Be My Friend :)

02 February 2016

#1/2016: Syukur

Assalamualaikum...

Bulan Februari baru nak buat entry pertama...hahaha...kesian blog ni bersawang
Aku pun ada rasa nak tutup jer blog ni terus
dek kerana 'kerajinan' aku update blog..
tapi sayang pulak...nanti nak cerita pasal travel xde medium yang sesuai pulak
memang ada fb & instagram...tapi dua2 tu aku privatekan..
xde ramai kawan dalam tu...pun update sekali sekala...
mungkin betul juga orang kata,
bila dah meningkat usia ni, dah malas nak bercerita
ambil gambar pun malas
apa lagi nak selfie
rasa geli hati pulak nak selfie...rasa x lawa..
dulu tu ada juga rasa macam lawa (perasan)
sekarang ni rasa malu pun ada..
padahal ambil gambar sendiri jer kan...
haha...teruk betul..

Tahun ni dah ada plan nak pergi jalan2..
tapi still dalam peringkat 'planning'
tapi bulan Januari yang baru berlalu telah terisi dengan 2 trip
trip pembuka tahun 2016 ialah ke Kuching, Sarawak
pergi bertiga dengan Nasrin & Mr. Hubby..
trip yang telah dirancang sejak April 2015 iaitu setelah selamat beli tiket flight
ok la..short trip actually...pergi 3 hari jer
makanya sempat berpusing2 sekitar Kuching Waterfront sahaja..
nak pergi ke Pasar Satok (Kubah Ria) pun x sempat
apatah lagi nak ke Pasar Sarikin
xper...next time boleh repeat Kuching lagi..

2nd trip ialah ke Kuala Lumpur
hahaha..
ke KL jer pun kan?
actually ni trip pejabat..
tapi santai2 jer...melawat tempat2 menarik di KL yang kalau pergi sendiri belum tentu sampai
trip ofis ada  beberapa pilihan tempat
tapi aku pilih KL sebab mudah...aku dah biasa dengan jalannya
dan boleh ambil peluang untuk jumpa adik2 yang menetap di sana
selalu balik kampung memang jumpa kalau balik pada masa yang sama
tau ajelah...masing-masing bekerja & dah berkeluarga..
semua ada hal2 sendiri..
kadang2 jumpa 3 orang jer...yang lagi 4 x dapat jumpa..
lagipun dengan keadaan ekonomi yang semakin sesak ni
aku rasa pilihan tempat bercuti juga penting
at least x payah keluarkan modal yang besar
lepas tu boleh bawa Nasrin sekali
sebab peruntukan yang diberikan dapat cover 2 orang
tinggallah Mr. Hubby kat rumah jaga Bubu, Mia & Bobbi..haha..

Untuk bulan2 yang akan datang ni belum ada planning nak berjalan2
tiap2 bulan jalan2 mau bankrupt!
dah la sekarang ni semuanya mahal kan
dari yuran sekolah, ke bil2 sampailah harga2 barang
terkesan sangat dengan keadaan ekonomi sekarang ni
sampai x tau nak berjimat macam mana lagi

Kerja macam tu la juga..
tapi at least kena bersyukur ada kerja..
walaupun dulu dah habiskan 4 1/2 tahun ambil degree (e-PJJ)
berulang alik naik bas from Penang-Shah Alam untuk pergi kelas every weekend
susahnya Allah sahaja yang tahu...
dah grad mintak kerja baru pun x dapat2...
dipanggil interview pun x..
pastu selit2 ambil exam untuk naik gred
tapi bila dah lulus exam pun xde peluang nak naik gred sebab katanya xde kekosongan
pastu cuba pulak ambil exam untuk naik pangkat ke jawatan lain
tiap2 tahun ambil exam tu (sekali setahun)
3 kali ambil (3 tahun berturut) baru lulus 1 paper
tetap la x putus asa ambil exam tu lagi
masih berharap boleh lulus lagi baki 2 paper (walaupun dah tulis jawapan sampai 8 mukasurat & jari pun jadi cramp & tak tau nak jawab macam mana lagi dah)

but still...


At the end
at least masih boleh bergantung harap pada jawatan yang sedia ada
cumanya gaji tu makin berkurang bila kena tolak hutang belajar dulu (+ hutang pelbagai)
sementelah dulu belajar guna duit sendiri + loan
maka bernafas bagai dalam lumpur la (bagaikan)
walaupun ok...tapi kekadang rasa nak k.o
huhuhu...pujuk hati sendiri
belum rezeki...

Ada yang masih bergelut mencari kerja
ada yang bekerja tapi menunggu masa untuk hilang kerja kerana keadaan ekonomi semasa
ada yang bekerja tapi masih di level 'kontrak' sahaja walau dah berbelas tahun kerja di tempat sama
kan?

Sekian entry frust...(tetiba)

No comments: