Be My Friend :)

06 August 2015

#7/2015: Aidilfitri 2015

Assalamualaikum... :)


Bubu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang terbaca blog picisan ni. Tuan blog ni dah malas ya amat nak hupdate blog dia sebab dia dah pencen berjalan-jalan tahun ni jadi xde benda dia nak citer..haha..

Haha..ni gambo Bubu masa raya hari tu
bawak dia balik kampung
walaupun balik 3 hari jer, gigih bawak dia sama
tak sampai hati nak tinggal dia kat rumah
lagipun kalau kat kampung dia punyalah behave
baik bebeno
sebab takut tengok orang ramai kat rumah kot
pastu x biasa dengan suasana kat kampung pun sama
takut dia bila dengar bunyi itik dan angsa jiran sebelah rumah
pastu pelik dia tengok ayam kat luar
hahaha....sian dia jakun terus..
kucing bandar la katakan..
dari kecik mana pernah tengok ayam, itik segala tu
hehehe..
makan pun dia tak lalu masa kat sana
sikit jer makan pastu xmo dah
stress kot...hehe.. 

As for my hari raya
tahun ni berjaya buat biskut raya 2 jenis
biskut kelapa & biskut coklat chips
pastu buat ketupat palas buat pertama kalinya
walaupun pertama kali, berjaya juga buat 136 biji ketupat
fuhh! rasa nak pengsan!
hahaha
sebab letih bebeno, satu gambo pun x ambil
pastu ada masak rendang daging jugak...
mujur sebelum tu ada beli pressure cooker dari lazada
ala..pressure cooker jenama trio RM36.00 tu
memang membantu la masa masak rendang daging tu
20 minit jer dah lembut dah daging tau
satu pelaburan yang bijak di situ..hehe..
berbaloi2... :-P

Oklah...Selamat Hari Raya Aidilfitri!