Be My Friend :)

06 September 2016

#4/2016: Teringat

Assalamualaikum... :)

Hari ni pergi kerja dalam hujan lebat. Jalan jem xyah cakap la....
Tapi Alhamdulillah sampai di ofis dengan selamat
Harap2 student yang nak amik UPSR hari ni sampai dengan selamatnya sebelum exam mula
Sampai lambat mesti mood lari bila nak jawab exam kan? 
Macam KakRin dulu, time ambil SPM banjir terus
Tahun 1995. Ingat lagi, hari tu exam kertas Bahasa Inggeris
Hujan lebat dari malamnya membawa ke pagi
Abah KakRin hantar dengan motor
Tengah jalan xleh lalu.  Rupanya dah banjir 
Sekolah KakRin atas bukit, maka kelilingnya dah naik air. 
Motor & keter xleh lalu.  Dah jadi macam sungai dengan arus air laju
Ramai la calon SPM dah tersekat kat situ xleh nak pergi sekolah
Masing-masing dah cemas. Camana nak ambil exam kan?
Dengan parent masing2 pun dah cuak

Akhirnya, datanglah lori angkut kelapa sawit
Lori tu tinggi kan...so boleh la lalu kawasan jalan yang dah jadi sungai tu
Pakcik2 tu tarik kami yang calon SPM ni naik atas lori sorang demi sorang
Hantar sampai sekolah...
Baju & kasut usah cakaplah punya comot
Habis kena tanah warna oren dalam lori angkut kelapa sawit tu
Dengan lembabnya baju sebab hujan
Sampai jer sekolah cikgu2 sambut terus bawa pergi dewan exam
Tapi exam x mula lagi sebab ramai calon belum sampai lagi...
Just imaging yang sekolah tu atas bukit, kawasan keliling banjir
Yang duduk kampung2 sekeliling tu semua terputus hubungan dengan kawasan sekolah
Ada yang kena tunggu bot pergi ambil
Mujur la time exam SPM dah cuti sekolah
So student form 1-4 dah cuti
Makanya xdelah diorang pun sibuk nak pergi sekolah lagi dah

Yang dah sampai sekolah kena duduk dalam dewan exam...
Kena kuarantin xleh keluar mana2
Sampai calon2 semua dah sampai sekolah barulah kami mulakan exam
Masa tu dah pukul 10.00 pagi rasanya..baru mula menjawab
Haruslah mood masing2 pun dah kelaut...
Baju dan kasut kotor...
Sejuk sebab baju lembab...
Lapar pulak tu..
Mestilah effect juga kan mood nak exam

Selesai paper hari tu, kami semua x boleh balik
Banjir belum surut jadi Pengetua arahkan semua student tidur di sekolah
Makanya masing2 telefon parent...guna telefon awam kat luar sekolah..
Masa tu handphone belum ada lagi...so telefon rumah jer...
Yang xde telefon rumah, pesan kat jiran2
Mintak hantarkan buku untuk exam paper seterusnya
Hantar sekali baju salin dan kelengkapan lain
Malam tu tidur atas meja dalam kelas yang x terlibat dengan exam
Susun2 meja tu..tido ramai2
Asing la lelaki & perempuan...
Xkan tido satu kelas kot kan...
Study pun atas meja tu juga

Cikgu2 dan parent yang rumahnya dekat kawasan sekolah pulak gotong royong masak lunch & dinner
Makan ramai2 kat kantin
Terus jadi macam sekolah berasrama
Esoknya tu bangun semua sakit belakang
Yer la...dah tido atas meja..keras ok
Dengan nyamuknya
Dengan sejuknya sebab hujan
Tunggu turn mandi dalam toilet
Bersiap la seadanya
Seminggu la juga rasanya tido kat sekolah sampai habis exam
Sebab minggu tu memang hari2 hujan
So cikgu2 xmo ambil risiko kalau banjir lagi

Masa ambil exam tu pasrah jerlah
Macam mana pun result SPM nanti kenalah terima
Tau mood masa exam pun kelaut kan
Expectation xleh tinggi
Karang keciwa memakan diri...ewahh..

So masa result SPM keluar, KakRin berdebar2 juga
Tapi sebab x jangka result akan dapat bagus
Maka relax2 jer naik motor pergi sekolah ambil result
Pergi sorang2 supaya kalau result x best pun xde nak sedih sangat
hahaha
Sampai sekolah beratur amik result kat cikgu
Sampai turn KakRin, cikgu cakap tahniah
Tapi KakRin x tengok result kat situ
Cuak punya pasal, KakRin lipat kertas result tu terus pergi kat motor
Tak jumpa pun kawan2 dulu
Sebab takut kang malu nak tunjuk result
Dekat motor baru tengok
Alhamdulillah...dapat jugak Pangkat 1
Wow sangat...hehehe..
Rupanya ada 11 orang jer dapat Pangkat 1...dan salah seorangnya adalah KakRin...
Kata sekolah kampung kan..
Lepas tu terus start motor balik rumah

Sampai rumah mak dan adik2 dah tunggu...
Berlakon buat muka sedih
Terus hulur kertas result kat mak
hahaha..jahat
Alhamdulillah....muka mak terus happy
Adik2 pulak marah KakRin...sebab buat muka sedih so diorang dah suspen

Alhamdulillah walaupun banjir masa exam SPM dapat juga buat yang terbaik
Tapi paper masa banjir dengan baju & kasut lembab & kotor naik lori angkut kelapa sawit tu x berapa ok
Actually Bahasa Inggeris ialah subjek favourite KakRin
Masa percubaan SPM rasanya KakRin dapat A2
Tapi exam sebenar cuma boleh dapat C5...masih kredit tapi merosotlah
Frust jugaklah kat situ
Tapi ada peningkatan untuk subjek lain pulak
Contohnya untuk subjek Matematik, masa percubaan SPM KakRin gagal..dapat P7
Masa exam sebenar boleh dapat C3
Maka keseluruhannya melayakkan KakRin dapat Pangkat 1
Walaupun aggregat dah nak hujung2 juga
Apapun Alhamdulillah kan...

Tu yang bila hujan time exam penting2 ni buat KakRin teringat
Betapa suasana exam pun mempengaruhi mood nak exam
Yang akhirnya memberi kesan pada result exam
Dan betapa besarnya pengorbanan guru2 dan ibubapa masa student nak exam
Sangguplah bersusah payah masak gotong royong nak bagi student makan
Tahan student x bagi balik rumah supaya xde siapa yang ketinggalan untuk ambil exam
Sebab exam tu penting...kan?

So akhir kata, good luck untuk yang nak ambil exam
X kiralah exam apa...UPSR, PT3, SPM, STPM dan seterusnya
Buatlah yang terbaik walau apapun keadaan kat luar sana
Okay?

No comments: