Be My Friend :)

29 December 2011

2011 Wrap Up..

Sabtu lepas pegi beli barang2 sekolah anak aku di Jusco Seberang Perai. Semuanya dari baju, kasut dan beg mesti dibeli baru sebab koleksi tahun lepas dah tak boleh digunakan lagi. Macam baju dan kasut comfirm dah tak muat. Cuti2 sekolah ni dia makin membesar bagai johan...bertambah besar, bertambah tinggi. Beg sekolah yang lepas pulak memang sangat nazak tahap tak boleh nak diselamatkan lagi dah. Maklumlah...budak2 sekarang ni, beban buku sangat hebat. Beg sekolah tu kalau dapat bertahan selama setahun pun dah kira hebat sangat dah tu..hehe..alatulis pun perlu dibeli baru juga macam pensil2, pencil box, pencil colour, pemadam, sharpener...fuhh..makanya beratus jugalah bajet yang dikeluarkan untuk barang2 sekolah anak aku nan seorang itu..

Lepas dah habis bershopping barang2 sekolah, kami ronda2 di sekitar Jusco dan seterusnya mengambil kesempatan untuk masuk ke pameran Dinasour di Petrosains yang terletak di ground floor Jusco. Anak aku la nak pergi sangat sebab pertengahan tahun yang lalu dia pernah ke pameran yang sama di KL. Tiket untuk dewasa RM6, kanak2 pula RM2. Kecil jer ruangan pameran Petrosains di sini...yet exciting..sempat jugaklah anak aku masuk games kerusi berirama yang diadakan oleh pihak Petrosains di kawasan aktiviti di dalam ruang pameran tapi malangnya dia terkeluar dari permainan setelah beberapa pusingan. Mujur dapat juga hadiah saguhati berupa sebatang pen bercorak T-Rex..seronok dah pun dia dan keluar dari pameran itu dengan senyuman puas hati..hehe..

Usai melihat pameran, kami pun baliklah ke rumah. Ahad pula kami pergi kenduri kahwin saudara mara sebelah mr hubby dan Isnin, lepak2 aje di rumah. Penutup cuti sekolah kali ini semestinya balik ke kampung weekend ini sebab adik aku yang ke-3 akan melangsungkan pertunangannya pula...seterusnya kita akan melangkah ke tahun baru pula..maka bermulalah kitaran baru..dengan azam yang baru juga...tapi bila sebut pasal azam, azam yang lepas dah tercapai ke? secara personalnya, ada antara azam aku yang disenaraikan pada awal tahun yang lalu telah tercapai dengan jayanya..contohnya, nak menamatkan pengajian jarak jauh dan berkonvokesyen...alhamdulillah itu sudah tercapai.. dan azam nak makan angin pun, ada yang telah tercapai sebab sepanjang tahun ni, aku dah ke Hadyai dan ke Langkawi. Seterusnya ada juga antara azam aku tu yang perlu terus dibawa ke tahun hadapan pula...contohnya planning aku nak bercuti ke sebuah negara tu terpaksa ditunda atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan dan insyaAllah akan dapat juga dilaksanakan awal tahun hadapan...research, planning & preparation pun sudah...and now..i'm counting... :)

Banyak juga kenangan di tahun ini yang masih diingatan...berjumpa kawan2 lama di facebook misalnya...sampai ada juga terjumpa secret admirer zaman remaja yang aku tak ingat langsung pun. Dan kenangan diserang melalui sms oleh seorang isteri kawan lama yang tersalah sangka aku ada affair dengan suaminya hanya sebab dia terjumpa no hp aku dalam hp suaminya..haha..kelakar juga bila diingatkan sebab i've been knowing suami dia@ kawan aku tu for 16 years already dan aku pernah & masih lagi menghormatinya sebagai seorang abang sahaja...x lebih, x kurang...moga x jadi lagilah benda2 ni lagi di masa2 yang akan datang...amin... lagipun yang dah ada tu pun dah cukup hensem..hehe...

Last but not least, Happy New Year kepada korang semua yer..moga tercapailah segala impian dan harapan korang di tahun baru ini di samping dikurniakan kesihatan yang baik, kewangan yang selesa & keluarga yang bahagia..insyaAllah..

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul! :)

21 December 2011

Movie Reviews: Mission Impossible Ghost Protokol & Alvin & The Chipmunks Chipwrecked

Last Saturday aku buat movie marathon sebab my husband nak tengok mission impossible, my daughter pulak nak tengok alvin and the chipmunks..so kita tengok dua2 sekali..tengok MI dulu, pastu keluar kejap pegi lunch, dah tu masuk balik tengok second movie...:) tiket dah beli siap2 online 2 days before so boleh pilih seat dan datang collect tiket jer kat kaunter. Sinopsis untuk dua-dua movie ni korang boleh baca wikipedia yer.. :) and for my rating, untuk Mission Impossible Ghost Protocol aku bagi 4.5 bintang dan untuk Alvin & The Chipmunks Chipwrecked aku bagi 3 bintang..aku sangat recommend Mission Impossible sebab ceritanya sangat menarik..memang best! And untuk Alvin & the Chipmunks pulak, sesuailah kalau nak bawak budak2..sure diorang terhibur..

kdrama review: Poseidon


genre: action, romance * episode: 16 * year: 2011 * main cast: Choi Si Won (Super Junior) as Kim Sun Woo, Lee Si Young as Lee Soon Yoon, Lee Sung Jae as Kwon Jung Ryul, Han Jung Soo as Oh Min Hyuk, Jang Woon Taek as Lee Choong Shik, Kil Yong Woo as Oh Yong Gap, Jang Dong Jik as Kang Hoo Min & Yunho (DBSK) as Kang Eun Cheul

Review: Sebuah action drama yang menarik sebab ada Si Won dan Si Young sebagai teraju utama.. :) Ianya menceritakan tentang sekumpulan Korean Coast Guard yang menjaga perairan Korea daripada aktiviti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan sebagainya. Kerja diorang ni amat merbahaya dan mempertaruhkan nyawa mereka apabila menjalankan tugas dan menyelesaikan kes2 yang besar. Malah di antara mereka ni ada yang kehilangan keluarga dan kawan2 disebabkan tugas mereka tu.

Ceritanya best tapi watak Yunho (DBSK) dalam drama ni sikit sangat. Dia hanya muncul dalam 2 episode terawal sahaja sebelum dia kemudiannya menyambung kursusnya di luar negara. Sampai habis cerita dah tidak ada lagi cerita mengenai Yunho ini sedangkan dia ada kaitan dengan penjenayah utama dalam drama ni. Tapi apapun, keseluruhannya pada aku drama tetap best dan untuk itu aku bagi 3.5 bintang :)

credit to: www.koreandrama.org

13 December 2011

ceritanya...

Aku xde benda nak citer sejak dua menjak ni sebab itulah macam lama dah x update. Yer la kan.. semuanya pun macam biasa2 aje. Pergi balik kerja macam biasa...tengok drama korea macam biasa..membaca bila free x ada buat apa pun macam biasa..jadi semuanya biasa2 aje sampai rasa macam x ada benda menarik nak diceritakan pun...hehe :)

Cuma last weekend ada jugalah pergi Pesta Pulau Pinang. Saja bawak my daughter jalan2 sempena cuti sekolah ni. Kesian juga dia kan. Mesti boring sebab x ke mana2. Bawa pil (parent in law) sekali sambil sambut birthday mil (mother in law). Pusing2 dalam pesta tu sampai sakit kaki..haha..korang dah pergi? pergilah..ok la jugak..ada macam2..konsert free pun ada..tiket masuk pesta pun x mahal..RM3.00 untuk dewasa, RM1.00 untuk kanak2 berumur antara 7-12 tahun. Ada gak aku snap gambar2 sekitar pesta tapi lupa pulak nak bawak wayar usbnya..jadi x boleh nak transfer gambar dari hp. Next time la bila aku ingat nanti aku masukkan gambarnya yer...

Minggu ni aku berkursus 4 hari di Kompleks Tabung Haji tapi bukanlah kursus haji..hehe..kursus integriti..saja nak mencukupkan kursus di hujung2 tahun ni. Sebetulnya kursus aku dah cukup pun 7 hari tapi sajalah nak bagi lebih sikit...panjang la sikit senarai kursus aku bila isi skt nanti...mana tau dapat markah lebih sket ke kan..haha..kononnyalah..korang jangan percaya sangat pulak! kebetulan dah ada peluang berkursus..pergi ajelah..free lagipun.. :)

Next year aku dgn bff aku kat sini dah ada planning nak pegi somewhere..sekarang ni tengah research & planning.. hehe..tapi tiket dah beli, passport pun dah renewed...barang2 kelengkapan pun dah beli..excited terlebih sebenarnya...haha..so sekarang ni tunggu masa ajelah..nak pergi mana? nantilah aku bagitau bila tiba masanya...hehe..mana best bagitau awal2 kan?...

Oklah..nanti2 kita sambung lagi. Aku nak siapkan sikit kerja kat ofis ni sebelum bertolak ke tempat kursus...happy weekdays untuk korang..hehe..

02 December 2011

Movie Review: The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1

Aku tengok citer ni last week. Salah satu dari filem "Mesti Tengok" untuk tahun ini sebab siri sebelumnya pun aku tengok. My expectation from this movie is high. Sebab aku dah baca novelnya. Tapi yer la..kalau versi novelnya sangat best, versi filemnya tak semestinya best juga. Yer la kan.. novel yang panjangnya beratus mukasurat dipendekkan menjadi sebuah cerita untuk tontonan yang durasinya kurang dari 2 jam, memanglah x memadai. Banyak betul scenenya tidak menceritakan dengan jelas jalan cerita. Maksud aku.. banyak scene yang sepatutnya ada, tak ada... gitu...walaupun ni part pertama dari novel yang sama yang mana sambungannya mungkin akan ditayangkan bulan Disember 2012, still banyak bahagian dari novelnya yang tidak dipaparkan. Jadi jalan ceritanya jadi sangat laju dan kelajuannya itu buat kita jadi tak puas. Contohnya, awal2 cerita dah tunjuk dah Edward dan Bella kawin. Pada awal cerita versi novel pula menceritakan bagaimana Bella nak sesuaikan diri sebagai tunang Edward dan bermula krisis dia dengan Jacob disebabkan keputusan dia nak kawin dengan Edward sehingga menyebabkan Jacob lari masuk hutan sehingga tidak ditemui.

Next masa Bella dapat tahu dia mengandung, dan bila dia sedar Edward macam tak suka bayi yang dikandungnya, dia mengadu pada Rosalie sebab dia rasa Rosalie jer yang faham macam mana perasannya. Babak tu ada, cuma macam x lengkap jer sebab cuma tunjuk scene masa Bella telefon Rosalie jer. Lepas tu terus tunjuk diorang dah sampai rumah dan perut Bella pun dah besar. Konflik antara Bella dengan Edward masa tu pun sikit sangat ditunjukkan and lastly masa Bella melahirkan anak pun x jelas. Kalau dalam versi novel, agak mengerikan jugaklah masa tu sebab anak tu keluar dari perut Bella dengan dia belah sendiri perut Bella dari dalam perut. Scene tu tak tunjuk. Cuma ada macam gambaran perjalanan urat saraf Bella jer. Lepas tu terus Bella macam dah mati, dan Rosalie tengah pangku baby tu kat luar bilik. Tak tunjuk pun macam mana sepatutnya sebelum tu, Alice Cullen tolak Rosalie keluar dari bilik tempat Bella nak bersalin tu sebab Rosalie tak tahan dengan bau darah dan tak ditunjukkan juga macam mana Edward sedaya upaya nak menyelamatkan Bella dengan memasukkan venom dia kat badan Bella. Cuma tunjuk tetiba mulut Edward penuh dengan kesan darah jer dan bersedih sebab dia ingat dia tak sempat nak selamatkan Bella. Scene tu ada, cuma macam tak lengkap. Ini pendapat aku yer..kalau korang baca novel dan tengok versi movie, mesti korang perasan macam tu juga. Anyway, overall ceritanya still okay dan aku bagi 3 bintang *** untuk movie ni....kalau versi novel, aku bagi 4.5 bintang!

gambar kredit to: www. wikipedia.org

kdrama review: Can You Hear My Heart

Episode: 30 * Genre: Drama, Romance * Year: 2011 * Main Cast: Kim Jae Won as Cha Dong Joo, Hwang Jung Eum as Bong Woo Ri & Nam Goong Min as Jang Joon Ha *

Review: Drama ni best. Ia menceritakan tentang Cha Dong Joo, anak orang kaya yang bertemu dengan Bong Woo Ri semasa mereka kecil dan menjadi kawan. Bong Woo Ri ni anak yatim, cuma ada mak yang bisu dan pekak. Mak dia pun kemudiannya meninggal dunia sebab terlibat dalam kebakaran di kilang tempat dia bekerja sebagai operator pengeluaran. Bong Woo Ri ni pun tak lama berkawan dengan Cha Dong Joo sebab Cha Dong Joo ni pun tiba2 jer menghilang pada satu hari tu. Sebenarnya Cha Dong Joo ni pada masa itu terlibat dengan satu kemalangan di rumah dia. Dia jatuh dari tingkat 1 rumah dia bila dia ternampak bapa tiri dia bunuh datuk kesayangan dia disebabkan harta. Selepas itu dia koma dan hilang pendengaran dia. Untuk menyelamatkan dia, mak dia bawa dia berubat dan tinggal di luar negara. Kalau tak silap aku somewhere in America. Aku dah lupa...hehe..Selepas 16 tahun, diorang pun kembali ke korea dan secara tak sengaja Cha Dong Joo ni berjumpa semula dengan Bong Woo Ri. Ada banyaklah cerita terjadi selepas itu. Itu korang kena tengoklah.

Overall cerita ni menarik walaupun seksa juga nak menghabiskan 30 episode tu...hehe.. memang lebih panjang drama ni dari yang biasanya (selalunya 16 episode sahaja). Tapi walaupun panjang, memang tak boring tengok drama ni. Endingnya juga best! So untuk drama ni aku bagi 4 bintang **** :)

aku: tengah tengok drama The Musical & Flower Boy Ramyun Shop secara online..belum habis lagi dua2 drama ni kat korea..kena tunggu by episode tiap2 minggu.. dua2 best! :)
gambar kredit to: www.koreandrama.org