Be My Friend :)

22 October 2013

#42: Macam2 Cerita

Salam.. :)

Entry bergambar :P

Dimulakan dengan gambar anak dara kesayangan di hari raya haji yang lalu. Raya pun aku ambil cuti sehari jer. Xde buat apa pun yang special kecuali ada ketupat, rendang & lemang. Lepak-lepak kat kampung Mr.Hubby sampai maghrib, pastu balik rumah. Itu ajelah cerita raya kami..hehe...

Rabu lepas raya tu, aku pergi renew passport dan bawa Nasrin (my daughter) buat passport dia juga. Kebetulan hari Rabu tu sekolah dia cuti ganti. InsyaAllah on my next trip next month, dia akan turut serta. Ingatkan hari hujan orang tak ramai kat Imigresen Georgetown. Tapi rupanya masa ambil nombor giliran pukul 8.50 pagi, kami dapat nombor 1221 sedangkan masa tu baru panggil nombor 1034. Pengsan! Kena tunggu hampir 200 orang lagi sebelum kami la jawabnya. Dan off course xde tempat duduk yang available. Oh yer, K.Ina pun ada sekali..nak renew passport juga. 

Oleh kerana dapat merasakan yang giliran kami akan sampai lambat lagi, kami pergi makan pagi dulu kat foodcourt yang berhampiran. Mujur ada 1-2 gerai yang dah buka. Maklumlah...masih dalam mood raya. Makan ajelah apa yang ada dan kemudian ke Imigresen semula. Sepanjang setengah jam makan, baru berlalu 20 orang. Maka berdirilah kami bertiga sambil mata liar pandang kiri kanan kot2 ada kerusi yang kosong. Jangan harap. Berdiri la situ. Dah dekat sejam berdiri baru dapat duduk. Itupun sebab tindakan pantas ambil tempat duduk bila sahaja orang yang duduk di kerusi tu bangun. Haha..

Menjelang tengah hari, nombor belum sampai ke angka 200 maka kami decide untuk lunch dulu. Tunggu pun tak guna. Perut dah lapar. Giliran pun lambat lagi. Kami jalan2 cari makan di kawasan sekitar. Susah juga mulanya sebab tak biasa. Tapi akhirnya jumpa juga tempat makan. Lunch, rehat, sembang2 dan kembali semula ke Imigresen. Berdiri setengah jam, dapat tempat duduk. Tunggu lagi. Pukul 3 petang barulah sampai giliran kami. Settle di kaunter, tunggu lagi untuk dipanggil ke kaunter bayaran pula. Dah bayar, tunggu lagi sebab pukul 4 petang baru boleh ambil nombor giliran untuk ambil passport pula. 10 minit ke pukul 4 petang, kami dah beratur di depan kaunter khidmat pelanggan untuk ambil nombor giliran tu. Dapat jer nombor giliran, terus letak resit dan no. giliran dalam kotak di hadapan kaunter penyerahan passport. Tunggu lagi. Ada lebih kurang 100 orang di hadapan kami.

Tempat duduk xde, jadi kami decide untuk duduk atas tangga yang berdekatan dengan kaunter khidmat pelanggan. Nasrin yang rajin akan pergi tengok skrin no.giliran yang dipanggil dari masa ke semasa. Dah dekat giliran kami, barulah kami tunggu di hadapan kaunter penyerahan. Tunggu lagi di hadapan kaunter dengan sabar dan akhirnya pukul 5.15 petang kami dapat passport biometrik kami. Fuhh...sehari suntuk di Imigresen. 

Kata dek petugas Imigresen di kaunter, hari-hari ada lebih kurang 400-500 orang yang datang untuk buat/renew passport. Dah 2 minggu macam tu. Mungkin sebab cuti sekolah pun dah dekat. Itu yang sibuk sangat. Pasrah ajelah kalau nak buat passport. Kalau x buat hari ni, esok pun macam tu juga keadaannya...kan?

Apapun alhamdulillah dah settle bab passport. Lega.
   
Ini pun cerita sekitar minggu lepas juga. Memusing mencari Dylon ni untuk menghilangkan kesan turun warna pada baju Mr.Hubby. Seluar jeans Mr.Hubby yang berwarna coklat turun warna dan terkena pada T-shirt dia yang berwarna putih. Terbaik! Mr.Hubby tak tau. Dan sebelum dia dapat tahu, kena usaha bagi hilang kesan turun warna pada baju dia tu. Dahlah dia baru pakai sekali baju tu..huhu..

Search kat internet, jumpa banyak blog cerita pasal Dylon ni yang katanya dapat membantu. Cari punya cari, akhirnya jumpa kat AEON 1st Avenue. Itupun ada sekotak jer. RM13.50 harganya. Balik kerja gigihlah basuh baju tu malam2. Rendam dengan air panas 2 jam dan lepas tu basuh dengan mesin basuh. Hasilnya? kesan turun warna tu masih ada. Baju warna putih, susah nak hilangkan semua kesan. Pasrah jer la. Lepas keringkan, terus gantung dan tidur. Esok pagi kena buat pengakuan bersalah pada Mr.Hubby la jawabnya nih dan kalau dia soh ganti pun sanggup la...

Mujur. Mr. Hubby x marah pun. Suruh ganti pun x. Sebab dia dah nampak baju yang digantung tu ada warna lain macam sket dari asal masa dia bangun pagi. Walaupun dia tak marah, minta maaf juga sebab dah rosakkan baju tu walaupun yang bersalah dalam hal ini ialah seluar jeans tu la..sapa soh turun warna kan...hehe... :P
 
Ini pulak jam yang dibeli secara online. Baru sampai minggu lepas setelah menunggu 3 minggu. Biasa la..dari China nun..lambat la nak sampai. Jam murah jer, RM8.90 satu. Bolehlah Nasrin tukar2 pakai pergi sekolah...hehe...selain tu ada la juga terbeli a few more items...susah kalau dah mula...mesti terbeli..haha...
 
Ini novel terbaru yang aku beli. Dari salah seorang penulis yang aku suka. Baru baca suku. Itupun baca masa kat atas feri jer. Kat rumah xdan nak baca sebab kerja kat rumah lagi banyak dari kerja kat ofis kaedahnya...haha..kerja yang x pernah habis...ada jer benda nak kena buat kalau kat rumah kan? heran sungguh.. :P

Dan lastly..ini projek masa balik kampung last weekend. My mom buat kerepek pisang dan aku tolong packing dan jual kat ofis. Business kecil-kecilan..jadilah... :)

Aku: stok makanan (dah settle), stok ubatan (dah settle), pakaian (dah settle), passport (dah settle), permohonan ke luar negara (dah settle)... so dah boleh start counting... :) 31 hari lagi.....

2 comments:

Naja Naja said...

Semua gambar menarik... apakah ? Jam tangan tu pun sangat menggoda.. klu bukan budak2 lg aku rasa akupun akan pakai jugak. Dah tua ni kena carik jam yg menunjukkan lebih rasa serious gitu.. ecehhh :0

Bab passport menarik tuh.. harap aku tak mengalami masalah yg sama p imigresen nanti kalu tak.. kesian Rahman !

marstories said...

Naja; nak tau rahsia gambar tu? semua pun gambar dari kamera hphone jer tapi guna perisian camera360, lepas tu edit guna photo editor online (pixlr.com)..dan itulah hasilnya..hehe..

Jam tu, kalau pegi jalan2 aku pun boleh pinjam pakai rasanya tapi kalau pergi kerja, x sesuailah..hehe..

pasal passport, mungkin di negeri lain ok kot..selamat pegi buat passport yer naja..hehe..