Be My Friend :)

22 August 2013

#38: Sakit Hati

Salam.. 

Sakit betul hati aku hari ni. Pepagi lagi dah menyumpah orang dalam hati. Kurang dah puasa sunat aku hari ini tau!

Apa yang jadi?

Kisahnya pagi tadi. On the way nak pergi kerja. Masa tu nak bayar tambang untuk naik feri (RM2 untuk motor). Masa aku tengah sua duit RM2 kat kaunter, duit yang aku tengah pegang tu terjatuh sebelum sempat lelaki yang jaga kaunter tu ambil duit tu. Kiranya kena ujung jari dia jer duit tu sebelum duit tu iaitu duit RM1 baru 2 keping melayang jatuh kat betul2 tayar depan motor aku. Duit tu sebenarnya aku lipat masa kat dalam poket jaket. Tapi sebab duit tu duit baru, walaupun berlipat, dia x boleh nak terlipat elok2 la kan? Jadinya duit tu macam terpetik bila lelaki yang jaga kaunter tu nak ambil duit tu lalu jatuh.

Aku pun cepat-cepatlah gerak motor depan sikit supaya mudah nak capai duit tu dari atas motor dan cepat2 ambil duit yang jatuh tu balik. Sebab nak turun motor, tongkat pastu baru ambil duit yang jatuh tu payah sebab lorong motor tu kecil je. Lagipun ramai lagi kat belakang aku yang tengah tunggu turn nak bayar duit tambang feri juga. Elok dah ambil, aku cakap kat lelaki yang jaga kaunter tu; 'Nah, cik' sambil sua duit tu semula. Kasar jer dia ambil duit tu sambil kata; "satgi kata kurang ajaq, marah!" dengan muka marahnya. OMG!

Aku blur! Dia nak kata aku kurang ajar dengan dia ke? Kurang ajar kenapa? Sebab sengaja bagi duit tu jatuh ke? Duit tu terjatuh dengan tidak sengaja la...pastu aku sendiri yang susah payah berusaha ambil duit tu balik dari atas motor dan bagi kat dia, dengan dia tak buat apa-apa pun nak membantu, pastu selamba jer dia kata kat aku "kurang ajar"? astafirullahalazim..

Sempatlah juga aku tanya dia; "kurang ajaq pasai apa?", pastu dia ada jawab sesuatu dengan marahnya cuma aku tak dengar dah dia kata apa sebab masa tu aku dah gerak ke depan untuk ke tempat tunggu feri. Bengang aku! 

Aku kan..dah naik feri ni more than 10 years already tau...hari2 naik feri pergi balik kerja tapi inilah pertama kali orang kata aku kurang ajar masa bayar tambang feri sebab duit feri tu terjatuh dengan tidak sengajanya. Aku yang kurang ajar ke dia yang kurang ajar? bukan dia yang tolong ambil duit tu balik pun. Aku ambil sendiri ok! Dahlah tiket feri pun tak bagi! Ada pulak nak kata orang kurang ajar! Bengang betul aku masa tunggu feri hari ni. Sambil otak dok terfikir2 kenapa benda ni jadi? Feri pulak lambat sangat2 la hari ni pun. 45 minit menunggu sampai kebas2 kaki dibuatnya barulah aku dapat masuk feri. Maka sampai lewatlah aku ke pejabat hari ni. Jadi double bengang dibuatnya...sakitnya hati!

Sekarang ni agaknya dah tak guna pepatah "customers are always right" dah kan? dah jadi "customers are always wrong!". Tu tara naik feri berbayar tu..kalau free macam manalah orang yang kerja feri tu layan agaknya. Atau kerja feri tu dah best sangat sampai boleh rude dengan orang? 

Aku: sabar je la..         

No comments: