Be My Friend :)

13 June 2013

#32: Exam (lagi?)

Salam... :)

Minggu ni gigihlah aku kelebek buku2 ni. Ada exam. Bermula dari seminggu sebelum tu gigih mencari buku2 ni kat kedai buku. Jenuh. Tak semua kedai buku ada jual buku2 rujukan kerajaan ni. Merata la kedai buku aku cari. Pastu akta-akta yang tak dijual, atau xde kat kedai buku, aku cari dan print pulak dari internet. Jadilah dari tak ada rujukan langsung. Dah tentu2 aku tak boleh nak jawab exam kalau xde buku rujukan ni semua... :P

Ambil exam ni sebenarnya Plan B aku. Plan A is mintak kursus JPA ke Korea yang hari tu aku pergi interview tu. Oleh kerana Plan A fail sebab 'tidak berjaya' dalam interview hari tu, maka kenalah proceed with Plan B pulak...iaitu, amik exam kpsl + pergi kursus pengukuhan pasukan next week (ala...area2 Batu Feringghi jer pun :P)

3 hari exam ni tau start hari Selasa lepas. 3 papers semuanya and today was the last paper. Kesimpulannya? Boleh la kot...rasa macam boleh jawab jer (atas bantuan buku rujukan). Moga-moga luluslah. Yang exam lain aku ambil bulan 3 hari tu pun belum dapat result lagi. Entah bila result nak keluar pun tak taulah. Biar. Bulan depan aku nak pergi ambil lagi sekali exam tu walaupun result tak keluar lagi...hehe...(keje pegi exam jer aku nih kan?)...itupun kalau JPA benarkan aku ambil exam tu la sebab result belum keluar...mintak jer la kan.....hehe...tahun ni tahun berusaha gigih dengan exam2 segala. Usaha. Bukan senang nak senang...ye tak?..

Aku: siap pergi pinjam buku akta tanah kat pejabat tanah...mujur ada buku tu sebab ada satu soalan yang memang jawapannya ada dalam buku tu jer...:)..terima kasihlah En. Fendi... :)  

No comments: