Be My Friend :)

10 November 2016

#5/2016: Anak Kucing

Assalamualaikum...

Lama x update...jom tengok gegambar....hehehe..


Tompok, Tam & Yenyen...anak Bubu & Mia...
Gambar ni diambil masa umur deme baru 10 hari
Semua belum buka mata masa tu
Telinga pun belum kembang..
Masa lahir tu, keciklah ya amat
Tiga2 lahir dalam bekas pasir
Melekat tali pusat dengan uri
KakRin syak mak deme si Mia tu lahirkan anak2 dia x cukup bulan
Sebab rasa macam baru sebulan setengah dia pregnant
Tetiba dengar suara dia memanggil dengan kuat
KakRin yang baru balik kerja terus terpa tengok sangkar
Rupanya dia dah bersalin...
KakRin angkat tiga2 tu letak atas tapak tangan..
Keciknya macam anak tikus...first time tengok anak kucing sekecil tu
Panggil Nasrin ambilkan gunting untuk potong tali pusat
Terus KakRin bertukar jadi mak bidan..kihkihkih

Lepas tu misi mencari kotak plak
Dah kata rasa macam Mia tu baru jer pregnant kan
Jadi x ready la lagi dengan sangkar baru
Mia masa tu berkongsi sangkar dengan Bobbi..
Mujur makcik deme si Bobbi tu x makan deme
Risau jugaklah sebab ada kan kucing makan anak kucing
So memula letak tiga ekor tu dalam kotak jer
Malam tu lepas Maghrib, keluar pegi kedai kucing pulak beli sangkar baru
Sangkar tu untuk letak Mia & anak2 dia..
Beli la tempat letak pasir dan sebagainya sekali
Memula tu risau juga Mia x reti jaga anak2 dia
Maklumlah Mia tu pun remaja lagi..first time kan
Tapi alhamdulillah elok jer dia menyusu dan jilat2 anak dia
Pun begitu, from time to time, kami gilir2 pegi tengok keadaan dia
Takut juga dia plak makan anak dia kan..


Ni si Yenyen yang manja..
Merangkap si buah hati kami sekeluarga
Antara deme bertiga, dia yang paling awal buka mata
Hari ke-12, Tam hari ke-14, Tompok hari ke-16
Selang 2 hari jaraknya
Sekor pun xde ikut warna apaknya..si Bubu yang berwarna kelabu
Pastu ikut maknya pun cuma Yenyen jerlah
Sebab Mia bulunya tompok2 oren, putih & coklat
Sekali keluar anak dia kaler tompok hitam putih yang dinamakan Tompok
Dan sekor lagi warna hitam berkilat yang kami namakan Tam
Sekarang ni umur deme dah sebulan 17 hari
Dah lincah memanjat dan berlari..
Nantilah KakRin ambil gambar deme yang baru
Sekarang ni nak ambil gambar pun dah susah sebab x reti duduk diam..

Sabo jerlah..


Dan diakhiri dengan gambar megi Kimchi...baru try test :P
Sedap jugaklah...rasa macam megi tomyam tapi x pedas
Ada label halal...so jangan risau...hehehe..
Next month nak pegi jalan2... yeayyy...
Sekian...

06 September 2016

#4/2016: Teringat

Assalamualaikum... :)

Hari ni pergi kerja dalam hujan lebat. Jalan jem xyah cakap la....
Tapi Alhamdulillah sampai di ofis dengan selamat
Harap2 student yang nak amik UPSR hari ni sampai dengan selamatnya sebelum exam mula
Sampai lambat mesti mood lari bila nak jawab exam kan? 
Macam KakRin dulu, time ambil SPM banjir terus
Tahun 1995. Ingat lagi, hari tu exam kertas Bahasa Inggeris
Hujan lebat dari malamnya membawa ke pagi
Abah KakRin hantar dengan motor
Tengah jalan xleh lalu.  Rupanya dah banjir 
Sekolah KakRin atas bukit, maka kelilingnya dah naik air. 
Motor & keter xleh lalu.  Dah jadi macam sungai dengan arus air laju
Ramai la calon SPM dah tersekat kat situ xleh nak pergi sekolah
Masing-masing dah cemas. Camana nak ambil exam kan?
Dengan parent masing2 pun dah cuak

Akhirnya, datanglah lori angkut kelapa sawit
Lori tu tinggi kan...so boleh la lalu kawasan jalan yang dah jadi sungai tu
Pakcik2 tu tarik kami yang calon SPM ni naik atas lori sorang demi sorang
Hantar sampai sekolah...
Baju & kasut usah cakaplah punya comot
Habis kena tanah warna oren dalam lori angkut kelapa sawit tu
Dengan lembabnya baju sebab hujan
Sampai jer sekolah cikgu2 sambut terus bawa pergi dewan exam
Tapi exam x mula lagi sebab ramai calon belum sampai lagi...
Just imaging yang sekolah tu atas bukit, kawasan keliling banjir
Yang duduk kampung2 sekeliling tu semua terputus hubungan dengan kawasan sekolah
Ada yang kena tunggu bot pergi ambil
Mujur la time exam SPM dah cuti sekolah
So student form 1-4 dah cuti
Makanya xdelah diorang pun sibuk nak pergi sekolah lagi dah

Yang dah sampai sekolah kena duduk dalam dewan exam...
Kena kuarantin xleh keluar mana2
Sampai calon2 semua dah sampai sekolah barulah kami mulakan exam
Masa tu dah pukul 10.00 pagi rasanya..baru mula menjawab
Haruslah mood masing2 pun dah kelaut...
Baju dan kasut kotor...
Sejuk sebab baju lembab...
Lapar pulak tu..
Mestilah effect juga kan mood nak exam

Selesai paper hari tu, kami semua x boleh balik
Banjir belum surut jadi Pengetua arahkan semua student tidur di sekolah
Makanya masing2 telefon parent...guna telefon awam kat luar sekolah..
Masa tu handphone belum ada lagi...so telefon rumah jer...
Yang xde telefon rumah, pesan kat jiran2
Mintak hantarkan buku untuk exam paper seterusnya
Hantar sekali baju salin dan kelengkapan lain
Malam tu tidur atas meja dalam kelas yang x terlibat dengan exam
Susun2 meja tu..tido ramai2
Asing la lelaki & perempuan...
Xkan tido satu kelas kot kan...
Study pun atas meja tu juga

Cikgu2 dan parent yang rumahnya dekat kawasan sekolah pulak gotong royong masak lunch & dinner
Makan ramai2 kat kantin
Terus jadi macam sekolah berasrama
Esoknya tu bangun semua sakit belakang
Yer la...dah tido atas meja..keras ok
Dengan nyamuknya
Dengan sejuknya sebab hujan
Tunggu turn mandi dalam toilet
Bersiap la seadanya
Seminggu la juga rasanya tido kat sekolah sampai habis exam
Sebab minggu tu memang hari2 hujan
So cikgu2 xmo ambil risiko kalau banjir lagi

Masa ambil exam tu pasrah jerlah
Macam mana pun result SPM nanti kenalah terima
Tau mood masa exam pun kelaut kan
Expectation xleh tinggi
Karang keciwa memakan diri...ewahh..

So masa result SPM keluar, KakRin berdebar2 juga
Tapi sebab x jangka result akan dapat bagus
Maka relax2 jer naik motor pergi sekolah ambil result
Pergi sorang2 supaya kalau result x best pun xde nak sedih sangat
hahaha
Sampai sekolah beratur amik result kat cikgu
Sampai turn KakRin, cikgu cakap tahniah
Tapi KakRin x tengok result kat situ
Cuak punya pasal, KakRin lipat kertas result tu terus pergi kat motor
Tak jumpa pun kawan2 dulu
Sebab takut kang malu nak tunjuk result
Dekat motor baru tengok
Alhamdulillah...dapat jugak Pangkat 1
Wow sangat...hehehe..
Rupanya ada 11 orang jer dapat Pangkat 1...dan salah seorangnya adalah KakRin...
Kata sekolah kampung kan..
Lepas tu terus start motor balik rumah

Sampai rumah mak dan adik2 dah tunggu...
Berlakon buat muka sedih
Terus hulur kertas result kat mak
hahaha..jahat
Alhamdulillah....muka mak terus happy
Adik2 pulak marah KakRin...sebab buat muka sedih so diorang dah suspen

Alhamdulillah walaupun banjir masa exam SPM dapat juga buat yang terbaik
Tapi paper masa banjir dengan baju & kasut lembab & kotor naik lori angkut kelapa sawit tu x berapa ok
Actually Bahasa Inggeris ialah subjek favourite KakRin
Masa percubaan SPM rasanya KakRin dapat A2
Tapi exam sebenar cuma boleh dapat C5...masih kredit tapi merosotlah
Frust jugaklah kat situ
Tapi ada peningkatan untuk subjek lain pulak
Contohnya untuk subjek Matematik, masa percubaan SPM KakRin gagal..dapat P7
Masa exam sebenar boleh dapat C3
Maka keseluruhannya melayakkan KakRin dapat Pangkat 1
Walaupun aggregat dah nak hujung2 juga
Apapun Alhamdulillah kan...

Tu yang bila hujan time exam penting2 ni buat KakRin teringat
Betapa suasana exam pun mempengaruhi mood nak exam
Yang akhirnya memberi kesan pada result exam
Dan betapa besarnya pengorbanan guru2 dan ibubapa masa student nak exam
Sangguplah bersusah payah masak gotong royong nak bagi student makan
Tahan student x bagi balik rumah supaya xde siapa yang ketinggalan untuk ambil exam
Sebab exam tu penting...kan?

So akhir kata, good luck untuk yang nak ambil exam
X kiralah exam apa...UPSR, PT3, SPM, STPM dan seterusnya
Buatlah yang terbaik walau apapun keadaan kat luar sana
Okay?

02 August 2016

#3/2016: Hi Everybody

Assalamualaikum...


Wah lamanya x update blog.....hehe..
apalah yang dibizikan sangat pun entahlah sampai xde masa nak update blog nih..
KakRin malas sebenonya
Eh! tetiba 'KakRin' kan?..haha..saja..
rasa macam dah tua..eloklah bahasa diri pun bertukar
2 tahun lagi nak masuk umur 40 tahun dah pun..huhuhu

Oh yer..poster kat atas tu KakRin buat sempena open house ofis KakRin last week
temanya drama
KakRin kena jaga gerai mee kuah
of course mee kuah tu order jer
xde la KakRin gigih nak masak banyak2 gitu..haha..
petugas gerai kena hias gerai & prepare bahan2 supaya senang tetamu nak ambil
pertandingan gerai tercantik pun ada
but of course gerai mee kuah KakRin x menang...hahaha
abih tuh...hiasan gerai pun ala2 jer kan
cuma gempak tang poster jer
camana nak menang kan? :P
orang lain tu bertungkus lumus buat hiasan dasyat2
gerai KakRin simple jer...xde bunga2...xde belon2..

Tu 2 orang partner KakRin tengah buat kerja
simple jer kan gerai kami? haha...
belon tu gerai sebelah punya
gerai kuetiaw teng hati perempuan
gerai tu menang gerai tercantik :P
tapi sori...xde gambo
jeles punya pasal malas nak amik gambo gerai tu..hahaha.. 


Prepare mee kuah dalam mangkuk sesiap macam ni
bila tetamu nak makan baru cedok kuahnya
and oleh kerana bertugas jaga gerai, gambo2 lain KakRin x amik
busy la katakan
makan pun curi2 masa x berapa bizi
but overall enjoy la bertugas macam ni
KakRin x minat nak jaga meja
jaga makanan ok
jaga meja & tetamu bagi la kat orang lain


Dan diakhiri dengan gambo KakRin yang KakRin amik dari fb majalah BuletinMutiara (majalah Penang)
wuuu...masuk majalah okeh (walaupun majalah negeri jer pun) hahaha..
okeylah..Selamat Hari Raya yer semua :)

01 April 2016

#2/2016: April Full

Assalamualaikum... :)


It's her birthday today. So instead of April Fool, we change it to April Full of Wishes to her. Anak kesayangan ini sambut hari ulangtahunnya yang ke-13 hari ini. Semoga makbullah segala doa2 yang baik untuknya seperti yang selalu disebut2 oleh kami berdua sebagai mama & abahnya setiap masa.  Moga anak yang bernama Nasrin ini sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya. Amin...

02 February 2016

#1/2016: Syukur

Assalamualaikum...

Bulan Februari baru nak buat entry pertama...hahaha...kesian blog ni bersawang
Aku pun ada rasa nak tutup jer blog ni terus
dek kerana 'kerajinan' aku update blog..
tapi sayang pulak...nanti nak cerita pasal travel xde medium yang sesuai pulak
memang ada fb & instagram...tapi dua2 tu aku privatekan..
xde ramai kawan dalam tu...pun update sekali sekala...
mungkin betul juga orang kata,
bila dah meningkat usia ni, dah malas nak bercerita
ambil gambar pun malas
apa lagi nak selfie
rasa geli hati pulak nak selfie...rasa x lawa..
dulu tu ada juga rasa macam lawa (perasan)
sekarang ni rasa malu pun ada..
padahal ambil gambar sendiri jer kan...
haha...teruk betul..

Tahun ni dah ada plan nak pergi jalan2..
tapi still dalam peringkat 'planning'
tapi bulan Januari yang baru berlalu telah terisi dengan 2 trip
trip pembuka tahun 2016 ialah ke Kuching, Sarawak
pergi bertiga dengan Nasrin & Mr. Hubby..
trip yang telah dirancang sejak April 2015 iaitu setelah selamat beli tiket flight
ok la..short trip actually...pergi 3 hari jer
makanya sempat berpusing2 sekitar Kuching Waterfront sahaja..
nak pergi ke Pasar Satok (Kubah Ria) pun x sempat
apatah lagi nak ke Pasar Sarikin
xper...next time boleh repeat Kuching lagi..

2nd trip ialah ke Kuala Lumpur
hahaha..
ke KL jer pun kan?
actually ni trip pejabat..
tapi santai2 jer...melawat tempat2 menarik di KL yang kalau pergi sendiri belum tentu sampai
trip ofis ada  beberapa pilihan tempat
tapi aku pilih KL sebab mudah...aku dah biasa dengan jalannya
dan boleh ambil peluang untuk jumpa adik2 yang menetap di sana
selalu balik kampung memang jumpa kalau balik pada masa yang sama
tau ajelah...masing-masing bekerja & dah berkeluarga..
semua ada hal2 sendiri..
kadang2 jumpa 3 orang jer...yang lagi 4 x dapat jumpa..
lagipun dengan keadaan ekonomi yang semakin sesak ni
aku rasa pilihan tempat bercuti juga penting
at least x payah keluarkan modal yang besar
lepas tu boleh bawa Nasrin sekali
sebab peruntukan yang diberikan dapat cover 2 orang
tinggallah Mr. Hubby kat rumah jaga Bubu, Mia & Bobbi..haha..

Untuk bulan2 yang akan datang ni belum ada planning nak berjalan2
tiap2 bulan jalan2 mau bankrupt!
dah la sekarang ni semuanya mahal kan
dari yuran sekolah, ke bil2 sampailah harga2 barang
terkesan sangat dengan keadaan ekonomi sekarang ni
sampai x tau nak berjimat macam mana lagi

Kerja macam tu la juga..
tapi at least kena bersyukur ada kerja..
walaupun dulu dah habiskan 4 1/2 tahun ambil degree (e-PJJ)
berulang alik naik bas from Penang-Shah Alam untuk pergi kelas every weekend
susahnya Allah sahaja yang tahu...
dah grad mintak kerja baru pun x dapat2...
dipanggil interview pun x..
pastu selit2 ambil exam untuk naik gred
tapi bila dah lulus exam pun xde peluang nak naik gred sebab katanya xde kekosongan
pastu cuba pulak ambil exam untuk naik pangkat ke jawatan lain
tiap2 tahun ambil exam tu (sekali setahun)
3 kali ambil (3 tahun berturut) baru lulus 1 paper
tetap la x putus asa ambil exam tu lagi
masih berharap boleh lulus lagi baki 2 paper (walaupun dah tulis jawapan sampai 8 mukasurat & jari pun jadi cramp & tak tau nak jawab macam mana lagi dah)

but still...


At the end
at least masih boleh bergantung harap pada jawatan yang sedia ada
cumanya gaji tu makin berkurang bila kena tolak hutang belajar dulu (+ hutang pelbagai)
sementelah dulu belajar guna duit sendiri + loan
maka bernafas bagai dalam lumpur la (bagaikan)
walaupun ok...tapi kekadang rasa nak k.o
huhuhu...pujuk hati sendiri
belum rezeki...

Ada yang masih bergelut mencari kerja
ada yang bekerja tapi menunggu masa untuk hilang kerja kerana keadaan ekonomi semasa
ada yang bekerja tapi masih di level 'kontrak' sahaja walau dah berbelas tahun kerja di tempat sama
kan?

Sekian entry frust...(tetiba)