Be My Friend :)

27 May 2014

#67: Recap

Salam...

Apa khabar? hehe...lama x update kan? xde masa sebenarnya. Sebab last 2 weeks sibuk dengan sukan dalaman ofis aku...pastu sebagai ajk kelab ofis, aku sibuk pulak uruskan hari keluarga ofis yang telahpun selamat diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Sibuk la beli hadiah untuk cabutan bertuah, balut hadiah untuk sukan dalaman, buat nombor cabutan bertuah, cari doorgift, buat buku program, buat persiapan itu ini...fuhh...letihnya Allah sahaja yang tahu...

Tapi the best part is...untuk sukan dalaman, group aku jadi juara untuk acara boling berpasukan & jatuhan pin terbanyak kategori wanita pun menjadi milik aku...hehe..hadiahnya? baucer KFC & tupperware (bukan ori :P)...hehe..jadilah..ok gak kan? dan untuk cabutan bertuah di hari keluarga, aku dapat ini:

Alhamdulillah....:)

Berbaloi la berpenat lelah...hehe..dan hari Ahad lepas pulak birthday aku & anniversary aku yang ke-12...sambut bertiga seperti selalu..cuma kali ni di Secret Recipe Plaza Gurney...



Dan dapat hadiah dari Mr.Hubby (wajib) hehe...:P

Minggu ni, masih ada tugas yang menanti...jadi ajk untuk kejohanan boling yang akan berlangsung pada hari Sabtu nanti pula. Tapi sibuk kadang kala ok juga kan? Sekurang-kurangnya boleh divert rasa sakit hati pada perkara-perkara yang lain. Tak sempat pun nak fikir. 

Sakit hati pada siapa? alah...pada ofismate aku tu la..akak udang galah tu tak habis2 buat cerita pasal aku pada ofismate yang lain. Diorang pulak cerita balik pada aku. Dia tak puas hati bila aku tak cakap dengan dia. Kalau korang jadi aku, apa korang nak buat? Dia tiap2 minggu kutuk aku, jaja cerita kat orang, aku pulak tau, boleh ke aku berpura2 tak tau dan cakap dengan dia seperti biasa? Aku mungkin bukan jenis yang mulut laser yang boleh pergi serang orang. Tapi aku bukanlah hipokrit. Dia dah sakitkan hati aku, dah cukup baik aku x bercakap jer dengan dia. Tak payahlah dia buat cerita yang dia dah cuba tegur aku tapi aku yang menyombong buat tak tahu! Tak pernah okey...sekali pun dia tak pernah berusaha nak bercakap dengan aku pun...pakai tudung labuh tapi perangai?

Aku rasa yang jadi sebab dia sakit hati pada aku tu sebab aku tak dapat nak pinjamkan duit pada dia masa kat Kuching hari tu. Duit dia dah habis awal sebab shopping banyak sangat. Pastu sengaja tak bawa kad bank sendiri sebab takut terbabas shopping. Tapi dek membeli terlampau banyak, duit yang dia bawak tak cukup juga. Mintak pinjam dengan aku tapi malangnya aku tak dapat bagi sebab duit aku pun ada ngam2 jer untuk aku. Siap tanya...dalam bank aku xde ke duit? amboi..aku dahlah awal bulan 4 hari tu dah pegi Busan...pastu hujung bulan yang sama pergi Kuching pulak. Mestilah trip kedua dalam bulan yang sama, duit dah ciput. Kalau ada, mesti aku dah bagi. Dia pulak lepas berjaya pinjam kat ofismate yang lain, siap perli aku lagi..."masa kita susah macam ni, barulah kita tahu kawan kita tu macam mana!"..amboi...siap cakap kuat2 bagi aku dengar...hati aku? macam kena hiris!

Sekarang ni ayat dia.."biarlah...Allah Maha Adil...bila jadi macam ni, barulah kita kenal yang mana kita boleh buat kawan, yang mana kita tak boleh buat kawan. Biar Allah jer yang balas!"...kemain ayat dia buat cerita kat orang!...bukan aku ker yang sepatutnya cakap macam tu? macam2 kan? Aku pulak rasa...tak perlulah kot aku nak explain kat orang aku macam mana. Yang rasa aku macam yang dia ceritakan, terpulang. The choice is yours kan? Kita pun bukan boleh control fikiran orang. Cukuplah Allah tau...

Kadang2 benda2 macam ni boleh buat aku hilang mood. Tapi bila fikir2 balik, hidup aku, Allah yang tentukan. Lagipun ada banyak juga benda yang baik berlaku pada aku di sebalik peristiwa ini..contohnya juara boling berpasukan, dapat jatuhan pin terbanyak, dapat hadiah cabutan bertuah dalam kategori 10 hadiah terbaik, birthday & anniversary aku & dapat hadiah istimewa dari Mr. Hubby..kan? Oh yer, bulan lepas juga lepas balik dari Kuching, aku dapat Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun lepas. Alhamdulillah...after 15 years dalam perkhidmatan awam...so dapat Sijil Penghargaan & Sijil Simpanan Premium BSN RM1k sebagai hadiah!..See...banyak benda yang baik kan?..Allah duga aku sikit...tapi bagi aku benda yang baik lagi banyak...Alhamdulillah...& moga aku terus tabah & sabar mengharungi hidup ini...amin...

2 comments:

Naja Naja said...

Rinie.. sakit hati memang sakit tapi percayalah kakak tu hidup dia tak best pun macam hang.. sebab tu dia takdak topik nak cakap pasal diri sendiri.. nak bercakap dengan orang pun kena guna nama hang gak. Kurang kasih sayang tahap kronik dah tu.. sibaik dalam opis aku takde macam tu !

marstories said...

Naja: Aku pun walau sakit hati malas nak buat serangan balas. Biarlah dia nak bercerita. Macam x logik jugak nak lawan dengan orang yang umurnya dah 59 tahun pun kan...