Be My Friend :)

18 October 2011

perihal kabus, ambil jubah & raptai

kabus = citer pagi tadi. keluar jer dari rumah tengok pandangan x berapa jelas. kabus tebal pulak. mungkin sebab malam semalamnya hujan turun lebat maka berkabuslah pagi2 hari. walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi, masih lagi tebal dengan kabus. sudahnya sepanjang perjalanan pergi kerja, sambil sebelah tangan memulas minyak, sebelah tangan pula terpaksa mengelap cermin helmet yang kabur beberapa kali. sejuk pun sama. lain dari kebiasaan. mujur apabila sudah menghampiri jeti, kabus makin menipis. matahari pun dah memancar cahaya maka penglihatan menjadi semakin jelas. senang juga dapat feri hari ini. Alhamdulillah...

jubah & raptai = ini pula cerita hari ahad yang lepas. di UiTM Shah Alam. Ada sesi mengambil jubah dan bersekali dengan raptai untuk konvokesyen. Hujan lebat juga masa sesi ini bermula pada jam 2 petang. yang terlibat dengan konvo juga ramai. konvokesyen kali ini kalau x silap aku ada 16 sesi (dipanggil sidang) secara keseluruhannya dan hari ahad yang lepas adalah sesi mengambil jubah dan raptai untuk konvokesyen sidang ke 8 & 9 rasanya. Setiap sidang ada lebih kurang antara 1000 - 1200 orang graduan. aku di sidang ke 9... :) gambar kat atas ni menunjukkan kesesakan ketika beratur mengambil jubah. ramai. berpeluh2.

mujur masa mendaftar di foyer dewan sebelum dibenarkan beratur untuk mengambil jubah di bilik jubah, banyak kaunter pendaftaran yang dibuka. lega sikit. cepat jer. pukul 3 petang settle urusan mengambil jubah. siap boleh check dan try jubah sebelum menghala ke dewan untuk raptai konvokesyen pula.

mengikut jadual, raptai sepatutnya bermula pada jam 4 petang. tapi masa aku dan kawan2 selesai mengambil jubah, masa tu baru pukul 3 petang. sudahnya aku dan kawan2 masuk juga lepak dalam dewan. sebab sejuk. cuma lampu jer masa tu belum dinyalakan. pukul 4.20 petang barulah raptai dimulakan. sebenarnya xdelah actually raptai..rasanya lebih kepada mendengar taklimat sahaja di mana kami diberitahu mengenai do (s) & don't (s) sebelum, semasa dan selepas upacara menyampaian skrol. x ramai pun graduan yang hadir. ramai yang terus balik selepas mengambil jubah sebelum tu. taklimat @ raptai ni tamat pada jam 5.30 petang. kat luar hujan pun dah berhenti. aku tumpang kawan aku keluar dari UiTM dan minta dia drop aku depan jekel yang berhampiran dengan pintu keluar di seksyen 7. sementara tunggu Mr. Hubby datang ambil sempat jugaklah aku masuk butik tudung Hajra. beli 3 helai tudung murah2. ada sale...huhu..so sekarang ni tunggu hari sebenar ajelah minggu depan :)

aku: teruja dan bersyukur.. :)