Be My Friend :)

18 June 2013

#33: The Result

Salam... :)


Kat atas tu adalah keratan result exam yang aku nanti2kan since 3 bulan yang lalu. Exam ni aku ambil kat KL back on March hari tu. Alhamdulillah...lulus ketiga2 paper...& yeay! to me... hehe.. :)

aku: untuk exam minggu lepas, kena tunggu lagi 3 bulan untuk resultnya..huhu...lamanya...:P

13 June 2013

#32: Exam (lagi?)

Salam... :)

Minggu ni gigihlah aku kelebek buku2 ni. Ada exam. Bermula dari seminggu sebelum tu gigih mencari buku2 ni kat kedai buku. Jenuh. Tak semua kedai buku ada jual buku2 rujukan kerajaan ni. Merata la kedai buku aku cari. Pastu akta-akta yang tak dijual, atau xde kat kedai buku, aku cari dan print pulak dari internet. Jadilah dari tak ada rujukan langsung. Dah tentu2 aku tak boleh nak jawab exam kalau xde buku rujukan ni semua... :P

Ambil exam ni sebenarnya Plan B aku. Plan A is mintak kursus JPA ke Korea yang hari tu aku pergi interview tu. Oleh kerana Plan A fail sebab 'tidak berjaya' dalam interview hari tu, maka kenalah proceed with Plan B pulak...iaitu, amik exam kpsl + pergi kursus pengukuhan pasukan next week (ala...area2 Batu Feringghi jer pun :P)

3 hari exam ni tau start hari Selasa lepas. 3 papers semuanya and today was the last paper. Kesimpulannya? Boleh la kot...rasa macam boleh jawab jer (atas bantuan buku rujukan). Moga-moga luluslah. Yang exam lain aku ambil bulan 3 hari tu pun belum dapat result lagi. Entah bila result nak keluar pun tak taulah. Biar. Bulan depan aku nak pergi ambil lagi sekali exam tu walaupun result tak keluar lagi...hehe...(keje pegi exam jer aku nih kan?)...itupun kalau JPA benarkan aku ambil exam tu la sebab result belum keluar...mintak jer la kan.....hehe...tahun ni tahun berusaha gigih dengan exam2 segala. Usaha. Bukan senang nak senang...ye tak?..

Aku: siap pergi pinjam buku akta tanah kat pejabat tanah...mujur ada buku tu sebab ada satu soalan yang memang jawapannya ada dalam buku tu jer...:)..terima kasihlah En. Fendi... :)  

11 June 2013

#31: Games Pilihan

Salam... :)

Aku tengah giler main ni kat hp... :P


Bird Blast namanya...tu level yang aku tengah main sekarang...x lepas lagi level nih...kemain susah..hehe...memula main kat tablet pc anak aku. Sampai dia nak main games pun kena tunggu aku main dulu...pastu abah dia pulak pinjam nak main games lain...hehe..sian..sudahnya aku download jer games ni kat hp aku. Senang la sikit nak main...bebila pun boleh...xyah tunggu turn...hehe..

Aku: Drama Korea yang aku tengah tengok sekarang ni dan dijamin best ialah Gu Family Book (lakonan Miss A's Suzy + Lee Seung Gi)...terbaik.. :)

04 June 2013

#30: Safety First

Salam... :)

Semalam, masa dalam feri nak balik kerja, aku dengan x sengajanya (ker memang sengaja :P) terpandang motor dan tuan motor yang berada di hadapan aku. Seorang perempuan juga. Masa tu feri sedang merapat di tambatan. So memasing ada yang dah ready pakai balik helmet dan sebagainyalah. 

Yang buat aku terpandang dia tu bukan apa...masa tu perempuan tu sedang memasukkan handphone dia secara santai ke dalam handbag dia yang diletakkan di dalam raga motor dia. Xde la pelik pun kan? tapi cuba korang lihat pula dari segi keselamatan. Sesuai ke tak untuk handbag diletakkan secara selamba jer dalam raga motor? tak ke nanti menyenangkan kerja orang yang berniat untuk meragut? kan?

Aku bukan apa...cuma aku rasa, kadang2 kita secara tidak langsung terdedah dengan kes2 sebegini disebabkan oleh kecuaian kita sendiri. Betul tak? Tambah2 lagi bagi penunggang perempuan/wanita. Bukankah lebih selamat jika motosikal kita tu turut dilengkapi dengan box di belakang? Takkan beli motor mahal2 boleh, tapi box yang harganya yang lebih kurang RM150 harganya tu kita tak mampu nak beli dan pasang. Betul tak? Boleh simpan baju hujan, pam tayar mini, handbag dan barang2 lain dalam box tu. Risiko diragut pun boleh dikurangkan kepada 90%. Tak payah nak memberi risiko pada diri sendiri dari diragut atau menyebabkan beg kita tu basah terkena hujan dan sebagainya.  Kan?

Aku bukanlah nak promote box motor kat sini. Cuma sebagai memberi ingatan terutamanya riders perempuan/wanita. Macam kes yang aku nampak semalam tu, dahlah orang dalam feri tu (yang berhampiran dengan dia) dengan jelas boleh nampak dia masukkan handphone di dalam handbag dia, pastu handbag pulak letak kat dalam raga motor jer. Sangatlah selamba. 

Sesetengah tu sanggup la galas handbag kat belakang atau silangkan di bahu bila bawak motor. Kalau travel jauh, mau cramp bahu tu tau. Kan lebih senang dan selamat simpan dalam box kan? ker sebab diorang fikir, boh box kat motor menyebabkan motor jadi x sport? Apa la yang nak dikesahkan...safety first...sapalah nak tengok kita sport ke tak sport sangat pun... kalau orang ragut handbag dalam raga motor tu pastu siap tendang motor sampai tergolek atas jalan raya tu, sila salahkan diri sendiri dulu yer...

Aku: So moralnya, beringat sebelum kena....dah kena x guna dah... :)

03 June 2013

#29: My Daughter

Salam... :)

Hari tu, masa tengah cari2 gambar yang Mr. Hubby nak untuk pameran ofis dia, aku terjumpa gambar2 ni...


Gambar2 anak manja aku nan seorang itu...hehe.. :) Tahun 2008, umur dia 5 tahun, 2009, dia 6 tahun, 2010, dia 7 tahun...dan sekarang ni dah 10 tahun.. :)

Aku: xde story nak cerita kalau x pergi jalan2... :P