Be My Friend :)

28 March 2013

#20: Cerita Mengenai Isu Semasa

Salam... :)

Malam semalam aku tertengok citer hindustan kat TV2..masa tukar chanel tu betul2 masa Aishwarya Rai tengah menyanyi dan Hritik Roshan tengah tengok dia. Mak ooii..seksinya pakaian si Aishwarya Rai tuh...penari dia lagilah seksi...dengan skirt pendeknya...fuhh...terus otak terfikir...patutlah kat India sekarang tengah hot dengan kes rogol beramai2..hari-hari ada jer kes macam tu and the latest pasal student dari Korea Selatan yang dicabul di dalam bas oleh 5 orang lelaki...mujur dia sempat lari kepada anggota polis. Filem pada aku mempengaruhi sebab tengoklah filem2 hindustan sekarang ni pun. Pakaian dah tentu2 seksi terlebih...kan? moden la kononnya...masa menyanyi lagilah...jadi secara tak langsung dah terang2 memberi peluang kepada penontonnya berimaginasi keterlaluan...so kesimpulannya, kalau korang ada terfikir atau cadang2 nak pergi melancong ke India tahun ni...konon2 nak tengok Taj Mahal ke kan...rentikanlah yer...safety first...tengok jer gambar India kat internet...tu x bahaya..

Ni satu lagi...nak pergi melancong ke Seoul pun sekarang ni macam tak best kan? hari-hari bila baca berita dalam paper, mesti ada berita pasal Korea Utara nak serang Korea Selatan. Duduk berjiran, adik beradik pulak tu tapi masih nak berperang. Kalau perang, bukan faktor sapa kalah atau sapa menang yang menjadi persoalannya tapi kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang menjadi faktor utamanya. Betul tak? yang jadi mangsa keadaan adalah rakyat negara itu juga..pemimpin yang sibuk2 nak perang sampai tak fikir kebajikan rakyat dia sendiri! Tak boleh ke masing2 negara jaga negara masing2 jer? Fikir macam mana nak majukan negara ke, macam mana nak tingkatkan taraf ekonomi rakyatnya ke...kan? aku pelik bila negara tu xde la kaya pun tapi sibuk nak majukan teknologi tenaga nuklearnya sebab nak berperang dengan negara lain. Sedangkan kat negara dia, ada yang kebuluran sampai bunuh anak atau sedara mara sendiri untuk dijadikan makanan. Pening kan bila difikir2...

Tengoklah apa yang dah jadi pada Iraq. Dia serang negara orang, pastu orang serang dia balik, pastu negara dia musnah. Sampai sekarang ni x aman2. Berapa tahun dah Saddam tu mati...tak pun aman juga bila dia dah takde..Ada jer hari2 bom kat sini, bom kat situ. Dahlah yang musnah dalam perang bertahun dulu pun belum dibina semula...pastu bom pulak lagi kat tempat yang masih boleh digunakan...sekarang makin lama makin tak ada dah tempat yang elok dah pun. Betul tak? Nama jer bertamadun tapi not exactly act like one.. Bila la nak hidup dengan amannya pun tak tahulah..  

Kat Malaysia pun sekarang ni risau juga. Bermula pencerobohan Sabah sampai sekarang Filipina pun ada ura2 nak tuntut Sabah juga. Semua tu nak menjurus kepada persengketaan antara negara la tu. Dah jelas sejarah membuktikan mereka tak layak nak tuntut Sabah tapi masih nak timbulkan isu yang akan menyebabkan kedua2 negara bersengketa. Agaknya semua negara kat dunia ni dah tak mahu duduk dengan aman damai dah agaknya. Semua seronok nak berperang..huh!

aku: sangat sayangkan Malaysia...moga negara yang kecil dalam peta dunia ni akan terus aman...amin..


25 March 2013

#19: My Weekend Activities

Salam... :)

Minggu ni tinggal aku berdua jer dengan My Daughter sebab Mr.Hubby xder...ada tournament bowling kat Johor mula hari Jumaat sampai Ahad. So sementelah tinggal berdua sahaja maka terpaksalah kami merancang aktiviti sendiri yang sesuai dengan kami...hehe..

Hari Sabtu kami berdua ke Sunway Carnival Mall. Pagi2 lagi dua2 beranak ni dah bangun dan buat kerja rumah terlebih dahulu (basuh baju, sidai baju, basuh kasut sekolah, menyapu rumah & buang sampah). Gigih buat laju2 supaya cepat siap semua kerja dan boleh bersiap untuk keluar pula...haha..nak berjalan semua pun excited kan? dasar...haha :P

Since Seberang Jaya di mana terletaknya Sunway Carnival Mall tu agak jauh dari rumah aku, maka x beranilah aku bawak My Daughter tu naik motor ke sana. Maka kami decide untuk ke sana dengan menaiki bas atas faktor keselamatan dan keselesaan. Malam tu dah search siap2 bas Rapid Penang punya route map supaya tahu bas apa yang perlu dinaiki untuk ke tempat yang ingin dituju itu. Bukan apa, first time nak naik bas ni sebenarnya... Selama ni kan cakap jer nak pergi mana kat Mr. Driver@Mr.Hubby and dia akan bawakan....:) so bila dia xde barulah tetiba teringat nak naik bas...haha...menggagau cari route map segala! :P hehe... So tepat pukul 10.30 pagi kami pun bertolak la dari rumah dan selamat sampai di Sunway Carnival Mall pukul 1.10  petang. Elok sampai terus menuju KFC dulu untuk makan tengahari. Standard la budak2 kan..mesti pilih KFC punyalah...hehe..

Tujuan utama nak ke Sunway Carnival adalah sebab kami nak tengok wayang! hehe...kami tengok cerita Oz: The Great & Powerful. Tiketnya dah dibeli siap2 secara online masa dalam bas... :) Maka kami pun makan cepat2 dan terus masuk panggung untuk show pukul 2.05 petang. Ok la citer tu. Yang penting buah hati pengarang jantung aku nan sorang tu happy. Lepas habis tengok wayang, bersambung dengan sesi shopping secara light pula. More to her la...beli kasut baru dia, beli buku, beli blusher for me and sebelum bertolak balik kami beli nasi Ayamas untuk makan malam dan selamat sampai di rumah sebelum pukul 7.00 malam...alhamdulillah... :)

 Buku yang dibeli...(recipe for love tu buku mama dia).. :)

 2 blushers by Holika Holika...buy one free one...(teringat Korea sebab kat sana blusher ni murah jer tau! sini harganya 2 kali ganda!)

  Last but not least..my lovely daughter...yang belakang tu hantaran bertunang untuk adik lelaki aku yang aku cakap hari tu...dah siap semuanya...nanti aku tunjuk gambar penuhnya yer.. :)

Hari Ahad, kami lepak di rumah jer. Takkan hari2 nak keluar kan?..so kami buat aktiviti bebas, masak simple2 jer untuk makan tengahari, pastu tido...pastu petang keluar kejap ronda2 dengan motor ambil angin petang...so itu ajelah aktiviti hari minggu kami.. :)

Aku: travel naik bas turun bas ke Sunway Carnival Mall ni bolehlah dianggap sebagai 'latihan backpacking' untuk my daughter juga sebab lepas ni nak bawa dia pula pergi backpacking...hehe...practice makes perfect kan?.. :)

18 March 2013

#18: Cerita Pasal Exam

Salam... :)

Exam last week pada kesimpulannya nak kata susah sangat pun tak, nak kata senang sangat pun tak jugak...hehe...sedang2 la tu maknanya sebab karang aku kata senang mcm kacang jer, tetiba result exam tu kuar aku fail pulak kan? kan dah termalu pada diri sendiri...kan?..hehe..so better la cakap yang exam tu pada dasarnya rasa macam boleh buat tapi tak taulah sama ada telah menepati kehendak soalan atau sebaliknya...gitu..cuma harap2nya aku lulus la dengan jayanya semua paper hari tu (3 paper)...amin.. :)

Masa pergi KL untuk exam hari tu, aku naik flight...first time naik flight tanpa K.Ina..hehe..rasa weird jugaklah berada di airport sorang2 diri tanpa teman. Tapi yang bestnya travel sorang2 ni, aku x payah cakap dengan sapa2 dalam flight... :) elok duduk jer kat tempat sendiri, baca novel 10 minit, pastu tido sampailah kat LCCT...hehe..balik pun camtu jugaklah..tapi LCCT tengah2 weekdays pun sibuk macam on weekend kan? punyalah ramai orang...sampai aku pun confius..hari Selasa tapi rasa macam hari Sabtu/Ahad jer sibuknya LCCT tu...mungkin sebab sekarang ni orang travel tak kira hari dah kot!..kan? 

Petang lepas exam hari Rabu tu, terus jer aku gerak ke LCCT dari tempat exam di INTAN (Intengah) nak balik ke Penang...fuhh...mengah2 jugaklah naik teksi ke KL Sentral, pastu naik KLIA Transit, pastu tukar naik bas pulak dari Stesyen Salak Selatan ke LCCT...tercungap2 nak kejar masa sebab exam habis pukul 3.00 petang...flight balik pukul 6.00 petang..mujur selamat sampai di LCCT pukul 5.00 petang..sepanjang jalan tu kerja tengok jam jer aku...haha...:P

Dah settle bab exam ni, maka sekarang ni aku kena bagi perhatian pada hantaran2 tunang adik aku yang belum siap lagi tu la jawabnya...hehe...last weekend sibuk la kelebek benda2 tu semua sampai bersepah ruang tamu...haha...ada sikit lagi yang belum siap...minggu ni settle la kot...insyaAllah...dah siap aku tayang sini gambar hantaran yang aku buat tu...tapi xdelah lawa sangat aku buat pun...biasa2 jer... :P amatur la katakan...bukan pro lagi... :)

11 March 2013

#17: Wish Me Luck!


Salam... :)

Tempat exam dah keluar last friday (akhirnya :P)...dan seperti yang telah dijangka, tempat exam adalah di KL. Makanya, esok aku akan 'terbang' ke KL dan bakal menduduki exam pada hari Rabu nanti...wish me luck yer korang?!..insyaAllah....moga dipermudahkan segala urusan pergi & balik dan dapat menjawab exam tu dengan baik juga!...amin.. :)

06 March 2013

#16: Hantaran vs Exam

Salam... :)


Ala..ni gambar lama...hehe..sajer jer...(kat Deoksugung Palace, Seoul)

Minggu ni lagilah xde cerita apa yang nak diceritakan..semuanya macam biasa sahaja. Except, sekarang ni aku tengah sibuk buat hantaran untuk adik lelaki aku yang nak bertunang bulan depan...dia bagi duit, aku tukang buat jer..hehe..Baru siap 3 hantaran so ada lagi 8 hantaran nak kena buat..semuanya 11 hantaran dia nak...fuhh!!..sampai termimpi2 la dibuatnya...hehe..

Dan minggu depan sepatutnya aku ada exam...tapi sehingga hari ni, tempat exam belumlah diketahui..masih dalam status "sedang diproses"...x tau la nak proses sampai bila...patutnya, 2 minggu sebelum exam, dah boleh check dah tempat exam kat mana...tapi xde pun...aku ni punyalah gigih check hari2...pagi check...petang check...macam x sabar2 pulak nak exam jer kan? haha...xlah..sebenarnya bukan apa...kalau dah tau exam kat mana, senang la nak beli tiket ke apa...kalau exam tu dekat Penang ni jer, xde masalah. Tapi memandangkan selama ni x pernah pulak aku exam kat Penang, tu yang aku musykil tu...bila la JPA ni nak boh tempat exam ni? huh!

Oh yer...hadiah untuk adik2 aku hari tu, dahpun dipos hari Isnin yang lalu. Hari ni sampailah kat kampung kot...dah hari Rabu kan..takkan x sampai lagi...tapi kalau x sampai jugak hari ni, memang xleh dinamakan sebagai 'Poslaju' la jawabnya...kena tukar ke "Pos x berapa laju"...hehe...

Oklah korang...sambung la kerja korang...aku xper... :P

aku: esok satu group ofismates aku nak pergi Beijing! jeles..jeles..hehe..anyway..semoga mereka selamat pergi & balik....tahun depan aku pi pulak (berangan la rinie ooi...berangan...berangan kan free!...:P)

01 March 2013

#15: Birthday Presents

I've prepared something for my siblings who already have had their birthday in January & February...hopefully these will reach them next week...hehe... :)


aku: hadiah jer lambat, ucapan x lambat.. :)