Be My Friend :)

22 May 2015

#4/2015: Resepi Ketam Goreng Cili

Assalamualaikum... :)


Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dibersihkan
sedikit garam & kunyit
1 keping asam keping
1 sudu kecil cukup rasa
1 sudu kecil gula

Bahan-bahan kisar:

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk cili/cili giling
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air

Cara-cara:

1.  Goreng ketam yang telah dibersihkan dan dilumurkan dengan garam & kunyit dan ketepikan
2.  Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit pekat & masukkan asam keping, cukup rasa & gula
3.  Setelah itu masukkan ketam yang telah digoreng tadi & kacau lagi 5 minit dan angkat
4.  Siap! sedapnya tu sehingga menjilat jari! :P

Senang kan? entry ke-4 tahun ni...hahaha..jadi la..

No comments: