Be My Friend :)

27 May 2014

#67: Recap

Salam...

Apa khabar? hehe...lama x update kan? xde masa sebenarnya. Sebab last 2 weeks sibuk dengan sukan dalaman ofis aku...pastu sebagai ajk kelab ofis, aku sibuk pulak uruskan hari keluarga ofis yang telahpun selamat diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Sibuk la beli hadiah untuk cabutan bertuah, balut hadiah untuk sukan dalaman, buat nombor cabutan bertuah, cari doorgift, buat buku program, buat persiapan itu ini...fuhh...letihnya Allah sahaja yang tahu...

Tapi the best part is...untuk sukan dalaman, group aku jadi juara untuk acara boling berpasukan & jatuhan pin terbanyak kategori wanita pun menjadi milik aku...hehe..hadiahnya? baucer KFC & tupperware (bukan ori :P)...hehe..jadilah..ok gak kan? dan untuk cabutan bertuah di hari keluarga, aku dapat ini:

Alhamdulillah....:)

Berbaloi la berpenat lelah...hehe..dan hari Ahad lepas pulak birthday aku & anniversary aku yang ke-12...sambut bertiga seperti selalu..cuma kali ni di Secret Recipe Plaza Gurney...



Dan dapat hadiah dari Mr.Hubby (wajib) hehe...:P

Minggu ni, masih ada tugas yang menanti...jadi ajk untuk kejohanan boling yang akan berlangsung pada hari Sabtu nanti pula. Tapi sibuk kadang kala ok juga kan? Sekurang-kurangnya boleh divert rasa sakit hati pada perkara-perkara yang lain. Tak sempat pun nak fikir. 

Sakit hati pada siapa? alah...pada ofismate aku tu la..akak udang galah tu tak habis2 buat cerita pasal aku pada ofismate yang lain. Diorang pulak cerita balik pada aku. Dia tak puas hati bila aku tak cakap dengan dia. Kalau korang jadi aku, apa korang nak buat? Dia tiap2 minggu kutuk aku, jaja cerita kat orang, aku pulak tau, boleh ke aku berpura2 tak tau dan cakap dengan dia seperti biasa? Aku mungkin bukan jenis yang mulut laser yang boleh pergi serang orang. Tapi aku bukanlah hipokrit. Dia dah sakitkan hati aku, dah cukup baik aku x bercakap jer dengan dia. Tak payahlah dia buat cerita yang dia dah cuba tegur aku tapi aku yang menyombong buat tak tahu! Tak pernah okey...sekali pun dia tak pernah berusaha nak bercakap dengan aku pun...pakai tudung labuh tapi perangai?

Aku rasa yang jadi sebab dia sakit hati pada aku tu sebab aku tak dapat nak pinjamkan duit pada dia masa kat Kuching hari tu. Duit dia dah habis awal sebab shopping banyak sangat. Pastu sengaja tak bawa kad bank sendiri sebab takut terbabas shopping. Tapi dek membeli terlampau banyak, duit yang dia bawak tak cukup juga. Mintak pinjam dengan aku tapi malangnya aku tak dapat bagi sebab duit aku pun ada ngam2 jer untuk aku. Siap tanya...dalam bank aku xde ke duit? amboi..aku dahlah awal bulan 4 hari tu dah pegi Busan...pastu hujung bulan yang sama pergi Kuching pulak. Mestilah trip kedua dalam bulan yang sama, duit dah ciput. Kalau ada, mesti aku dah bagi. Dia pulak lepas berjaya pinjam kat ofismate yang lain, siap perli aku lagi..."masa kita susah macam ni, barulah kita tahu kawan kita tu macam mana!"..amboi...siap cakap kuat2 bagi aku dengar...hati aku? macam kena hiris!

Sekarang ni ayat dia.."biarlah...Allah Maha Adil...bila jadi macam ni, barulah kita kenal yang mana kita boleh buat kawan, yang mana kita tak boleh buat kawan. Biar Allah jer yang balas!"...kemain ayat dia buat cerita kat orang!...bukan aku ker yang sepatutnya cakap macam tu? macam2 kan? Aku pulak rasa...tak perlulah kot aku nak explain kat orang aku macam mana. Yang rasa aku macam yang dia ceritakan, terpulang. The choice is yours kan? Kita pun bukan boleh control fikiran orang. Cukuplah Allah tau...

Kadang2 benda2 macam ni boleh buat aku hilang mood. Tapi bila fikir2 balik, hidup aku, Allah yang tentukan. Lagipun ada banyak juga benda yang baik berlaku pada aku di sebalik peristiwa ini..contohnya juara boling berpasukan, dapat jatuhan pin terbanyak, dapat hadiah cabutan bertuah dalam kategori 10 hadiah terbaik, birthday & anniversary aku & dapat hadiah istimewa dari Mr. Hubby..kan? Oh yer, bulan lepas juga lepas balik dari Kuching, aku dapat Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun lepas. Alhamdulillah...after 15 years dalam perkhidmatan awam...so dapat Sijil Penghargaan & Sijil Simpanan Premium BSN RM1k sebagai hadiah!..See...banyak benda yang baik kan?..Allah duga aku sikit...tapi bagi aku benda yang baik lagi banyak...Alhamdulillah...& moga aku terus tabah & sabar mengharungi hidup ini...amin...

15 May 2014

#66: Cerita Sedih Si Udang Galah

Salam... :)

Ini entry khas untuk meluahkan rasa sakit hati aku sekarang ni. Ceritanya begini...

Hujung bulan lepas iaitu dari 25 April - 28 April aku pergi ke Kuching, Sarawak for trip jalan2 ofis. Mmg tiap-tiap tahun kelab ofis aku akan sponsor staff pergi jalan2 tak kiralah kat mana pun. Kalau x cukup bajet yang diorang sponsor, kenalah tambah sendiri ikut pakej yang diambil. Aku pulak punyalah teringin nak pergi ke Kuching. Sbb x pernah sampai. Kota Kinabalu & Kundasang dah pergi tahun lepas. So aku pun dengan rela hati jadi ketua kumpulan dan uruskan semua tempahan baik dari booking flight, hotel & transportation untuk anggota2 rombongan yang nak ikut aku. Semua sekali termasuk aku ada 16 orang kesemuanya.

Trip ke Kuching ni aku tekankan dari awal ialah Free & Easy. Aku cuma tempah flight, hotel dan transportation dari airport ke hotel (pergi balik) dan dari hotel ke Pasar Sarikin (pergi & balik). Yang lain tu free. Sapa nak jalan, nak naik bot ke, nak shopping ke terpulang la. Sebab kalau ambil full pakej memanglah peruntukan yang diberi oleh kelab ofis tu x mencukupi. Ada balance lagi dari apa yang aku dah booking, aku pulangkan pada setiap ahli rombongan aku. 

Trip Kuching hari tu pada keseluruhannya pada aku ok jer. Nanti aku cerita pasal trip ni kat entry yang lain lepas habis entry kenduri kawin adik aku & trip ke Busan. Yang x bestnya pasal trip Kuching ni ada satu jer; pasal sorang ahli dalam kumpulan aku tu. Akak sorang ni, aku memang baik dengan dia. Dah nak pencen pun dalam awal tahun depan. Kira aku memang respek dia sebab dia lebih tua dari aku malah lebih tua dari mak aku sendiri pun tapi akak ni x kawin lagi.

Sebelum pergi ke Kuching, aku selalu cerita kat dia yang aku teringin nak beli udang galah kat Kuching sebab Kuching kan terkenal dengan udang galah juga selain dari kek lapis & ikan terubuk masin. Kat Penang ni, susah jugalah nak cari. Harga pun mahal. Akak ni pulak dah pernah ke Kuching pastu tau la kat sana udang galah murah2 dan besar2. Dia pun nak beli juga udang galah katanya. So berjanjilah kami nak beli kat Pasar Sarikin bila ke Kuching nanti.

Kami ke Pasar Sarikin on 2nd day kat Kuching. First day tu memang free dari sampai kat Kuching pagi Jumaat tu (25hb). Sampai jer terus Akak tu tarik aku pergi cari udang galah. Kebetulan Pasar Sarikin hari tu x sibuk sangat. Sempatlah akak tu borong udang kering 4 kilo & kain pasang Bandung 8 helai dulu on the way nak cari udang galah tu. Aku tanya jugak, if beli udang galah, nak simpan mana sebab xde peti ais dalam bilik hotel kami. Dia kata, dia nak simpan kat rumah anak saudara dia yang berdekatan dengan Kuching. So aku tanya dulu dia, boleh ke kalau aku nak tumpang sekali if aku beli udang galah tu. Tapi bagitau sesiap aku nak beli sekilo jer kalau murah. Akak tu cakap BOLEH & terus ajak aku cari udang cepat2 takut habis...

Elok jumpa jer udang galah, akak tu terus cekau pilih udang galah dari dalam baldi. Dia pilih yang besar2. Sekilo RM35.00. Memula tu dia ambil sekilo setengah jer. Pastu aku pun beli sekilo udang dari kategori yang sama tapi aku x pilih sendiri, tuan punya udang galah tu yang pilih & timbangkan untuk aku. Akak tu kemudiannya rasa macam udang dia sikit, so dia mintak nak beli lagi setengah kilo untuk cukupkan 2 kilo. Dah settle bayar, dia rasa macam nak tambah lagi sekilo. So tambah lagi sekilo dan dia sempat mintak kurang ke RM30 jer sebab dia dah beli 2 kilo yang awal tadi. Dah jadi 3 kilo udang dia. Settle bab udang, kami ronda2 lagi sambil tambah2 beli benda yang lain dan kemudiannya berpatah balik. On the way berpatah balik tu, jumpa lagi dengan penjual udang galah yang lain pulak. Pun offer harga yang sama iaitu RM35 jugak untuk sekilo. Dia tawar2, dapatlah RM30 sekilo so dia beli lagi sekilo. Makanya udang galah dia jadi 4 kilo. Aku & K.Ina yang mengikut dia terkebil2 jer pandang antara satu sama lain. Suka hati dia la...duit dia...menyedapkan hati..

Udang tu kami masukkan dalam kotak dan beli ais dari kedai makan sebelum naik van untuk balik ke hotel. Takut udang tu rosak. Dipendekkan cerita, sampai jer hotel petang tu, terus dia telefon anak saudara dia soh ambil udang untuk disimpan. Aku pun tunggu la sekali sampailah anak saudara dia sampai. Dah adat kita nak menumpang ni, mestilah malu kan? Aku sempatlah ucapkan terima kasih beberapa kali sebab tumpangkan udang aku yang sekilo tu. Akak tu ikut anak saudara dia tu balik ke rumah. Malam baru dia balik ke hotel. 

Itu cerita hari Sabtu. Pagi Ahad masa jumpa time breakfast, aku tanyalah akak tu;

Aku: Macam mana udang kita tu? ok ke?
Dia: Ok. Kesian anak menakan saya, dia tolong cuci semua udang tu bersih2 barulah dia masukkan dalam peti ais.
Aku: Ooo...muat ke peti ais dia?
Dia: Hat saya punya muatlah sebab saya memang dah habaq sesiap nak beli 4 kilo udang tu. Hat Rinie (aku) punya x berapa nak muat. Kesian dia terpaksa keluarkan barang dia untuk boh gak udang rinie tu...
Aku: Ooo...(terus terdiam...zapp!...macam kena hiris pisau hati aku)...

Isnin tu pagi2 sebelum kami ke airport untuk balik, anak saudara akak tu datang hantar udang yang kami simpan kat umah dia. Dia dah siap balutkan. Masa ambil dari tangan anak saudara akak tu, aku dah ucapkan terima kasih banyak2 kat dia. Dia pun cakap "eh, takpe"...tu kat depan bilik masa dah ready nak turun ke lobi.

Kat lobi, sementara nak tunggu yang lain turun, akak tu dok salam peluk cium anak saudara dia tu. Oh lupa nak bagitau, anak saudara dia tu perempuan. Ada la 5-6 orang kami yang dah ada kat lobi tu. Habis peluk cium, terus akak tu sound aku.

Dia: Eh, mai la salam. Orang tu dah susah payah bungkuskan udang dia (aku)...(wah ayat! tuju terus kat aku)
Aku: (terkejut & terus pergi salam dan ucap terima kasih banyak2 lagi sekali)

2 minggu selepas balik dari Kuching...

Dia cerita kat budak ofis. Budak ofis tu cerita balik kat aku.

Her side of the story;

Marini tu, dahlah anak menakan saya susah payah keluarkan modal untuk bungkuskan udang dia, pastu tolong bungkus lagi udang dia elok2 tapi sekali pun dia tak ucapkan terima kasih kat anak menakan saya. Kesian kat anak menakan saya tau!

My side of the story;

Masa anak menakan dia ambil udang kat lobi untuk bawak balik ke rumah dia, aku dah ucap terima kasih. Masa ambil udang dari tangan dia, aku dah ucap terima kasih & masa salam kat lobi aku dah ucap terima kasih lagi sekali. So 3 kali terima kasih dah diucapkan kepada anak menakan dia. Persoalannya nak ucap berapa kali lagi baru mencukupi?

Udang aku yang sekilo tu, anak menakan dia bungkus guna beg plastik, kertas surat khabar, beg plastik, kertas surat khabar, beg plastik, kertas surat khabar (ulang 3 kali) and lastly boh dalam kotak biskut (without the biscuit) sebelum boh dalam beg plastik and diseal dengan sellotape. Agak2 berapa modal dia untuk balut udang aku tu? Lagipun udang sekilo tu banyak mana la sangat. Kecik jer bungkusan aku tu. Akak tu punya? 4 kilo udang...sekotak besar la...

Pengajarannya:

Kalau aku tau udang galah tu akan mencetuskan cerita2 x best macam ni, aku tak beli la udang galah tu dari awal lagi. So x payah nak tumpang simpan walaupun akak yang aku respek macam mak ni cakap BOLEH. Ini benda dah beli, dah masak pun so aku dah x boleh nak perbetul lagi dah. Cuma boleh ingat la lain kali..orang yang perwatakan macam alim ni, x semestinya ada hati yang baik juga. Dah kenal lama pun x semestinya kita boleh simpulkan dia tu baik serba serbi. Hati orang ni kita tak tau. Macam kata pepatah la...rambut jer sama hitam, hati lain-lain...  

Aku: Logik akal, kalau orang dah tolong kita, takkan kita boleh lupa nak ucapkan terima kasih...huh! 

14 May 2014

#65: My Sister's Wedding

Salam.. :)

Lama x jumpa kan? aku xde mood sebenarnya. Terfikir nak stop blogging pun ada. Tu yang relax jer malas nak update. Anyway..sementelah dah ada sedikit kerajinan ni jomlah kita sambung cerita..

 Kad kawin ala pembungkus coklat cadbury :P

Ini majlis perkahwinan anak ketiga dalam keluarga tapi kenduri kawin yang keempat memandangkan adik yang no. 4 dah kawin dulu...hehe..

Majlis pernikahan telah diadakan di masjid dekat rumah kami jer. Malam tu rupanya ada 3 pasangan pengantin yang akan dinikahkan secara berturutan. Adik aku pengantin no. 1. Dahlah lambat pegi masjid..hehe..

 My sis yang pakai baju warna putih tu.. :)

 Me & Nasrin.. :)

 Si comel Qayyum...anak saudara aku :)

 Me & Mr. Hubby yang sedondon.. :) 12 tahun yang dahulu pun nikah di masjid yang sama :P

 My sis Farah with her eldest son...Faris si abg Qayyum yang pandai buat muka tiap kali ambil gambar...hehe..

  Me & Dee with pengantin lepas akad nikah selesai.... :)

Lepas settle akad nikah, terus balik rumah. Sambung pula dengan sesi menyarung cincin & bergambar...

 From him to her





From her to him

 We got married! yeayyy...hehe...

Pengantin Baru :P

And below is pengantin2 lama.. :P
 
 Farah & hubby

 Mine.. :)

Dee's

bersambung.. :P