Be My Friend :)

24 June 2015

#6/2015: Cerita Puasa

Assalamualaikum...

Mcm mana puasa korang? ok?
aku pun ok jer..
cuma since balik dari Terengganu aku batuk2 & selesema
bila puasa lagilah kan..sebab x boleh nak kulum strepsil & makan ubat
cuma time buka puasa & sahur jer kan
so most of the time asyik la terbatuk2 macam nak terkeluar anak tekak semua
time nak tido pun tau
bila dah start batuk bukan senang nak berhenti pulak tu
dengan hingus nak melelehnya lagi...
fuh..penat ahkak...
esok kena repeat klinik la rasanya.. :-(

Selain dari tu, puasa cam biasa jer
lauk untuk berbuka ada yang beli, ada yang masak sendiri
selalunya balik kerja sempatlah masak 1 jenis lauk tambahan
itupun yang simple2 jer la
nak masak yang cerewet sket kenalah masak on weekend kan..
petang semalam masak udang galah goreng bercili ni


Habiskan stok bahan basah kat esbok
last week sebelum puasa beli udang galah ni kat market
sekali dengan ikan, sotong, ayam, ketam
sekilo udang ni dapatlah masak 2 kali
cukup la untuk buka puasa & sahur sekali 
last week dah masak kari dengan kentang


Weekend ni kenalah restock balik esbok
senang bila nak masak bahan dah ready kan
paling koman pun xde la goreng nasi kosong jer
boleh jugak campak2 udang ke, ayam ke dalam tu
barulah laju sket nak suap nasi time sahur tu..
betul tak? hehe..

Family aku ni, memang jenis hadap nasi masa berbuka & sahur
kuih-muih beli juga tapi makan lepas sembahyang
masa berbuka memang kena ada nasi
tak reti nak makan kuih dulu ke, murtabak ke.. gitu..
sahur pun sama
walaupun ada masa x lalu nak telan, tapi tetap makan nasi..
hehe..

Oklah...nanti2 kita sambung lagi yer...

No comments: