Be My Friend :)

23 November 2013

#46: Tokyo - Aku Datang

Gambar: Hoshinoya-Karuizawa, Japan from www.xoprivate.com

Salam... :)

Hari ni, insyaAllah aku, K.Ina and my daughter Nasrin akan bertolak ke Tokyo for year end trip kami selama 8 hari (termasuk perjalanan). Kiranya ini trip penutup untuk tahun ini bagi aku setelah ke Langkawi (kursus), Kota Kinabalu & Kundasang (trip ofis) & Kota Bahru, Kelantan (sukan ofis) di sepanjang tahun ini.

Itu trip yang 3 hari ke atas jer la. Kalau takat pergi KL aku x letak la dalam senarai tu sebab pegi KL for interview & exam paling lama pun 2 hari jer..hehe..tu x kira la kan...so doakan semoga perjalanan dan urusan kami di sana dipermudahkan yer! Aku berharap dapat memberikan pengalaman baru yang baik-baik saja kepada Nasrin since ini pengalaman pertamanya ke luar negara...selama ni, asyik kena tinggal jer kan...hehe...sian dia.. :P

Untuk trip ni, mengikut plan awal..aku cadang nak explore Tokyo, Karuizawa & Yokohama. InsyaAllah boleh kot..hehe..cuba dulu ikut itinerary asal kan....moga2 kesampaian la...nanti dah balik aku cerita pasal trip ini yer... :)

Aku: Yeay! :)

18 November 2013

#45: Terbang

Salam.. :)

Akhirnya sampai saatnya aku boleh kata: "minggu ni dah nak terbang!" yeay!!... :) hehe... iye la...punyala menghitung hari sampai minggu lepas terdemam2 dibuatnya. Bukan aku jer demam, nasrin pun demam. Dia lagi sakan punya demam. Badan panas pastu muntah2. Makan sikit muntah, minum sikit pun muntah. Aku dah cuak dah masa tu. Teringat yang tarikh nak berangkat dah dekat. Kalau dia x sihat macam mana? kan?

Tapi Alhamdulillah...minggu ni dua2 orang dah sihat :) Nasrin pun dah xde muntah-muntah lagi dah. Cumanya dia agak kurang selera makan. Makan sikit jer pastu cakap dah kenyang. Itupun lepas dipujuk2 soh makan dan makan pun kena bersuap. Anak sorang..sabo jerlah melayan...aku pun dah beli Scott Emulsion & vitamin C untuk tambahkan selera makan dia balik. Bukan apa, sebab dah biasa tengok dia makan lalu jer, tetiba tengok x lalu makan camtu.. susah hati la pulak kan...(mak2 camtu la).. :P

Anyway, minggu ni kerja lagi macam biasa walaupun mood dah ke lautttt katanya...hehehe..
  
Aku: 4 hari lagi :) :) :)

06 November 2013

#44: Autumn In My Heart

Salam... :)

gambar: dari google :P

Dah masuk pun bulan November kan? hehe..honestly kan, bila masuk jer bulan November, mood aku nak pergi kerja pun dah berkurangan...yang aku rajin buat ialah hari2 tengok kalendar...haha :P

Kenapa? Korang pun tau kan, tahun lepas masa hujung autumn/awal winter aku ke Seoul kan dgn my sis Dee dan K.Ina? Sempat la rasa dua musim walaupun x jumpa salji masa tu. So tahun ni, InsyaAllah, nak berjumpa lagi hujung autumn dan awal winter di negara lain pula. Itu yang rajin sangat tengok kalendar hari2 tu...beg pun dah siap packing...tu yang xde mood nak pergi kerja lagi dah...hahaha...dasar!

Persiapan awal macam booking flights & hotel dah buat seawal bulan Februari yang lalu. Iyerlah..dah kaki jalan tu, balik jer dari Seoul dah mereka-reka nak pergi mana pulak lepas tu. And after considering a few options, akhirnya aku ngan K.ina sepakat nak pergi tempat yang kami nak pergi bulan ni... :)

So lepas tu, mulalah buat research dan baca macam2 info. Buat catatan...baca lagi...catat lagi..then buat detail planning. Korang pun tau kan, aku ni nama jer suka pergi backpacking..tapi jenis yang suka buat detail planning supaya x sesat di negara orang. Lagipun mudah bila buat detail planning sendiri ni...hari2 dah ada plan nak ke mana dan macam mana. Xdelah hilang arah atau masa tu baru nak cari jalan nak ke tempat tu. Risau membuang masa mencari on the spot. Yer la..peluang nak jalan2 ke negara orang ni bukan senang juga nak dapat...kan?

Lepas dah buat detail planning, cari buku2 yang berkaitan pulak..macam guide book & phrase book. Dan download applications yang mungkin dapat membantu dalam henfon sesiap. Pergi negara orang yang tidak begitu menggunakan bahasa Inggeris ni, selalunya memberi cabaran sebab language barriers kan..jadi kena ready dengan alat bantuan sendiri dulu sebelum guna the last option iaitu bertanya kat orang tempatan...hehe..kalau boleh, itu yang aku nak elak sangat sebab aku pun x terer nak cakap dan faham bahasa diorang tu...haha..

Macam masa kat Seoul hari tu, ada sekali tu, aku dan K.Ina tanya kat pekerja kedai serbaneka kat stesyen subway kat mana nak isi T-Money Card. Memula tu elok jer aku cakap english dan dijawab dengan bahasa Korea...dek kerana bercakap macam ayam dan itik dan bantuan tunjuk arah, aku faham la yang mesin top-up kad tu ada kat tingkat bawah...terus terkeluar... "oh..kat bawah yer?".. terkeluar bahasa Malaysia terus! hahaha...dan elok ler pun orang Korea tu jawab "ne..ne.." maknanya dia cakap "yer, yer"..faham pulak dia aku cakap bm..hahaha...aku & K.Ina tergelak secara spontan lepas tersedar aku tercakap bm dengan dia..hehe..tu la akibatnya bila lidah dah tergeliat cakap english & korea bercampur2..terus terkeluar bm sekali..hahaha..

Ok...berbalik pasal cerita nak pergi backpacking bulan ni...since planning dari awal tahun, so persiapan dah buat sikit2 setiap bulan. Barang2 asas macam pakaian tu memang guna yang sedia ada jer la. Cumanya aku kena beli barang2 keperluan untuk Nasrin pulak sebab kali ni dia akan ikut sekali. Training new member kaedahnya..hehe...and dalam bulan lepas, dah beli stok2 makanan dan ubat-ubatan, renew passport & buat passport untuk Nasrin dan hantar permohonan ke luar negara. Settle bab tu semua, mulalah packing bag untuk aku dan Nasrin... :) tu yang masuk jer bulan November dah x senang duduk tu..haha..si Nasrin pun x habis2 tanya, bila sekolah nak start cuti..hehe..

Kesimpulannya, aku berharap, semoga perjalanan trip kali ini juga akan dipermudahkan...insyaAllah..dan berdoa moga-moga lepas ni, dapat diberi peluang untuk berbackpacking ke tempat lain pula...amin...hehe..

Aku: 16 hari lagi...and kepada sorang kawan yang telah berlepas ke Seoul sekali lagi untuk 2 minggu secara solo...akak doakan moga segalanya dipermudahkan, jaga diri & enjoy yer! ambil gambar banyak2 dan jangan lupa tunjuk kat akak nanti! haha..