Be My Friend :)

25 February 2013

#14: Aktiviti Hujung Minggu

Salam... :)

Aktiviti hujung minggu aku.... :0


Pagi Sabtu hari tu gigih la aku masak nasi lemak walaupun cuma tinggal berdua jer...haha..saja jer sebenarnya...lagipun dah lama dah x masak nasi lemak tapi kan nasi lemak simple jer la iaitu menggunakan bahan yang sedia ada kat dapur tu aje... malas dah nak keluar pergi kedai beli timun untuk melengkapkan bahan nasi lemak... nak keluar depan rumah ambil daun pandan pun dah malas...haha...ni namanya malas dalam rajin yer kaedahnya! haha...jangan ikut perangai aku ni tau!...not good! :P


Oleh kerana kenyang makan nasi lemak pagi tu, untuk makan tengahari, aku & my daughter kuar lambat sikit ke McDonald dekat dengan rumah. Dekat2 pukul 2 petang kot baru kami sampai kat McD tu..hehe..sempatlah sidai kain dulu sebelum keluar rumah...Kami cuba burger baru McD...burger daging + telur.. dan tambahan strawberry sundae untuk my daughter tu...seronoklah dia...


Balik dari McD, terlebih rajin pulak...jadi buat lukisan baru kat seluar jeans anak aku pulak sebelum dua2 beranak tertido...hehe...Mr. hubby pula selamat sampai ke rumah dari Pulau Pangkor sebelum Maghrib...alhamdulillah...untuk makan malam, kami makan kat luar jer... :)


Dan sagu gula Melaka ni aku buat untuk makan petang di hari Ahad...sedapnya...ada tinggal sikit lagi dalam peti ais...balik karang nak habiskan... :)

So itu jer la kot aktiviti hujung minggu aku...ikut hati ni, dah gedik2 dah nak pergi jalan2...atau pergi backpacking lagi...tapi memandangkan baru awal tahun kan...fulus pun lupus @ x tau nak korek kat mana...so kenalah menabung dulu jawabnya...haha....xper3...sabar tu separuh dari iman kan?!...:P

Dan tadi, poslaju yang ditunggu2 dari mphonline.com pun sudah selamat tiba ke pangkuan....



Di dalamnya ada 2 buah buku ini yang dibeli secara online minggu lepas...yeay! satu, novel dari penulis kegemaran aku, Nora Roberts & satu lagi Berlitz Pocket Guide ke destinasi yang terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu (itu semua poyo!)...haha...sekian.. :)

22 February 2013

#13: Cerita Minggu Ini

Salam... :)

Minggu ni xde entry baru kan? Sebab aku xde bahan nak cerita pun...haha...kalau pergi jalan2 InsyaAllah la banyak bahan nak citer. Ni pergi kerja, balik kerja, weekend pun lepak rumah basuh baju, kemas rumah...so apa yang menarik nak diceritakan pun...kan?

Anyway, minggu ni sebenarnya aku tinggal berdua jer dengan my daughter sebab mr.hubby pergi kursus di Pulau Pangkor since last Wednesday sampailah esok (Sabtu). So bila mr.hubby xde, tugas ambil anak aku dari nursery (transit), aku la yang kena ambil alih. Makanya time balik memang sharp2 pukul 5.30 ptg aku dah tak sabar2 nak punch card dah. Nak kejar feri lagi...eh..bukan la kejar feri tu...hehe...tunggu feri sebenarnya..sebab kalau lambat sampai kat jeti, maka lambatlah turn dapat masuk feri tu dan akhirnya akan menyebabkan aku lambat sampai ke nursery...gitu..

Since berdua jer kat rumah, makanya aku masak yang simple2 jer la untuk makan malam...hari Rabu beli jer kuetiaw sup sorang satu, hari Khamis aku masak spaghetti aglio olio & hari ni (Jumaat), aku ingat nak pergi pasar malam kat taman perumahan aku tu jer...eh! nampak cam sekali jer masak ek?..hehe..berdua jer so nak masak pun malas... :P esok pulak, untuk lunch, my daughter dah request nak makan McD jer...senanglah camtu kan?! haha :)

Spaghetti aglio olio in the making :)

 Siap masak, masa nak makan tabur shredded parmesan cheese, pastu makan depan tv sambil tengok drama Korea...hehe..terbaik!

 Lepas makan, terlebih rajin pergi lukis plak kat seluar jeans my daughter...ni gambar sekerat jalan..gambar final lupa nak snap...hehe...

Tu jerlah ceritanya...happy weekend yer korang.. :)

aku: omg...dilantik jadi setiausaha kelab kat ofis...boleh ke ni?... pening3!... o_O

15 February 2013

#12: Kisah Kedai Mamak

Salam... :)

Selalunya kedai mamak ni terkenal dengan servisnya yang pantas & makanannya yang sedap kan? Sampai kadang2 tu, belum sempat duduk pun pelayannya dah tanya nak minum apa...nak makan apa.. betul tak? Tapi sebenarnya taklah semua kedai mamak gitu... ada yang servisnya lambat bebenor sampai kita dah duduk lebih dari 10 minit pun belum ada pelayan yang datang ambil order...kan?

Sebenarnya nak cerita, last 2 days, balik jer dari kerja Mr.Hubby cerita yang dia bengang sangat pagi tu. Katanya, dia pergi breakfast kat satu kedai mamak yang dia selalu pergi tu. Sorang2 dia jer pun. Duduk dah dekat 10 minit, sorang waiter pun xde ambil order lagi. So dia bangunlah pergi order sendiri kat tempat mamak buat roti canai tu. Kalau nak tunggu entah sampai bila baru nak datang kan...so dia pun order la..."mamak, bagi capati 2 keping, potong, kuah taruh atas"...mamak tu toleh kat dia and terus cakap "sana duduk!" sambil tunjuk kat meja. Dia seolah2 macam x suka Mr. Hubby datang order sendiri and suruh Mr.Hubby pergi duduk balik kat tempat dia duduk tadi...Mr.Hubby pun pergilah duduk balik...sabar lagi dia..

After 5 minit, sampailah capati yang dia order tu tapi x dipotong macam yang Mr.Hubby pesan tadi so Mr.Hubby pun tanyalah "Eh, kenapa tak potong?"..mamak tadi tu kata "tak boleh potong!" dan terus blah...amboi! selalunya boleh jer potong capati tu macam roti canai...kenapa x boleh pulak kan? Pelik la Mr.Hubby.. dia bukan baru 2-3 kali makan kat situ pun. Dah banyak kali dah sebab kedai tu dekat dengan pejabat dia tapi sebab malas nak panjang2...dia pun makan laju2 dan pergi basuh tangan kat sinki.

Tengah basuh tangan, tetiba mamak tu datang kat belakang dia sambil pegang tray ke periuk kecil..aku dah lupa..sambil kata kat dia.."sana basuh!" sambil tunjuk satu lagi sinki..maknanya, dia nak guna sinki tu untuk basuh tray/periuk kecik yang dia pegang tu. Sabar Mr.Hubby dah sampai tahap maksima...maka terus jer dia cakap "suka hati saya la nak basuh tangan kat mana pun!" suka-suka jer nak arah orang...bukannya Mr.Hubby basuh tangan kat sinki kat dapur pun..

Lepas basuh tangan, Mr.Hubby terus pergi kaunter untuk bayar. Terus la dia sound cashier tu.. "Apa pasal hari ni capati tak boleh potong? Selalu boleh jer potong!"..cashier tu serba salah..dia kata "oh, ini orang lain (waiter tu orang lain)"...Mr.Hubby balas "habis kalau orang lain tak boleh potong ke? kenapa? saya tak bayar ke makan sini? mana you punya bos? saya nak tanya apa pasal tak boleh!" cashier dah gabra..dia cuma kata "sorry..sorry"...Mr.Hubby bayar dan terus blah..

Mr.Hubby sebenarnya bukan la nak marah sangat sebab capati tu tak dipotong...tapi sebab bengang dengan cara waiter tu layan dia seolah2 macam Mr.Hubby ni orang merempat yang minta makan free kat kedai tu gayanya dengan tone suara yang kerek giler! Apahal nak berlagak pun kan? dahlah servis lambat!

So moral of the story? bukan semua kedai mamak tu bagi servis yang bagus yer. Ada juga yang bagi servis lambat..dengan kerenah waiter yang kerek macam best. Xde dah nak guna slogan "customers are always right" tu pun...aku cuma suruh Mr.Hubby pergi makan kat kedai lain la lepas ni...tak payahlah nak makan kat kedai yang pekerjanya tak reti nak hormat pelanggannya...betul tak?..kalau sakit hati, nanti nak makan pun jadi tak lalu walau sesedap mana pun makanan tu...kan?..

aku: kat Penang ni bersepah kedai mamak..kalau macam tu servis yang diberi, aku blacklist jer! :P

13 February 2013

#11: Kdrama, Reality Program, Kpop

Salam.. :)

Kdrama yang aku baru habis tengok ialah:
...
1.Faith starring Lee Min Ho & Kim Hee Sun (2012 ~ 24 episode)



2. I Miss You starring Park Yoochun (JYJ) & Yoon Eun Hye (2012/2013 ~ 21 Episode)



3. School 2013 starring Jang Na Ra, Choi Daniel, Lee Jong Suk, Kim Woo Bin (2012/2013 ~ 16+1 episode)


4. Cheongdamdong Alice starring Park Shi Hoo & Moon Geun Young (2012/2013 ~16 episode)

   
And the best kdrama is Faith yang mempersembahkan lakonan mantap pelakon utamanya Lee Min Ho & Kim Hee Sun yang meninggalkan kesan di hati...ewahh.. :)

Pictures credit to: www.koreandrama.org
 
Korean Reality Program yang selalu aku ikut:

1. We Got Married (my favourite couple is ZE:A's Kwanghee & Secret's Sunhwa)

2. Romantic & Idol (baru habis season 2 tapi aku lebih suka season 1 sbb rasa macam hairan macam mana Jewelry's Yewon boleh pilih BtoB's Minhyuk yang macam playboy tu...kesian FT Island's Jonghun tau! oppss!..teremosi :P)

3. Running Man (cuma sekarang mcm dah kurang menarik sket...pada aku la)

KPop Song yang aku suka dengar sekarang ni ialah:

1. Lagu2 kumpulan B.A.P (Aku suka Stop it, What My Heart Tell Me to Do, All Lie, I Remember, Rain Sound, Happy Birthday, Burn it Up, Dancing In The Rain, Voice Mail, Unbreakable, What The Hell, Goodbye, No Mercy, Fight For Freedom & Crash)

 picture credit to: www.allkpop.com
 
 2. Lagu2 kumpulan ZE:A (Aku suka Aftermath, Daily Daily, Body to Body, My Only Wish, S.A.D, Here I Am, Beautiful Lady, Be My Girl & Begin With Kiss)
 picture credit to: www.fanpop.com

Sekian :)

06 February 2013

#9: Kisahnya

Kisah first day aku naik motor bukan bergear auto.. :)

aku: second day dah okay dah... :)

05 February 2013

#8: Motor Kesayangan


Petang semalam, akhirnya aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada motor kesayangan aku - Si Biru selepas memberi khidmat yang tidak berbelah bagi selama 9 tahun lamanya (since 2004). Bye2 si Biru... :(

Makanya, hari ni pergi kerja naik motor baru! Berdebar2 jantung sementara nak sampai ofis pun..haha..bukan apa, motor baru adalah motor biasa yakni bukan skuter. Dulu masa bawa si Biru tu, kaki relax jer, tangan jer buat kerja (pulas minyak & brek). Ni motor baru, bukan tangan jer bertugas, kaki kiri & kanan pun kena buat kerja sama. Tinggi pulak tu motor baru ni...kaki pun x berapa nak sampai jalan. Adoii..masa ni la tetiba rasa rugi badan x tinggi..hehe...rasanya nanti nak kena pergi potong seat sket bagi rendah...baru sesuai dengan tuan! hehe :) 

So kesimpulannya, kekok & cuak jugaklah di hari pertama ni...sementara nak biasakan diri kan? Lama2 nanti okey la kot...tapi bukan aku jer risau, bapak mertua, Mr. Hubby & mak aku pun risau sama. Semua pakat telefon aku dah sampai ofis ke belum tadi..hehe..mak aku pulak semalam dah pesan 2-3 kali thru sms..hehe.. InsyaAllah aku bawak elok2....dan moga Allah permudahkanlah perjalanan aku pergi & balik kerja selalu...amin.. :)

aku: Welcome si Oren.. :)