Be My Friend :)

23 July 2013

#36: Kisah di bulan puasa

Salam... :)

Macam mana puasa korang? ok? Aku macam biasa jer. Puasa2 ni, idea pun kering. Tu pasal la xde entry baru...haha.. Ada jugalah snap gambar lauk berbuka..rasa nak letak dalam blog mulanya..pastu x jadi..sebab rasa cam 'eh! xyahlah...lauk pun beli jer nih'..gitu...hehe..

Tapi ni ada la satu cerita gak nih nak cerita kat korang...gini, last week kan, ada sebuah syarikat ni dok call aku...katanya nak jemput aku menghadiri majlis pelancaran produk terbaharu syarikat diorang ni kat sebuah hotel di Bukit Mertajam. Diorang buat majlis ni selama 4 hari starting hari Khamis hingga hari Ahad. So diorang jemputlah aku datang ke majlis ni dan boleh pilih nak datang hari apa. Semasa majlis itu nanti, aku boleh bertanya apa sahaja mengenai produk terbaharu syarikat diorang ni dan selepas itu sebagai cenderamata, diorang akan bagi pakej penginapan hotel 3 hari 2 malam di 10 tempat pilihan di Malaysia. Wah...kelas tak?

So memandangkan weekdays adalah hari bekerja, maka aku setuju la nak hadir majlis diorang ni di hari Sabtu (yg lepas) walaupun dalam hati cuak jugaklah macam mana syarikat ni boleh dapat no. hp aku nih kan?!..tapi dek xmau bersangka buruk dan nak juga tengok apa produk baharu yang hendak dilancarkan tu maka 'kawtim' la dengan Mr. Hubby supaya hantar aku ke tempat pelancaran tu. Kalau tengok nama syarikat, aku memang xde idea langsung nak teka yang syarikat ni jual produk apa. Maka dipendekkan cerita, sampai di hotel tu, aku yang ditemani My Daughter terus la ke dewan tempat majlis itu berlangsung. Mr. Hubby xmo ikut..dia lebih rela pegi shopping barang dapur kat supermarket bersebelahan hotel tu...hehe..

Sampai kat luar dewan yang berada di tingkat 3, sunyi jer since dewan2 yang mula2 tu x digunakan. Bukan aku jer cuak, anak aku pun dok tanya "eh! betul ke ni mama?".."betul kot..jom jalan depan lagi" ajak aku sambil pegang tangan dia. Standard la, hotel kan banyak dewan2 kat satu floor, bila x digunakan, macam menyeramkan tau...

Elok sampai kat depan dewan 3, ada seorang perempuan di meja pendaftaran. Dia pun macam mengantuk jer sebab tunggu orang datang kot. Elok nampak aku, ceria la dia soh aku isi borang pendaftaran dan mintak aku tunggu sebentar di luar dewan sebelum dia masuk ke dalam dewan tu sambil membawa borang pendaftaran yang aku isi tadi tu. Setelah 5 minit menunggu, barulah dia jemput aku masuk.

Dalam dewan tu, xde macam pelancaran produk pun tau! cuma ada meja2 yang disusun secara selari dan tiap2 meja ada orang sedang memberi penerangan. Aku dan anak aku diminta duduk di sebuah meja yang kosong bersama dengan budak perempuan yang soh isi borang pendaftaran tu tadi...dia mulalah tanya, kenapa suami x datang sekali. Aku jawab jer suami ada hal yang tak dapat dielakkan. Mengangguk dia tanda faham dan kemudiannya dia pun memulakan penerangannya....

Korang tahu tak yang sebenarnya itu bukan majlis pelancaran produk baharu pun! syarikat ni, syarikat iklan digital. Diorang ni tengah cari share partner untuk business diorang ni. Share partner yang dimaksudkan ialah, orang awam keluarkan sejumlah wang untuk pembelian tv yang akan diletakkan di restoran-restoran dan syarikat ni akan menguruskan mengenai iklan yang akan disiarkan menerusi tv ni. Kontrak adalah selama 3 tahun dan selepas itu, tv akan dipulangkan kepada orang yang keluarkan modal untuk beli tv tu. Dalam masa 3 tahun ni, setiap bulan, syarikat ni akan bayar keuntungan daripada iklan yang disiarkan itu atas kadar 50-50 antara syarikat tu dengan kita. Means, lagi banyak modal yang dikeluarkan untuk membeli tv untuk tujuan pengiklanan ni, maka akan banyaklah keuntungan yang akan diberikan oleh syarikat ini setiap bulan.

Selesai menerangkan mengenai perkara ini, budak perempuan tu tanya, "akak faham tak apa yang saya cakap tadi? sebab saya tengok akak macam boring jer!"...aku jawab, "faham dan akak x boring pun..cuma sedikit confused sebab masa wakil syarikat ni call hari tu, cakap yang ini majlis pelancaran produk baharu syarikat ni. Tetiba cerita pasal benda lain pulak! patutlah tak nampak macam majlis pelancaran pun!"...kan?

Budak perempuan tu gelabah..."eh, ye ke kak? xperlah,kalau akak dah faham, saya panggilkan manager saya untuk cerita mengenai syarikat kami pulak yer... pastu manager dia (lelaki) pulak datang ke meja tu dan beri penerangan tentang syarikat tu sebelum adik tu sambung balik penerangan dia dan kemudiannya panggil manager (lelaki) yang lain pula untuk cerita pasal pakej tv tu.

The second manager yang bagi penerangan tentang pakej tu ada bagitau, yang selepas penerangan ini, aku kena buat keputusan on the spot sama ada nak join jadi business partner diorang ni ke tak...tapi apa jua keputusan aku, diorang akan tetap bagi pakej penginapan hotel 3 hari 2 malam yang telah dijanjikan sebelum tu. Memang cepat jer la aku cakap 'TAK' bila dia habis bagi penerangan dia...

Gila kot. Salah satu pakej dia, aku kena keluarkan modal sebanyak RM21,900.00 untuk kos 4 tv yang akan diletakkan di 2 buah restoran di 2 lokasi. Diorang akan uruskan bahagian pengiklanan. Aku boleh tengok tv2 yang dibeli dari modal yang diberikan tu di restoran2 tersebut bila aku turun ke KL sebab business diorang ni kat KL jer dan aku pulak kat Penang. Setiap bulan diorang akan masukkan RM1,800.00 dalam akaun aku sebagai keuntungan dari iklan2 yang disiarkan menerusi tv yang aku beli tu.

Tapi persoalannya di sini, RM21,900 tu jumlah yang kecil ke? dan kalaupun aku ada duit sebanyak itu, takkan dengan mudahnya aku nak laburkan kepada business dari company yang aku tak tau apa2 pun. Dahlah memula tu dah tipu aku dah bila kata tu majlis pelancaran produk terbaharu tapi alih2 takde produk pun yang syarikat ni keluarkan. Betul tak?

Bila aku cakap, manager ni macam fed-up kot sebab x dapat nak influence aku supaya join business diorang. Terus dia soh budak perempuan yang memula tadi prepare voucher penginapan hotel itu untuk beri pada aku. Masa adik tu bagi voucher tu, dia tanyalah, "kenapa xmo join kak?, ambil la pakej yang paling rendah...untuk satu tv cuma keluarkan RM5,900 jer"..amboi...RM5,900 jer...senang jer cakap..

Aku jawab la.."manalah akak nak cari duit banyak2 tu? dah pulak ni dah nak raya ni. Akak pun kerja kerajaan jer, gaji bukan tinggi sangat. Ni pun tengah tunggu kerajaan nak bagi bantuan raya ke tak untuk raya ni. Baju raya pun tak beli lagi tau!" adik tu jawab, "oh..iye la..tapi kan kak, kalau akak xde cash sekarang ni, akak boleh bayar setengah dulu, pastu baki bagi kemudian ataupun, bayar dengan credit card"...nak try jugak lagi tu! aku jawab jer, "takper, terima kasih ajelah"...dan terus keluar dari dewan tu..

Masa keluar, manager yang bagi penerangan tentang pakej tu ada kat luar. Masam jer muka dia tengok aku tapi aku pun buat tak tau jer. Bukan aku ada hutang dengan dia pun. Dia bagi penerangan mengenai business syarikat dia jer kan..tapi nak join ke tak join ke, was up to me. Suka aku la takmo join pun...kan?

Itulah al-kisahnya...panjang kan?..hehe...aku tak tau la nak labelkan yang syarikat ni sedang nak menipu orang awam atau business dia ni memang betul. Tapi mulanya dengan menipu jugalah sebab memula tu kata nak buat majlis pelancaran produk baharu....alih2 xde produk pun yang nak dilancarkan pun. Sebaliknya suruh orang buat keputusan on the spot nak join atau tidak the business lepas habis sesi penerangan. Kalau setuju, on the spot kena sign agreement dan terus buat payment mengikut pakej yang dipilih. Business apa yang tergesa2 sangat tu? Business yang sekecil2 pun kena buat kajian terlebih dahulu sebelum buat keputusan tau! Inikan pula business yang melibatkan RM5,900 ~ RM21,900 kan? takkan dengan selambanya orang nak keluarkan modal...betul tak?

Aku: Pengajaran untuk aku; lepas ini, x payah nak pergi pelancaran produk baharu dah...serik! :P

11 July 2013

#35: Entry bergambar

Salam... :)

Entry kali ini adalah berdasarkan gambar2 di bawah...hehe.. :P


Hari Khamis minggu lepas, aku join program derma darah kat tingkat bawah tempat kerja aku ni. Ini kali kedua aku menderma darah since July last year. Selesai jer segala pemeriksaan awal dan diberi tray di atas, hati pun mula start berdebar2..hehe..aku takut sebenarnya..tapi nak jugak derma darah...hehe..bila nurse suruh duduk di atas kerusi tempat derma darah tu, muka buat2 macam cool..padahal.....haha...aku tengok all the proses dari dicucuk dengan jarum yang kecil ke jarum yang besar...adooii...and selepas 20 minit, semuanya selesai dan diberikan cenderahati serta diarahkan untuk makan dan minum di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur...syabas! pada diri sendiri... :)


Hari Jumaat pulak, aku ikut ofismate aku pergi ke kedai kurma Yusof Taiyoob yang berdekatan dengan Padang Kota. Kelab ofis aku nak beli secara borong untuk diberi kepada semua ahli kelab sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak ni...kat kedai ni, selain daripada jualan secara borong, ada juga yang dijual secara loose dengan harga yang murah2 juga....fuhh..rambang mata tengok...macam2 nama kurma ada... :)

Dan aku 'terbeli' ni kat kedai tu... :)

Dan ini adalah antara juadah berbuka puasa aku semalam...Pisang Raja goreng...:) Pisang Raja ni aku bawa balik dari kampung aku last weekend. Kebetulan masa aku balik tu, mak aku baru jer tebang 2 tandan Pisang Raja ni. Apa lagi...bawak balik 3 sikat ke Penang...satu sikat bagi Mil..:)

Sedap tau pisang ni. Kalau kat Penang, belum pernahlah aku jumpa lagi pisang goreng tu guna pisang Raja..selalunya pisang Abu atau pisang Awak jer kan? X pun pisang Tanduk ke...kat Perak jer ada pisang Raja ni.. :)
Last but not least, perkenalkan...ini anak sedara aku...Farish namanya...balik kampung hari tu, sempatlah jumpa adik aku sefamily yang balik kejap dari Ipoh semata2 nak jumpa kami. Yer la...adik beradik pun, bila dah kerja dan duduk jauh2 ni susah juga nak jumpa kan?.. dah jumpa tu, sempatlah melayan si Farish ni main sementara parent dia pergi shopping kat pasar malam..hehe..

Aku: Baju raya sendiri dah settle, tinggal lagi nak beli tudung yang match dengan baju jer la.. :)

02 July 2013

#34: Kisah Kursus dan Hujung Minggu

Salam... :)

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Julai kan? Minggu depan dah nak start berpuasa dah pun. Aku pun semenjak dua minggu ni bizi tak ketahuan sket..hehe..tu pasal xde update. Macam minggu yang aku exam 3 hari hari tu, disambung pula dengan Kursus Pengukuhan Pasukan selama 3 hari di Hotel Hydro Batu Feringghi. Penat usah cakaplah. Dah nama pun kursus pengukuhan pasukan kan? maka aktivitinya banyak yang outdoor dari indoor. Dahlah masa tu tengah jerebu. Tak pasal2 start dari hari pertama kursus aku dah sakit tekak dan seterusnya selesema. Nak bernafas pun susah. Buat pulak aktiviti outdoor yang memaksa turun naik tangga dan berlari-lari...lagilah aku tak boleh nak bernafas..tercungap-cungap antara nak bernafas dan kepenatan..fuhh..

Paling aku tak suka ialah dari hotel nak kena berlari ke pantai...kena seberang jalan, kena naik turun tangga...adooii...nak tercabut lutut dibuatnya. Sebab dah tua kot kan..jadi stamina kurang. Nak pulak tak pernah bersenam. Tetiba dipaksa dan terpaksa berlari dan turun naik tangga memang semput dibuatnya. Tambah2 lagi kesukaran bernafas dek kerana selesema lebih memburukkan keadaan masa tu. Tapi nak tak nak kena buat juga. Hari akhir berkursus, ada explorace la pulak. Setiap group kena selesaikan aktiviti di setiap check point sebelum boleh bergerak ke check point yang lain. Pada aku, ini la aktiviti yang paling memenatkan dalam keseluruhan kursus hari tu. Turun naik tangga double dari aktiviti2 sebelumnya tu..

At the end, group aku yang last sekali sampai ke garisan penamat..haha...semua pun jalan lenggang kangkung dah masa kat check point yang terakhir. Dah tak larat tahap gaban. Aku apatah lagi...badan dah panas, mata dah tak larat nak buka pun...selesai acara penutup, balik ke bilik, mandi dan check out. Sampai jer lobi hotel ternampak Mr. Hubby tengah buat pusingan dekat depan pintu masuk hotel. Terus tak jadi nak letak beg untuk makan tengahari kat ballroom hotel kat tingkat bawah. Terus jer bye2 kat K. Ina dan bergerak ke kereta...nak balik! uwaa...

Masuk kereta, catch up sikit2..pastu terus zzzzz...tertido sepanjang perjalanan tu sampailah dah masuk kat area rumah. Demam selesema buat aku jadi letih sangat tau..terus tak sedar diri. Mr.Hubby & My daughter pun kesian tengok aku kot..sorang pun xde buat sebarang usaha nak kejutkan aku atau sembang2 dengan aku...haha...sampai rumah, terus sambung tidur lagi sampai petang...lupa terus makan tengahari dek kerana demam selesema tu..

Seminggu jugaklah suara aku ada, then xde dek sakit tekak & selesema tu. Dan akhirnya lepas dah sihat sket, last weekend sibuk pulak dengan Kejohanan Tenpin Boling Berpasukan, Piala YB. Pegawai Kewangan Negeri kat Megalanes, Seberang Jaya. Aku jadi ajk jer. Tapi dalam jadi ajk tu, sempat juga main 6 games...giler kan?...walaupun balingan ke laut jer...tapi penatnya usah cerita la...rasa nak tercabut tangan dibuatnya...hehe..balik rumah aku ngan My daughter pengsan terus...sebab dia ikut aku...jadi dia pun terpeleot sama la...haha...

Itu cerita hari Sabtu...so hari Ahad pula sesi beli kain baju raya untuk Mr. Hubby & My Fil...itupun baru nak pilih warna apa tema raya tahun ni bila dah sampai Kamdar...haha...dari rumah xde specific colour pun yang dipilih. Maklumlah...tiap2 tahun buat baju melayu...sampai boleh kata semua warna dah ada...haha...tapi magiknya, sampai jer kamdar, tak sampai setengah jam, dah selesai pilih kain untuk sefamily dan bayar...wahhh...aku sendiri pun kagum...setuju sebulat suara gitu..aku yang pilih sebenarnya...hehe...  

Itulah ajelah ceritanya...selamat berpuasa yer korang...:)

Aku: tiap2 hari mesti tertengok website airlines...pastu sesaja 'tersearch' flights...apakah?...hehe...