1. Kami menggunakan subway sebagai pengangkutan utama untuk bergerak ke tempat2 yang dilawati kerana mudah dan cepat. Penggunaan T-Money card juga melancarkan perjalanan kerana tidak perlu bersusah payah membeli tiket tiap kali hendak menaiki subway. T-Money card juga boleh digunakan untuk menaiki bas malah boleh digunakan untuk membeli barang runcit dan kosmetik di kedai2 yang terdapat logo T-Money.
2. Kerana cuaca yang amat sejuk semasa kunjungan kami ke Seoul iaitu antara -3 darjah celcius hingga -5 darjah celcius, kami terpaksa memakai 3 lapis baju iaitu baju t'shirt, sweater di bahagian dalam dan winter jacket di bahagian luar. Kerana itu, semua gambar kami kelihatan seolah-olah kami memakai baju yang sama setiap hari kerana kami hanya bertukar baju di bahagian dalam tetapi tetap memakai winter jacket yang sama setiap hari kerana kami hanya membawa sehelai winter jacket sahaja dari Malaysia. Dan juga 2 lapis seluar di mana di bahagian dalam kami memakai legging.
3. Cabaran utama berjalan di Seoul ialah tangga dan bukit kerana semua station subway memaksa anda turun naik tangga serta berjalan mendaki bukit untuk ke tempat2 yang ingin dilawati. Memang seksa! Next time, kalau ada rezeki berkunjung ke sini lagi, kami berazam mahu membeli walking shoes yang lebih mahal dan selesa..wajib!
4. Oleh kerana cuaca amat sejuk, ia menjadikan bau di dalam subway agak kurang menyenangkan terutamanya di waktu pagi. Jadi, sila tahan nafas anda sehingga sampai ke tempat yang dituju kerana untuk menutup hidung semasa di dalam subway akan kelihatan sangat kurang asam (rude)..hehe..
5. Semua tandas di Seoul adalah percuma dan setiap station subway mempunyai tandas, deretan kedai2 serbanika, kedai2 menjual roti, baju2 mahupun kosmetik dan accessories.
6. Setiap hari apabila balik semula ke hotel dari berjalan-jalan, kami berdua akan diserang demam kerana tidak tahan dengan keadaan cuaca. Mana taknya, suasana di luar sangat sejuk sehingga menggigil walaupun sudah memakai 3 lapis baju, masuk di dalam subway kembali normal kerana terdapat heater di bawah tempat duduk di dalam subway. Jadi oleh kerana badan mengalami perubahan suhu sejuk panas sejuk panas yang mendadak, maka kami akan diserang demam waktu malamnya. Mujur kami membawa bersama first aid kit yang lengkap dari awal lagi maka demam itu tidaklah melarat hingga ke pagi dan membantutkan planning kami.
7. Perkataan Korea yang paling banyak kami gunakan sepanjang berada di Korea ialah Annyong Haseyo (hi, apa khabar), Kamsahamnida (terima kasih), Igo olma yeyo? (yang ini berapa harganya), Hwajangsil oedi issoyo? (tandas di mana) dan chuwoyo (sejuknya)..hehe..
8. Di Insadong terdapat penjual berbangsa Korea yang menjerit 'apa khabar', 'apa khabar' kepada kami apabila ternampak kelibat kami melalui gerai mereka. Jenuh nak jawab 'khabar baik'..'khabar baik'..setiap kali..hehe..
9. Di Namdaemun Market pula, ada penjual t'shirt berbangsa Korea yang boleh bercakap dalam bahasa Malaysia seperti 'T'shirt, 3 sepuluh ribu (10,000 won)", warna apa?, kelabu?, merah?, putih? dan 'terima kasih'.. sangat lucu loghatnya.. :)
10. Kak Ina agak popular ketika di Namdaemun Market apabila ada beberapa penjual (lelaki) yang sibuk bertanya berapa umur dia kerana susuk tubuh badan Kak Ina yang kecil..hehe..
11. Walaupun baru pertama kali berkunjung ke Korea, kami tidak tersesat ketika mencari tempat yang ingin dilawati kerana telah bersedia dengan detail planning dari awal. Dengan berpandukan detail planning yang dibuat ini serta dibantu oleh subway map yang dibawa, kami tahu subway line berapa yang perlu kami naiki, turun di station mana, dan seterusnya bertukar subway line berapa pula hingga sampai ke tempat yang dituju. Maka perjalanan kami sepanjang berada di Seoul menjadi mudah.
12. Kos tiket kapal terbang pergi balik termasuk tax, insurans perjalanan dan penginapan hotel di Seoul selama 4 hari dari MAS Holiday yang kami beli adalah sebanyak RM1,900.00 seorang. Memang berbaloi.
13. Kadar tukaran wang asing bagi Korea ialah 1,000 won = RM2.90. dan perbezaan waktu di Korea dengan Malaysia ialah Korea lebih awal dari Malaysia 1 jam.
14. Di dalam subway kami mendapati bahawa ada beberapa deretan tempat duduk yang dikhaskan untuk warga tua, wanita mengandung, oku atau yang membawa anak kecil melalui simbol yang dipaparkan di dinding subway. Yang membuatkan kami kagum ialah, kerusi2 ini hanya diduduki oleh mereka seperti yang terdapat di dalam simbol tersebut dan akan dibiarkan kosong jika tiada antara mereka ini yang menaiki subway pada waktu tersebut walaupun subway itu penuh sesak dengan warga Korea yang lain.
15. Terdapat pilihan sehingga 70 chanel yang boleh ditonton menerusi television di hotel tempat kami menginap. 5 daripadanya adalah chanel berbahasa Inggeris.
16. Menaiki subway juga mudah kerana terdapat pengumuman dalam bahasa Inggeris tiap kali subway sampai di mana-mana station. Jadi anda tidak perlu risau. Selagi ada subway map dan mendengar pengumuman yang dibuat, anda tidak akan terlepas station untuk turun. Papan tanda di dalam subway station juga banyak terdapat di dalam bahasa Inggeris. Subway di Seoul bersifat mesra pelancong.. :)
17. Di setiap station subway juga dilengkapi dengan anggota polis yang sedia membantu anda serta terdapat information counter. Jangan risau jika anda tidak pandai berbahasa Korea untuk bertanya kerana walaupun bercampur bahasa Korea & bahasa Inggeris, petugas yang berada di kaunter tersebut akan sedaya upaya membantu walaupun beliau bercakap dalam bahasa Korea, kita akan mudah faham...hehe..sebab akan dibantu oleh gerakan tangan sebagai tunjuk arah.
18. Hasil pemerhatian kami, kami mendapati bahawa 80% dari warga Korea yang menggunakan subway sangat obses dengan handphone di mana mereka leka mengunakan hp mereka sepanjang berada di dalam subway seperti berbalas sms, menonton rancangan tv atau video klip artis2 Korea mahupun berbual di telefon. 15% lagi membaca ketika berada di dalam subway dan 5% lagi tidur atau termenung sambil mengenang nasib diri seperti yang kami lakukan..hahaha...
19. Kerana cuaca yang sangat sejuk, muka kami terutama bahagian bibir menjadi sangat kering sehingga kami terpaksa memakai lip balm dari masa ke semasa untuk mengelakkannya daripada pecah. Sekali sekala apabila berkesempatan melihat wajah di cermin, hampir menjerit kami dibuatnya kerana kulit wajah sangat kering hingga berkedut2 bagaikan kami berumur 50an..haha..ngeri tengok wajah sendiri..cepat2 cover dengan moisturiser dan bedak..hahaha..
20. Kerana perlu banyak berjalan turun naik tangga dan bukit dan bergegas pergi ke beberapa tempat dalam masa sehari, kami dibantu oleh bertin-tin air energy drink yang dibeli dari mesin di station subway. Kalau x, dah lama kami collapse! hehe..
sekian...:)