Be My Friend :)

17 September 2013

#40: Sukan

Salam... :)



Dimulakan dengan gambar si tuan blog yang selalu xde bahan nak cerita kat blognya ini..haha...ini masa memberi sokongan kepada team badminton :)

Seminggu yang lalu aku berada di Kota Bharu, Kelantan bagi mengikuti rombongan ofis ke Sukan Dwitahunan seperti gambar di bawah ni. Bukan pergi cuti-cuti Malaysia yer. Pergi mengikuti program sukan yang telah diaturkan oleh pihak tuan rumah sama ada pergi untuk memberi sokongan kepada team Penang atau menghadiri sesi latihan untuk team bowling. Oh..lupa nak bagitahu..akak ni main bowling yer..haha..tapi xdelah terer pun..jangan risau..cap ayam jer! :P

Seronok berkampung di Kota Bharu ni. Tapi bila dah masuk hari ke-5 di sana, hati mula rasa rindu nak balik Penang...hehe..teringat orang-orang yang ditinggalkan dan teringat nasi kandar Penang...haha..betul tau! rindunya tu mengalahkan masa aku pergi seminggu ke Seoul dulu. Rasa x sabar-sabar nak balik.

Tapi yang paling manis, dapat balik ke Penang bawa gold medal ni.. :)


Ni pun sebab team bowling Penang memang terer...dapatlah aku pun merasa bawa balik pingat kemenangan...haha..Diorang ni memang Juara Bertahan 3 kali berturut-turut dan tambah tahun ni, jadi 4 kali la dah jadi Juara Bertahan. Dah rezeki aku join team ni tahun ni. Tahun-tahun yang lepas x terpilih sebab x terer...(tahun ni pun x terer gak :P) haha...

Apapun, syukur Alhamdulillah...sudah selesai program sukan ni..boleh la look forward program seterusnya...program apa? of course la program backpacking on November...yeay!...insyaAllah...

Aku: no more nasi dagang/nasi kerabu for few weeks...haha..

No comments: