Be My Friend :)

04 November 2014

#81: Teringat Trip Jepun

Salam... :)

Dah masuk bulan 11 kan? Kejap jer masa berlalu. Rasa macam baru jer naik keretapi kat Tokyo. Sedar2 dah setahun pun tinggalkan Tokyo...rasa nak pergi Tokyo lagi..tapi bajet xde..mahal serba serbi kat Tokyo tu..tiket flight mahal..hotel mahal..makanan mahal..cenderahati mahal...fuhh...jenuh la nak menabung semula...hehe...(kemain intro)..haha...

Cerita pasal kenangan kat Tokyo tahun lepas, ada benda yang aku x ceritakan. Takut korang x percaya. Tapi xpelah kalau x percaya pun. Bukan dapat apa pun kan?...haha...jom la cerita...

Ceritanya begini...kalau korang baca cerita trip Tokyo aku hari tu, mesti korang perasan aku ada cerita pasal pengalaman salah naik keretapi laju (Narita Express @ N'EX) dari Narita Airport nak ke Tokyo Station. Kami naik keretapi yang betul tapi pada masa yang salah. Korang boleh flashback kat SINI

Kami sebenarnya duduk di tempat duduk mamat ni & the gang:

 Jun Matsumoto
 Kumpulan Arashi

Kalau korang peminat artis Jepun, mesti kenal diorang ni kan? Dalam kumpulan Arashi, aku cuma kenal Jun sebab dia pelakon. Masa tu dalam group dia ada la 7-8 orang. Mungkin termasuk pengurus & pa diorang kot. Punyalah garang pengurus dia. Dengan muka bengis suruh kami blah dari kerusi yang sedang kami duduk.

Masa tu tengah panik. Jadi aku tak ingat itu kumpulan Arashi. Yang aku tahu, macam familiar jer muka Jun tu. Dia la tolong check tiket segala. Banding dengan tiket dia. Itupun dia cakap Jepun dengan K.Ina. Mujur K.Ina tahu sikit2 dan ingat nak cakap macam mana. Diaorang ni haram x tau bahasa Inggeris langsung. Ke diorang tau tapi xnak cakap bahasa Inggeris langsung pun boleh jadi jugak kan?...tapi yang tolong beria ialah si Jun tu la. Sampai dia panggil pengawal (ke pengawas) keretapi untuk tolong kami. Last2 dia mintak pengawal tu bagi kami duduk kat seat bahagian belakang sebab gerabak tu kosong banyak. Mujur. Tapi x logik la jugak nak suruh kami turun sebab keretapi tu sedang bergerak dengan sangat laju dan tak berhenti di stesen lain kecuali stesen Tokyo. N'EX ni memang laju giler. Tiket pun mahal giler...haha..yen3,020 sehala dari Narita Airport ke Tokyo Station...mahal kan?

Bila dah duduk kat seat belakang, barulah perasan itu kumpulan Arashi. Tapi xdelah excited bila tersedar jumpa dengan artis Jepun pun. Baru jer melepasi tahap panik yang kronik kan. Cuma sempatlah cakap 'arigato gozaimasu' + 'sumimasen' kat Jun sebelum kami bergerak ke seat belakang tu. Dia sorang jer yang baik dalam group dia. Yang lain macam nak telan jer kami. Lepas sampai kat stesen Tokyo pun kami nampak group Arashi ni lagi tapi kami jalan ke arah lain. Xmo bertembung..haha..

Itulah ceritanya...korang percaya tak nih? tak percaya pun takpe...xde hal. Aku cerita jer.

Bagi aku trip ke Tokyo lebih mencabar kalau nak dibandingkan dengan trip ke Korea. Sebab? Papan tanda dalam bahasa Inggeris sangat kurang. Pastu orang2 Jepun ni terlalu mencintai bahasa kebangsaan diorang. Sikit pun xnak cakap bahasa Inggeris. Macam seolah-olah kalau cakap bahasa Inggeris tu bermakna diorang x sayangkan negara diorang. Jadi nak tanya diorang apa2 punyalah payah. Jenuh tergeliat lidah cakap Jepun.

Mujurlah sekali jer tersilap naik keretapi. Selamat pergi sampai Karuizawa + Yokohama tanpa bertanya pada orang Jepun dah. Itulah pengalaman dan cabaran kan bila pergi trip sendiri. Xde tour guide, gamble jer la...pastu kena ingat, bukan semua orang atau semua tempat mesra pelancong. Maknanya bukan setiap orang yang kita tanya tu nak tolong kita. Ada yang nampak dari jauh dah paling muka ke arah lain sebab takut kita tanya kat diorang...gitu...

Weekend ni, aku ada kursus di Langkawi. Pergi 3 hari jer pun...pastu hujung bulan ada trip penutup untuk tahun ni. Tu jalan jauh sikit. Tapi xlah sejauh Korea ataupun Jepun. Itu nanti2 la kita cerita lagi yer...

Aku: to Mr. Jun Matsumoto, thank you for helping us! (bajet macam dia baca blog nih :-P) 

6 comments:

iqa tiqah said...

salam kak...sj goggle psl yokohama sea paradise terjumpa blog ni...waaa kira akk da pernah nampak face 2 face dgn arashi la ni.waaa urayamashiiii (jelesnya)...sy fan diorang haha...

spectra BLUE said...

Salam. Saya fan Arashi. Cuma nk bagitau yg pasal diorg boleh speaking ker x..actually diorg boleh speaking tp sikit2 jek except Jun n Sho yg 2 nie boleh speaking. Tp maybe sbb diorg dengar mcm foreigner ckp english terlalu high level so mcm diorg x boleh nk bercakap la. Maybe tu yg menyebabkn diorg nmpk muka mcm nk telan org kot..hahaha..lgpon japanese mmg xkn speaking english kt tmpt dia sendiri melainkan kalau kita speaking english tp ikut intonasi diorg n campur2 sikit dgn japanese words. Anyway you have an experienced to meet them and you know how to do if you come again to Japan right. :)

marstories said...

iqa tiqah: jumpa artis popular time tengah panik mana la best..haha..

spectra blue: oh ye ke? tapi akak ada la tanya kat diorang waktu tu; can anybody speak english? semua buat tanda X..haha..xperlah..maybe next time pegi Jepun xde dah nak jumpa diorang kan..

Santiya Parthippen said...

wah.... kalaulah saya kat sana...conform pengsan terus~

marstories said...

santiya: kalau pengsan lagi haru...dahlah duduk tempat diorang...haha...mujur cuma panik sampai terlepas pandang yang diorang tu artis...:P

Melancong Ke Jepun said...

Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com