Be My Friend :)

17 April 2014

#64: Kalau ikutkan hati


Salam... :)

Dimulakan dengan gambar akak kat Busan last 2 weeks. Gambar ini diambil oleh K.Ina menggunakan kamera hp dia. Dia paksa berdiri kat dinding kedai roti sebab katanya cantik gambar2 donut strawberry tu. Ikutkan jer..dan lepas edit..eh! lawa gak...hehe..

Memang nak cerita pasal trip Spring in Busan...tapi malas nak edit gambar2. Lagipun...kalau ikut aturannya, kena update pasal kenduri adik aku dulu. Tapi gambar2 kenduri kawin pun belum habis edit...pun sebab malas juga... :P sabarlah yer...

Terlanjur cerita pasal traveling ni, aku nak terangkanlah sikit...iaitu...walaupun kadang2 korang tengok aku ada pegi traveling oversea, itu tidak bermakna aku ni kaya bangat. Kalau setakat traveling ala backpacking macam aku selalu buat ni, aku rasa semua orang pun boleh buat. Antara nak dengan tak nak jer kan?

Kaki jalan macam aku ni, xder la nak tunggu duit berkepok2 baru boleh pergi berjalan. Selalunya bila ada idea nak jalan ke mana2..aku akan survey dulu harga tiket. Bukan nak pergi berjalan lagi 2-3 bulan, baru nak cari tiket. Memang tak la kan sebab memang akan dapat tiket flight yang agak mahal nanti...contohnya macam short trip ke Busan ni, tiket dah beli dari pertengahan tahun lepas lagi dah. Masa tu lepas duit tiket flight jer pun. Itupun bertuah sebab dapat time tiket murah... :P

Bila dah dapat tiket flight, baru pelan2 buat perkara yang seterusnya iaitu booking hotel & research tempat2 yang best untuk pergi dan macam mana nak pergi tempat tu. Tapi sebab sementara nak tunggu tarikh nak terbang tu ada lagi tempoh berbulan2 lamanya dan sibuk juga dengan aktiviti2 seharian yang lain, research tu kadang2 buat sikit, pastu tinggal...pastu sambung lagi buat...gitu...sampailah dah tinggal 2-3 hari lagi nak bertolak barulah siap detail planning aku tu...hehe..

Aku faham...kadang2 orang tak boleh nak faham kenapa best sangat pergi jalan ni. Habis duit tu dah tentulah kan? tapi sama la juga kalau orang tu minat gajet ke misalnya. Dia jer faham minat dia dan x rasa pulak membazir kalau dia ikut perkembangan gajet kan. Sama la jugak kalau orang minat photography misalnya...dia tak kisah pun kalau habis beribu2 beli kamera yang dia nak..betul tak? So apa yang aku nak cakap, minat kita sebagai manusia ni berbeza-beza. Ada yang suka kumpul tudung cantik2..ada yang suka beli barang kemas...ada yang suka kereta...macam2 la..

Means, aku pergi jalan ni, x semestinya sebab aku banyak duit. Tapi mesti la kena ada duit kalau nak pergi jalan kan? hehe..cumanya xdelah mendesak sangat nak tunggu duit banyak2 baru boleh pergi. Cukup untuk duit hotel, transportation & makan kira ok dah tu sebab tiket flight dah beli dari awal so x payah nak kira lagi dah. Pada aku, traveling itself dah macam satu reward untuk aku. Maknanya, dapat pergi travel tu dah memadai. Tak semestinya bila pergi jalan jer kena ada duit untuk shopping sekali... kalau kira macam tu, mana2 pun susah la nak pergi sebab bukan senang nak kumpul duit sampai membukit...kan?

Aku cerita macam ni sebab aku mendengar pelbagai persoalan dari orang lain tentang minat aku ni. Aku tau bukan semua orang boleh faham kita. Kita pun sama, tak boleh nak faham semua orang. Tapi as long as aku guna duit aku sendiri untuk pergi traveling pastu balik tu aku pokai tapi aku tak pernah minta orang lain tolong aku, so biarkanlah aku buat apa yang aku suka. Boleh? Lagipun, selalu pergi jalan pun dengan partner perempuan yang sama jer. Kalau tak K.Ina, Dee adik aku tu...takpun dengan anak perempuan aku Nasrin...xde libatkan mana2 lelaki dalam group aku kecuali trip Bandung hari tu ada bawak adik lelaki aku sekali sebagai bodyguard. Mr.Hubby aku tak ikut sebab dia kurang minat dan dia sayang duit dia. Lagipun, K.Ina solo...tak bestlah aku bawak dia tapi aku ada hubby ikut sekali, dia pulak xde hubby. Kan?

Jadi, pergi traveling guna duit sendiri 100% dan pergi dengan geng perempuan, kat mana salahnya? Cer bagitau aku. Kalau balik dari traveling tu aku pokai, itu masalah aku sendiri. Takde pulak aku mintak sapa2 tolong aku...kan? so please...  
Cherry Blossom; gambar yang diambil sendiri dengan kamera hp Samsung Note 2 aku :)

For me, pergi berjalan dan dapat cari sendiri tempat2 yang kita lawati, is priceless! satu kepuasan yang tak boleh nak diterangkan secara khusus kepada orang lain. Tambah-tambah lagi kalau orang tu tak minat pun traveling. Hanya orang yang punya minat yang sama jer faham perasaan itu...got it?

Aku: kalau ikutkan hati, ada banyak sebab boleh buat modal bergaduh. Mujur sabar mengatasi perasaan...

2 comments:

Naja Naja said...

I got it! Hehe

Yg dok persoal tu rasanya diapun nak pi redah mana2 mcn gang buat rinie, tapi tak cukup keberanian dan terlalu banyak beralasan..

Rose Azadir said...

anyway Assalamualaikum saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...