumida

 Sungai Sumida :)

Kak Ina yang bergambar berlatar belakangkan Sungai Sumida dan jambatan :P

Di tepi Sungai Sumida, kami duduk melepaskan lelah sambil menikmati makan tengahari kami iaitu kebab ayam dan air coklat panas (aku berkongsi dengan Nasrin), manakala K.Ina menikmati coklat Cadbury yang dibawa & air coklat panas yang juga dibeli dari mesin vending.

Sesudah berehat lebih kurang 30 minit di tepi Sungai Sumida, kami berjalan pula ke Tokyo SkyTree. Kenapa berjalan? kerana malas hendak berpatah balik ke Asakusa Station untuk menaiki keretapi Tobu Line ke Tokyo Sky Tree Station yang jaraknya hanya 1 stesyen sahaja. 

 Nampak macam dekat jer kan Tokyo SkyTree tuh? Sebenarnya, xdelah dekat sangat! hehe..

Akhirnya setelah berjalan lebih kurang 20 minit dari Sungai Sumida, akhirnya kami sampai di Tokyo SkyTree Station...fuhhh!..walaupun letih Kak Ina masih boleh tersenyum.. :)

Tokyo SkyTree :)

Tokyo SkyTree ini merupakan struktur tertinggi di Jepun dan merupakan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa. Tiket untuk naik ke Tokyo SkyTree Observation Deck boleh dibeli di kaunter tiket di tingkat 4 atau melalui online (berbahasa Jepun). Tiket untuk dewasa adalah 2000yen,  kanak-kanak 900yen. Kami tak naik pun. Mahalnya tiket...huhu..pelancong bajet macam kami ni hanya mampu ambil gambar dari bawah jer...hehe...yang penting, dah sampai ke sini kan?

Puas mengambil gambar, kami menaiki keretapi Tobu Line dari Tokyo SkyTree Station untuk balik ke Asakusa Station. Dah tak mampu nak berjalan balik kaedahnya..haha...dari Asakusa Station, kami menaiki Subway Ginza Line ke Ueno Station dan kemudian bertukar ke Subway Hibiya Line untuk ke Akihabara. Berjalan-jalan sekejap di Akihabara sebelum mengambil Subway Hibiya Line untuk balik ke hotel kami (Iriya Station). Malamnya, aku diserang demam...