Be My Friend :)

30 April 2013

#24: Trip to Sabah

Salam... :)

Akhirnya setelah nak masuk sebulan, baru trip Sabah ni keluar...haha...sorilah...aku bizi tahap x ingat punya...ni pun setelah memaksa diri dengan jayanya nih..hehe..

Trip to Sabah ni seperti yang telah diberitahu sejak awal hari tu, adalah merupakan trip yang dianjurkan oleh jabatan tempat aku bertugas. Setiap tahun, kami diberikan peluang untuk memilih trip lawatan yang ingin diikuti. Makanya, untuk tahun ini, aku memilih untuk mengikut trip ke Sabah (tahun lepas aku pergi JB & Singapore). Trip ini disertai oleh 17 orang peserta kesemuanya yang terbang dari Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 10.30 pagi, 7 April 2013 yang lalu dan selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 1.15 petang (lebih kurang la...2 jam 45 minit dalam penerbangan) ...

Muka2 ceria kat airport sebelum terbang (sebelah aku tu k.ina...ada jer dia kat sebelah :P)

Memula tu cuak jugaklah nak ke Sabah ni lepas kejadian di Lahad Datu tu..kiranya sebelum pergi ni fikir macam2 la benda negatif. Tapi dek keterujaan nak ke Kota Kinabalu dan Kundasang buat pertama kalinya ni lebih kuat dan mengatasi kecuakkan tu, maka kami teruskan juga plan yang telah dirancang sebelum pencerobohan di Lahad Datu ini lagi dengan diiringi doa keluarga dan kawan2 kami...hehe...:)

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami dibawa oleh tour guide kami untuk menikmati makanan tengahari di restoran yang tidak jauh dari airport dan kemudiannya, dibawa ke apartment tempat kami menginap iaitu Marina Court Resort, Kota Kinabalu untuk check in terlebih dahulu sebelum anggota rombongan dibawa pula melawat ke Monsopiad Cultural Village. Hanya aku, k.ina & k.faezah memilih untuk tidak mengikuti rombongan ke sana dan kami diturunkan di Pasar Filipina yang tidak jauh dari apartment tempat kami menginap itu...makanya, di hari pertama, kami bertiga dah start shopping...hehe...

Rambang mata berada dalam pasar filipina ni. Jenuh la nak belek mutiara...hehe...

Sebelum diambil semula oleh tour guide, kami sempat membeli mee goreng sebagai makan malam. Punyalah banyak portion mee goreng di sana. Sebungkus pun sebenarnya boleh dimakan oleh 3 orang. Makanya, malamnya, kami bertiga hanya berehat2 di dalam apartment sambil menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian di televisyen sambil juga berusaha menghabiskan mee goreng masing2 yang terasa seperti tidak luak2 itu..haha.... Yang lain pula keluar menikmati makan malam mereka beramai-ramai di tepi pantai.....kita sambung lagi untuk day 2 pula nanti yer.. :)

18 April 2013

#23: Anak Saudara Baru & Majlis Bertunang

Salam... :)

Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari pertunangan adik lelaki aku yang aku sibuk2 buatkan hantarannya tu...hehe...aku & family balik kampung sehari sebelum majlis pertunangan tu iaitu di hari Jumaat 5 April yang lalu. Pepagi lagi dah bertolak dari Penang sebab perlu sampai di kampung sebelum tengahari memandangkan aku incharge makan tengahari sebab my mum tak ada di hari kejadian kerana menunggu adik perempuan aku yang memasuki bilik bedah pagi Jumaat itu untuk melahirkan anaknya yang ke-2 di Hospital Besar Ipoh.

Lepas sembahyang Jumaat, kami pula bertolak ke Hospital Ipoh untuk melawat adik aku yang telah selamat keluar dari bilik bedah...Alhamdulillah...dia dapat anak lelaki juga kali ini.. :)

 Mak Long (me) bersama anak sedara barunya (Muhammad Qayyum)... :P

Habis waktu melawat kira-kira jam 6.30 petang dan setelah dihalau keluar oleh nurse, kami pun bertolak pulang ke rumah. Ada lagi tugasan yang menunggu sebenarnya. Ada kira2 4 hantaran lagi perlu aku siapkan iaitu buah, bahulu, kain pasang & kek. Manakala 2 lagi hantaran tambahan iaitu pulut kuning & rendang ayam disiapkan sebelum bertolak ke rumah pihak perempuan di Setiawan pagi esoknya. Jumlah semua hantaran dari pihak lelaki yakni pihak kami ialah 13 hantaran kesemuanya...fuhh...

 Inilah dia hantaran yang aku buat hari tu...berkonsepkan raga dan warnanya pulak berkonsepkan hijau, peach & pink... cantik kan? Cincin pulak ada 2 bentuk iaitu cincin risik & cincin tunang... :)

Pagi tu, kami bertolak dengan 6 buah kereta pada jam 10.30 pagi tapi dek kerana hujan lebat di sepanjang perjalanan, maka kami hanya sampai di rumah pihak perempuan di Setiawan pada jam 1.30 petang. Menyedari yang kami mungkin sudah kelaparan, pihak perempuan menjamu makan tengahari terlebih dahulu kepada kami sebelum perbincangan mengenai pertunangan dilakukan...terima kasih...:)

Habis makan tengahari, kami pun masuk ke rumah untuk urusan pertunangan pula. Habis berbincang dan bersetuju dengan terma2 dan syarat2nya maka sampailah sesi menyarung cincin yang disempurnakan oleh my mum dan ditemani oleh aku. My mum dah pesan dari awal yang aku kena teman dia masa sarung cincin...gugup sebab first time nak terima menantu perempuan agaknya!...hehe...lawak jer mak aku nih!

Hantaran dari pihak perempuan bertemakan warna merah...tak sempat pulak aku nak kira berapa jumlah hantaran yang dibalas...hehe...dan gambar yang besar tu ialah adik aku dan bakal isterinya yang bertunang di hari kejadian....tahniah E & Seha! :P

Selesai majlis pertunangan itu, maka kami pun bertolak pulang. My sis si Dee satu kereta x balik terus ke kampung, diorang menghilang ke Lumut dulu. Ambil angin laut katanya! Mentang2 la dah dekat dengan Lumut... :P Manakala 5 kereta lagi terus bertolak balik termasuklah aku sebab kami sekeluarga terpaksa bertolak pulang ke Penang hari itu juga memandangkan esoknya yakni hari Ahad aku bertolak ke Sabah pula untuk menyertai trip yang dianjurkan oleh pejabat aku... :) ceritanya di next entry nanti yer.. :)

aku: Mak saudara aku memula ingatkan bekas hantaran tu aku beli yang dah siap jer. Tergamam dia bila aku cakap aku buat sendiri..hehe..x sangka la tu kreatif jugak anak sedara dia nih..hehe... :P kenapa? x percaya ke? haha...

15 April 2013

#22: Birthday!

Salam... :)

Sorry for the late update!..hehe.. :) 

1 April 2013 - adalah hari ulangtahun kelahiran anak manja aku yang seorang itu. Dia menginjak ke angka 10 pada tahun ini dan menyedarkan aku bahawa aku sudah semakin tua bila anak semakin besar!..hehe...

So sempena birthday my daughter dan kebetulan kami berada di kampung 2 hari sebelum birthday yang sebenar, maka kami sambut secara light iaitu hanya dengan memotong kek Black Forest yang dibeli di Secret Recipe Kuala Kangsar masa on the way balik ke kampung dengan disertai oleh adik2 aku yakni bapa2 saudara anak aku sahaja...hehe..jadi la...yang tu jer yang ada kat rumah semasa kejadian...


Dan hari sebenar birthday dia pada tahun ini jatuh pada hari Isnin. Jadi kami sambut bertiga pula malamnya selepas balik dari kerja. Kami bawa dia makan di Manhattan Fish Market, Sunway Carnival... :)


Itu sahajalah sesi sambutan birthday my daughter tahun ini. Dan seperti biasa, ia disambut secara sederhana antara kami sahaja. Xde birthday party pun...hehe..hadiah? mestilah ada...hadiah diberi kepadanya selepas kami pulang dari makan2...sekian.. :)

aku: next month birthday aku pula...tengah fikir2 nak hadiah apa pula tahun ini since hadiah boleh dipilih sendiri....hehe.. :)

04 April 2013

#21: Bowling & Balik Kampung

Salam... :)

Lamanya x update kan? (macam la ada orang kisah pun) hehe :P hari ni sebenarnya malas betul aku nak pergi kerja sebab badan rasa sengal2 kat sini, sakit2 kat situ dek angkara training bowling lepas kerja semalam. Ibu jari sakit, bahu sakit, belakang sakit...bak kata sana, sini, situ semuanyalah sakit...hehe..orang jarang exercise gitu la..pastu julung2 kali pergi main bowling pulak tu...haha...

Habis main bowling, dah malam...hujan lebat pulak tu. Kelam kabut berenti tepi highway pakai baju hujan. Sementara nak pakai baju hujan pun dah ala-ala basah kuyup dah pun sebab  hujan turun terus lebat jer xde warning2 atau bagi intro2 dulu. Bawak motor pun slow jer macam semut sebab x nampak jalan. Mulut pulak x berhenti baca macam2 ayat dan macam2 doa...hehe..tapi alhamdulillah selamat juga sampai kat rumah sejam kemudian. Cumanya kesejukan dan kelaparan tahap gaban..hehe... :P

Malam ni pulak kena kemas 2 beg. Satu beg untuk balik kampung esok pagi (sbb adik aku nak bertunang hari Sabtu) and satu lagi beg nak pergi KK for office trip on Sunday to Wednesday (bizi akak korang nih :P)... So next few weeks nanti ada la banyak update kat blog yang ntahapaapa nih...hehe...

aku: next backpacking trip? tiket dah beli!...yeay! :)

 with K.Ina @ ahli tetap backpacking trip.. :P