Since ramai yang hantar emel bertanya, so aku bagi tips2 bagi yang merancang untuk ke Seoul, Korea berdasarkan pengalaman aku & dari apa yang aku tau..
Visa: Dari Malaysia ke Korea, memang x memerlukan visa. Jadi anda cuma perlukan passport antarabangsa dan cuma perlu mengisi 2 borang yang diberikan di dalam kapal terbang sebelum mendarat. Satu dari borang ini diserahkan kepada pihak imigresen semasa anda melalui pihak imigresen Korea dan satu lagi borang diserahkan sebelum anda keluar dari kawasan tempat anda mengambil luggage di carrier. Waktu balik, tidak perlu mengisi apa2 borang lain lagi dah so terus check in dan terus ke departure hall.
T-Money Card: Jika anda ke Seoul dengan planning sendiri iaitu tidak mengikuti mana2 tour, adalah dicadangkan anda bergerak di sekitar Seoul dengan menaiki subway. Lebih mudah dan menjimatkan. Beli T-Money Card (macam kad touch&go) di mana-mana kedai serbaneka yang ada logo T-Money di dalam airport tempat anda mendarat dengan harga W2500. Kad ini mestilah di reload/recharge terlebih dahulu menggunakan mesin reload yang ada terdapat di setiap stesyen subway. Kalau anda bercadang berada di sekitar Seoul lebih kurang 3-4 hari, reload antara W20,000 atau W30,000 sudah mencukupi. Itupun bergantung kepada kekerapan anda menaiki subway.
T-money card ini juga boleh digunakan untuk menaiki bas, membayar sewa locker & membeli barang2 di kedai2 serbaneka atau kedai barangan kosmetik yang memaparkan logo T-Money. Kad yang tidak habis digunakan boleh direfund semula di kedai2 tempat anda membeli kad tersebut asalkan baki dalam kad tidak melebihi W20,000. Bagi kad yang mempunyai baki melebihi W20,000, anda dinasihatkan untuk membeli apa2 barang di kedai terbabit sehingga bakinya kurang dari W20,000 bagi membolehkan baki tersebut dipulangkan kepada anda. Kad yang telah direfund bolehlah disimpan sebagai kenangan.

Subway: Subway di Seoul terdapat banyak laluan (line). Jadi untuk memudahkan anda, pastikan anda telah dilengkapi dengan subway map supaya anda tidak tersesat dan menaiki subway yang betul. Subway map ini bolehlah didownload di internet ataupun dengan membeli mana2 buku travel guide. Jangan risau kerana terdapat papan tanda berbahasa Inggeris di setiap stesyen subway. Pengumuman juga ada yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Malah skrin di dalam subway juga akan memaparkan nama tempat dalam bahasa Inggeris apabila tiba di setiap stesyen sebelum berhenti.
Money Changer: Setiap bank di Korea selalunya ada memberikan perkhidmatan penukaran wang. Namun begitu, adalah digalakkan supaya anda menukar wang anda terlebih dahulu di Malaysia sebelum bertolak ke Korea. Jika anda masih memerlukan tukaran wang semasa berada di Seoul, tempat2 ini ada menyediakan perkhidmatan penukaran wang:
- Citibank (Jonggak) - Subway Line 1, Exit 3
- Hana Bank (Hongik University) - Subway Line 2, Exit 5
- Korea Exchange Bank (Itaewon) - Subway Line 6, Exit 1
- Shinhan Bank (Jonggak) - Subway Line 1, Exit 5
Bahasa: Berkomunikasi dengan warga Seoul dalam bahasa Inggeris adalah agak sukar kerana rata2 mereka tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, apatah lagi dalam bahasa Malaysia. Jadi adalah dinasihatkan supaya anda mempelajari serba sedikit bahasa Korea bagi membantu anda untuk berkomunikasi dengan masyarakat Korea terutamanya pada waktu2 kecemasan seperti bertanya arah atau semasa membeli barangan. Adalah dinasihatkan supaya anda bersedia dengan phrase book, mini dictionary, travel guide book, maps & complete itinerary bagi memudahkan perjalanan anda.
Ubat-ubatan: Anda mungkin tidak tahan dengan cuaca di Korea jadi adalah lebih baik anda membekalkan diri anda sendiri dengan ubat-ubatan yang dibawa dari Malaysia. Ubat-ubatan seperti panadol, plaster luka, iodin & bandage dapat melepasi pemeriksaan imigresen dengan mudahnya kecualilah jika anda membawa bekalan dadah...:P Terdapat banyak farmasi di sekitar Seoul, cuma barrier in communication mungkin akan menyukarkan anda untuk mendapatkan apa yang anda perlukan.
Pakaian: Pakailah mengikut musim di Korea ketika anda terbang ke Seoul. Jika anda pergi ke sana di musim sejuk, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian secara berlapis bagi mengelakkan anda dari mati kesejukan..:P Barangan di Seoul agak mahal harganya jika dibandingkan dengan di Malaysia kerana taraf hidup di Seoul adalah tinggi. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya anda membawa segala barangan yang mungkin diperlukan dari Malaysia lagi.
Penginapan: Terdapat banyak hotel, hostel & guesthouse di sekitar Seoul. Anda boleh melihat review & membandingkan harga tempat penginapan di Seoul melalui website http://www.booking.com/city/kr/seoul. Melalui website ini, bayaran hanya dibuat apabila anda mendaftar masuk ke hotel yang anda pilih nanti bermakna tiada bayaran akan dikenakan semasa anda membuat tempahan. Mudah dan fleksibel :)
Hotel di Busan: http://www.booking.com/city/kr/pusan
Hotel di Jeju Island: http://www.booking.com/city/kr/saektal-tong
Hotel di Incheon: http://www.booking.com/city/kr/inchon
Hotel di Busan: http://www.booking.com/city/kr/pusan
Hotel di Jeju Island: http://www.booking.com/city/kr/saektal-tong
Hotel di Incheon: http://www.booking.com/city/kr/inchon
Keselamatan: Pada amnya, Seoul adalah sebuah negara yang selamat untuk para pelancong. Namun begitu adalah wajar anda menitikberatkan faktor keselamatan semasa berada di tempat orang. Melintaslah di tempat yang disediakan kerana keadaan trafik di Seoul agak sibuk dan kadangkala ada penunggang motorsikal yang menggunakan lorong pejalan kaki dan sesuka hati menunggang dengan laju.
Handphone: Pada asasnya, jika anda menggunakan handphone 3G, talian handphone anda akan secara automatiknya akan bertukar ke 'auto-roaming'. Jadi, tiada masalah untuk membuat & menerima panggilan. Cuma anda perlu memastikan handphone anda mempunyai kredit yang secukupnya (jika menggunakan prepaid) kerana setiap panggilan yang diterima atau dibuat akan dicharge kepada anda. Begitu juga sms yang diterima atau dihantar kepada anda. Handphone 2G, tidak boleh digunakan di Korea.
Makanan: Makanan halal banyak terdapat di sekitar Itaewon kerana terdapat banyak kedai makanan arab di sana. Setiap harga set makanan tersebut mungkin agak mahal tetapi portionnya agak besar yakni boleh dikongsi oleh 2 orang. Sebagai bekalan, anda bolehlah membawa bekalan makanan anda sendiri dari Malaysia. Malah boleh memasak sendiri jika anda tinggal di hostel ala apartment style yang lengkap dengan barang2 kelengkapan dapur. Jika anda hendak makan di kedai makanan Korea, pastikan menu yang anda pesan tidak mengandungi apa2 jenis daging.
Credit Card: Banyak tempat di Seoul terutamanya Supermarket, Hypermarket, kedai2 besar & restoran menerima kad kredit dari negara asing. Namun begitu, mereka lebih prefer anda membayar dengan menggunakan wang tunai. Oleh kerana itu, adalah dinasihatkan supaya anda menukar wang anda dengan mencukupi.
Struktur Geografi: Seoul sebuah bandar yang terdapat banyak bukit2 dan tangga2. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang bersesuaian lebih2 lagi jika anda bergerak dengan menggunakan subway. Juga adalah lebih mudah untuk travel dengan menggunakan backpack dari membawa beg luggage jenis tarik jika anda menggunakan subway kerana menaiki tangga dengan mengangkat beg luggage pastinya akan sangat menyeksakan..:P
Perbezaan soket/plug: Setiap negara menggunakan soket/plug yang berbeza. Jadi untuk memastikan anda boleh mengecas peralatan elektronik yang dibawa seperti laptop, handphone, kamera & sebagainya, anda perlulah membawa international plug adapter yang boleh dibeli di mana2 supermarket (bahagian luggage & winter jacket).
Shopping: Tempat best untuk shopping di Seoul adalah seperti berikut:
(a) Cenderahati/Handbag: Insadong (banyak pilihan, lebih murah & boleh ditawar harga)
(b) Skin Care/Make up/Handbag: Myeongdong, Hongdae Street (banyak pilihan)
(c) T-Shirt/Brooch: Namdaemun Market (banyak pilihan & lebih murah)
(d) Handphone/Camera: I'Park Mall/Yongsan Electronic Market (banyak pilihan)
(e) Makanan Laut: Noryangjin Fish Market (fresh)
(f) Pakaian: Namdaemun Market/Hongdae Street (banyak pilihan & lebih murah)

Untuk maklumat tambahan sekiranya diperlukan, bolehlah diemel kepada aku yer (rinie21@gmail.com). Berani dan yakin, InsyaAllah korang pun boleh sampai ke sana dengan selamatnya... :) good luck! :)